Tuesday, October 24, 2017

Apa jadi dengan Pos Laju?


Kritik kini saya tujukan kepada PosLaju Malaysia yang mana saya saksikan sebagai semakin merosot kualiti perkhidmatannya.

Pekerja PosLaju sendiri mengatakan tiada lagi jaminan khidmat PosEkspress akan sampai keesokan harinya. "Kami mencadangkan kepada anda supaya membeli sampul pos biasa berbanding PosEkpress kerana tiada lagi jaminan hantaran anda akan sampai awal".

Perkhidmatan PosLaju tracker untuk mengesan lokasi terkini juga tidak efesien. Misalnya saya telah menghantar PosEkspress pada hari ini namun pada hari esok dan lusa masih tidak lagi tertera lokasi parsel saya di dalam data PosLaju tracker.

Penukaran sampul PosEkspress yang semakin mengecil dan tidak mesra saiz A4 seperti sebelumnya, malah makin mahal pula harganya menunjukkan petanda kepada penurunan kualiti perkhidmatan oleh PosLaju.

Jadi soalan saya di sini, apa sudah jadi pada PosLaju Malaysia?

Nampaknya saya kini terpaksa beralih angin kepada perkhidmatan pos yang lain daripada PosLaju Malaysia. Mungkin DHL, mungkin NinjaVan, mungkin FedEx, dan lain-lain yang saya rasa lebih efisien dan mesra pelanggan.



Wednesday, October 18, 2017

Gaji RM4K untuk Fresh-Graduate Entry Level


Sewaktu saya bersama-sama dengan YB Datuk Seri Hjh Nancy Syukri dalam satu diskusi visi TN50 di Dewan Kolej Melati UiTM Shah Alam, saya berasa agak terkilan kerana tidak membangkitkan isu gaji lepasan universiti yang masih berada di takuk lama.

Visi saya berkaitan gaji lepasan universiti adalah bermula dengan RM4,000 sebulan.

Alangkah syoknya tinggal di Malaysia jika kerajaan yang memerintah berjaya menjadikan visi ini satu realiti. Untuk memiliki rumah dan kereta sebaik sahaja bergraduasi tidak lagi menjadi keluhan rata-rata lepasan universiti sekarang.

Saya rasa isu tentang gaji lepasan universiti ini sudah lama menghantui kita, tanpa apa-apa resolusi yang mapan untuk menanganinya. Jika 10 tahun dahulu iaitu pada 2007 gaji lepasan universiti adalah dalam lingkungan RM2,000, sekarang, 10 tahun kemudian, masih lagi di takuk RM2,000.

Keadaan dan situasi gaji yang masih di takuk lama ini adalah satu fenomena yang tidak adil buat kita, memandangkan harga rumah dan kereta yang mencanak naik ke paras langit, tak tercapai oleh rata-rata kita yang berstatus sederhana.

Adakah kerajaan yang memerintah sekarang mahu menggalakkan rakyat marhaen supaya berhutang secara berlambak, sampai ke mati tidak mampu untuk bayar?

Tidak hairanlah Bank Dunia telah mengemukakan amaran tentang ekonomi Malaysia yang semakin melemah (A Kadir Jasin, 2017).

Dengan permulaan RM4,000 maka kita boleh bernafas dengan lancar. Kita boleh bayar bulanan Mazda RM1,000, bulanan rumah teres RM1,500 dan masih memiliki baki 1,500 untuk makanan, ibubapa, hiburan dan lain-lain.

Kita boleh mempunyai visi berkaitan gaji seperti ini, namun visi akan terus tinggal visi jika kita tidak beraksi untuk merealisasikannya. Langkah yang perlu kita ambil adalah dengan memastikan kerajaan yang memerintah terdiri daripada pemimpin yang betul2 berbakat untuk memimpin ke arah kemajuan, bukan menang Pilihan Raya secara muslihat.

Kita juga boleh memantapkan daya kompetensi kita dengan melatih diri dengan teknik dan strategi perniagaan yang berkesan.

Kita juga boleh menjadi pendesak yang efektif, terlibat dengan penggubalan polisi kerajaan secara aktif.

