Thursday, December 24, 2009

Momen Bersama yang Cukup Syok

Aku cukup gembira kerana telah pun bekerjasama dengan team yang cukup best. Thank Harn Moy, Azlan, Fazirul, Puan Mas dan juga yang lain2. Cukup best bersama dengan anda semua. Usaha kita telah berbaloi sehingga kita berjaya ke Separuh Akhir. Tidak mengapa, kita cuba lagi pada waktu akan datang k.

Kesedihan mula tercetus apabila momen kita ingin berpisah. Sedih sangat tyme tu..Semalaman my tears mengalir tau memikirkan tentang perpisahan nie. Kesedihan nie begitu ketara sebab korang adalah kawan yang cukup baik. Suke bile bersama dengan korang. Love all the huggings.

Justeru, diharapkan kita semua keep in touch. Sayang korang semua.

Saturday, November 14, 2009

Usaha

Hari nie aku nak stay up sampai pukul 1pm kerana aku nak lakukan yang terbaik bagi last paper aku pada sem 3 nie. Mungkin situasi dan keadaan dalam Dewan Peperiksaan kejap lagi akan menjadi disaster namun, tidak mengapa kerana aku akan lakukan yang terbaik.

So, mlm nie aku nak study betul2 kerana walaupun result aku teruk (maybe), aku tidak akan menyesal kerana aku telah berusaha. Usaha itulah yang sebenarnya melega dan menggembirakan aku sebenarnya.

Kawan-kawan ku sekalian, marilah kita berusaha gigih ke arah mencapai kejayaan dan impian kita.

Komunikasi Antara Kita


Komunikasi merupakan satu elemen dalam kehidupan yang perlu digunakan dengan sebaiknya. Penggunaan komunikasi ini teramatlah penting terutamanya apabila anda berkerja di bawah satu organisasi. Sesungguhnya, organisasi tidak akan hidup tanpa penggunaan komunikasi yang maju dalam kalangan ahli organisasi tersebut.

Saya pasti