Kita doakan yang terbaik buat Malaysia. Semoga ekonomi Malaysia semakin makmur. Amin.


Thursday, October 12, 2017

Kerja yang Bertimbun


Saya semakin sibuk dengan pelbagai kerja yang sentiasa ada sejak bermulanya semester terbaru. Pada semester 4, kami para pelajar dilanyak dengan pelbagai kerja yang agak membebankan. Namun, disebabkan saya sentiasa terbekal dengan perspektif positif, maka saya anggap semua yang berlaku itu adalah sebagai cabaran buat saya.

Ada 2 subjek yang 4 jam kredit, membawa maksud saya perlu dapat A untuk subjek tersebut jika tidak mahu CGPA saya terjejas dengan ketara. Dua subjek itu adalah Communication Research Methods dan Academic Writing. InsyaAllah, berkat usaha gigih yang telah saya jalankan baru-baru ini, rezeki akan menyebelahi saya untuk dapat A.

Apa yang menyeronokkan tentang kerja-kerja yang bertimbun adalah masa saya terisi dengan perkara yang berfaedah, walaupun ada kalanya masih ada ruang untuk saya untuk melakukan aktiviti remeh yang lain.

Pertama, saya nak siapkan Academic Writing saya dengan tidak mengecewakan Advisor saya yang agak cerewet itu. Saya tahu beliau sedang cuba menekan saya untuk melakukan yang terbaik. Kedua, saya akan bermula untuk menelaah pelajaran dan melakukan yang terbaik secara istiqamah.

Amin, semoga sem ini menjadi sem yang menyeronokkan.


Sunday, September 10, 2017

Perangai Pemimpin di Malaysia


Sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat majmuk di Malaysia, saya adakalanya terfikir tentang sejauh mana perangai dan pembangunan moral rakyat di sini. Saya terfikir berkaitan perkara ini kerana ia memberi kesan kepada bagaimana saya menjalani kehidupan saya, dan sedikit sebanyak menggambar masa depan saya di Malaysia.

Malang sekali, perkara yang merunsingkan saya adalah penerapan nilai-nilai mulia dalam kalangan masyarakat tidak kukuh disebabkan perangai pemimpin yang tidak sepatutnya. Ada pemimpin di Malaysia yang tidak terbuka untuk membincangkan perkara yang mempunyai kepentingan awam, terus bersembunyi dan berahsia, lantas menimbulkan kesangsian. Ada yang makan rasuah dan melahap dana awam disebabkan tamak. Ada yang bercakap tentang demokrasi terbaik di dunia, namun rupa-rupanya demokrat palsu yang menutup segala ruang yang adil untuk akses kepada media perdana.

Perangai pemimpin yang boleh dilihat secara jelas ini sebenarnya telah mengajar para rakyat untuk mencontohi mereka. Dengan melihat pemimpin yang berperangai butuk sedemikian, rakyat yang melihat mereka sebagai role model lantas belajar dan berani untuk makan dan bagi rasuah, tamak, mengutamakan muslihat, menipu, dan macam-macam lagi perkara yang bercanggah dengan moral dan nilai-nilai mulia.

Tidak guna untuk memiliki pembangunan infrastruktur kelas pertama namun mentaliti masyarakat masih di tahap minda kelas ketiga. Jika keadaan ini terus berkekalan, maka selama-lamanya kita tidak akan menjadi negara maju.

Tuesday, August 29, 2017

Adakah Rafizi Ramli kanser kepada PKR?


Kenyataan Latheefa Koya, seorang peguam yang saya kagumi atas banyak kemenangan beliau dalam kes-kes mahkamah yang penting dan signifikan kepada reformasi sistem, berkaitan Rafizi Ramli sangat mengejutkan saya. Saya tergamam dan melihat tentang krisis perbezaan pendapat dalam PKR adalah kompleks dan serius untuk ditangani.

OK untuk berbeza pendapat tentang sesuatu, namun konflik dan pergaduhan yang boleh dilihat dalam PKR boleh dikatakan telah mencapai tahap krisis perbezaan pendapat.

Jika tidak serius, tidak lah Latheefa Koya sanggup menuduh Rafizi Ramli sebagai agen UMNO dan barua kepada seorang Menteri Barisan Nasional.

Saya tidak suka melihat pergaduhan yang sebegini rupanya. Tiada siapa yang akan menang dan meraih hasil daripada kegiatan saling membogel dan membuka aib masing-masing di media. Yang akan menang adalah musuh politik yang hanya mampu ketawa dan memperleceh kekuatan kita.

Saya berharap ada satu usaha oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memperbetul kembali saf yang telah terjejas. Kenyataan Tun M tentang pendirian Pakatan Harapan untuk tidak menjalin kerjasama dan bersedia menghadapi tiga penjuru dengan PAS adalah satu kenyataan yang membantu namun kini harapan terletak pada Biro Politik PKR yang bergolak.

Kita doakan yang terbaik untuk PKR supaya mereka kembali bersatu untuk berhadapan dengan musuh politik. Ingat, apa yang kita mahu adalah reformasi sistem yang adil untuk rakyat.



Sunday, August 27, 2017

Reputation by Taylor Swift


Taylor Swift kini kembali dengan lagu baru Look What You Made Me Do, sebagai single pertama daripada album Reputation yang akan diluncur menjelang November 2017.

Maka meriah lah bulan November tahun ini bukan sahaja dengan musik daripada popstar tersohor, malah filem blockbuster yang seperti Thor Ragnarok dan Star Wars The Last Jedi juga akan menjengah ke wayang berdekatan dengan anda.

Tentang Taylor Swift aka TayTay, lagu baru beliau banyak mengundang cakap-cakap tentang siapa yang diperkatakan dalam lagu itu, memandangkan lirik lagu itu yang menjurus kepada menghentam pihak yang TayTay tak puas hati. Adakah Kanye West dan Kim Kardashian, Adakah Katy Perry?

Tidak dinafi melodi dan beat Look What You Made Me Do adalah catchy dan cool. Imej Taylor Swift yang ala-ala princess yang mengenakan diri dengan dress fancy sudah tiada.

Bersediakah kita dengan TayTay? Kita tunggu apa lagi langkah dan respon TayTay sebagai agenda mempromosi album terbaru beliau, Reputation.




Tuesday, August 15, 2017

Kebangsaan


Persoalan dan perjuangan yang berteras kepada bangsa/kebangsaan adalah satu keperluan bukan untuk kepentingan politik semata-mata, namun lebih kepada pembangunan masyarakat.

Kita tak mahu orang Melayu dikata sebagai bangsa bodoh lagi pemalas, menghalalkan rasuah dan membiarkan ketirisan dan tatakelola pentadbiran yang tidak bertanggungjawab.

Bagi mendokong hasrat untuk melatih bangsa Melayu menjadi bangsa yang dihormati dengan nilai2 kompetitif dan mulia, kita perlukan pemimpin yang mempunyai keazaman yang tekal untuk membentuk budaya Melayu baru - Identiti Melayu dikekal, dengan reformasi dipupuk dalam peradaban.

Cabaran kepada pemimpin adalah memekarkan ekonomi, mendisiplinkan mentaliti dan membentuk masyarakat harmoni.

Sistem politik yang tidak mapan perlu ditukar. Begitu juga dengan pemimpin yang tidak terbuka untuk menjawab segala skandal yang menyelubungi dirinya.

Kita perlu sentiasa menyokong pemimpin yang terbuka, berani berdebat dan boleh menjalan agenda reformasi. Jika kita terus selesa dan tidak mahu berubah, maka lambat laun Malaysia akan terus ketinggalan dan tidak menjadi maju.

Daripada wawasan 2020 yang sudah diunjurkan kepada 2050, sekali lagi pada 2050 terpaksa diunjur kembali kepada 2100 - baru nak jadi maju. Kita tak mahu begitu.

Monday, August 7, 2017

Sepanjang bersama IKEA


Sepanjang bersama dengan IKEA, saya sangat rasa terharu tentang bagaimana organisasi ini menjaga dan memberi motivasi kepada para perkerja. Saya tidak pernah jumpa organisasi yang begitu memberi penekanan kepada cara-cara untuk menjaga kebajikan dan motivasi perkerja.

Tiada perbezaan ketara antara part timers dan full timers. Medical check up dan kos pergigian diberikan. Claim pengangkutan dengan Uber. Staff trip ke Sunway Lagoon dan Bukit Gambang. Makan malam di hotel. Kinder Bueno sewaktu peak days. Baucer RM180 Parkson sempena sebagai duit raya. Semua ini diberikan walau saya hanya berkerja secara purata 20 jam lebih seminggu. 1 jam dibayar rm10.

Saya berpandangan bahawa semua organisasi perlu belajar tentang usaha IKEA memberi penekanan terhadap kebajikan dan motivasi para perkerja. Human Resource Management yang baik adalah terletak pada cara organisasi melayan para perkerja sebagai modal insan yang penting, bukan semata-mata untuk dikerah tenaga mereka.

Bagi yang ingin berkerja part time, boleh lah datang walk-in ke IKEA store yang berdekatan dengan anda.

Dan sebagai info tambahan, hari Rabu ini sehingga lah 27/8/2017, akan ada sales di IKEA. Barang-barang seperti cadar, gelas dan tuala akan jatuh harga. Jangan lepaskan momen ini.

Tuesday, July 25, 2017

Game We'll Never Win


We want to be a winner in everything that we do. We always work hard to taste that sense of achievement. Along the way, we forget that there is a game that no matter how hard we work, we still are not going to win. That game is called game of fulfilling sins and temptations.

As we clouding ourselves with all those sins, we are diving into temporary happiness that will not get us nowhere. That temporary happiness is eventually a fake, causing us into deep trouble without proper consciousness. Result of the progress is we are furthering into darkness, polishing a black heart into blacker.

I realise that we need to do something about this. We need to avoid all types of sins and temptations, especially the sexual ones. If we want to achieve success and prepare ourselves for a good afterlife, then this is what we should do.


I am going to get a book about how to avoid sins and temptations. All of the input I gained would be shared to all of us. 





Friday, July 21, 2017

MRT & Shopping Mall berdekatan


Memang kita gembira dengan kehadiran MRT di Kuala Lumpur, menyambungkan kita daripada Sungai Buloh ke Kajang. Bukan sahaja orang yang gila tayang muka boleh berkesempatan untuk meluaskan pengaruh mereka dengan berjalan-jalan ke sana sini, malah bagi yang gila shopping mahupun paling tidak yang gila melawat shopping mall, MRT adalah pengangkutan yang tepat untuk anda.

Kini, anda boleh menjejaki One Utama, Pavilion, Sunway Velocity, Ikea Cheras, Ikea Damansara dan banyak lagi shopping mall menarik sekitar Kuala Lumpur melalui MRT.






Wednesday, July 19, 2017

Baby Driver


Berdasarkan kepada markah 95% di RottenTomatoes, saya sangat teruja untuk menonton Baby Driver di TGV. Sebenarnya, saya nak buat movie tour dengan menonton juga Valerian tetapi Valerian masih belum diluncur.





Apa yang menarik tentang Baby Driver adalah ia layak untuk ditonton dan seterusnya dihargai sebagai sebuah filem yang berjaya mengadun bakat pengarah dan pelakon secara sofistikated. Sungguh syok untuk menyaksi Lily James (Disney's Cinderella) dan Ansel Elgort (The Fault in Our Star, Divergent) bersimbiosis bersama pengarah Edgar Wright (The World's End) untuk menghasilkan satu karya yang cukup berkualiti.  Lily dan Ansel sangat manis dan romantik bersama tatkala berhadapan dengan cabaran untuk melepaskan diri daripada para penjahat.

Susah untuk melihat drama, emosi dan aksi untuk teradun dengan baik sekali. Baby Driver berjaya sebagai sebuah filem yang layak untuk mendapat markah 95% di Rotten Tomatoes.






Game of Thrones Season 7


Game of Thrones sudah menjengah ke HBO, kali ini dengan Season ke-7, merancakkan lagi plot cerita menarik berkaitan takhta yang menjadi rebutan.

Apa yang menarik tentang Game of Thrones kali ini adalah bukan sahaja mendapat review positif iaitu sebanyak 95% di RottenTomatoes, malah penglibatan Ed Sheeran sebagai cameo sedikit sebanyak menyedapkan lagi jalan cerita setelah menyaksikan pembunuhan besar-besaran untuk House Frey.

Bagi semua peminat Game of Thrones, ini adalah apa yang anda nanti-nantikan. Bak kata Mother of Dragons, 'Shall we begin'?

Tidak perlulah saya letakkan spoiler lanjut di sini, anda semua kena tonton sendiri.




Monday, July 17, 2017

Projek MRT


Maka rakyat marhaen boleh lah menaiki MRT daripada stesen Kajang - Muzium Negara bermula jam 4 petang Isnin ini.

MRT adalah projek MRTCorp dan Prasarana yang menelan belanja RM21billion untuk fasa pertama sejauh 53km. Projek keseluruhan MRT masih berbaki 2 fasa, dengan jumlah jarak 150km.

Projek MRT adalah projek infrastruktur yang paling mahal kita pernah bina dalam sejarah negara. Jika anda pergi ke mana-mana stesen MRT, anda akan dapat saksikan kemewahannya. Gerabak tren yang digunakan lebih luas dan cantik berbanding LRT.

Sebagai satu inisiatif oleh pihak kerajaan, saya berharap projek ini kekal berpatutan dan tidak membebankan  rakyat.


Berikut adalah senarai stesen MRT:






Sunday, July 16, 2017

HARAPAN



Akhirnya Pakatan Harapan, iaitu gabungan kumpulan pembangkang Malaysia telah memuktamadkan logo yang akan mereka guna pakai sewaktu pilihanraya yang akan menjelang pada bila-bila masa.

Ini adalah masa yang tepat untuk berhadapan dengan rejim Dato Seri Najib Razak yang kelihatan penuh dengan krisis dan skandal besar yang tidak berkesudahan, memeningkan rakyat dengan dilema.

Nampak kepada kita bahawa logo yang dipilih oleh kepimpinan yang dipengerusikan Tun Mahathir telah mengorak langkah dan masuk ke dimensi baru setelah beberapa kritikan telah dituju kepada pakatan pembangkang, seperti tidak mempunyai logo sendiri dan tidak bersatu padu.

Ramai yang mengulas lanjut logo Harapan adalah seperti kelihatan pada Star Trek.

Pakatan Harapan berazam untuk melaksanakan perkara berikut sepanjang 100 hari pertama selepas ditabal sebagai kerajaan baru:

  • Menghapuskan GST;
  • Menstabilkan harga petrol;
  • Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
  • Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
  • Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
  • Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB; dan
  • Memulihkan Felda.
Saya cukup teruja dengan perkembangan ini dan berharap satu lagi perkara dimasukkan dalam gerak kerja Harapan, iaitu untuk memansuhkan hutang PTPTN dan melaksanakan janji pendidikan percuma kepada rakyat. 


Wednesday, July 12, 2017

Spidey Boy - Tom Holland





Cantik kan semua poster Spiderman kali ini. Bukan sahaja poster cantik, tapi kali ini filem Homecoming memaparkan jalan cerita yang sangat menarik, membuktikan kepada kita bahawa Marvel Studios sentiasa meluncurkan filem-filem superhero yang berterusan menghiburkan.

Spiderman kali ini menampilkan Tom Holland sebagai karakter Spiderman yang naif, dan dalam masa sama ingin membuktikan dirinya sebagai layak digelar salah seorang daripada anggota Avengers. Bagi mencapai hasrat itu, Spiderman bertindak dengan terburu-buru untuk membanteras kegiatan penjenayah tanpa mengambil kira kesan negatif yang akan timbul selepas itu.

Kita semua kena tengok filem ini disebabkan kualiti jalan cerita yang ditonjolkan dalam filem Spiderman kali ini. Malah banyak momen yang mempunyai pengajaran besar, termasuk dalam klip video di bawah:

"If you are nothing without the suit, then you should not have it".



Rotten Tomatoes - 93%
Metacritic - 73%
IMDb - 8.1/10

Disertakan alternatif poster Spiderman sebagai tatapan kita.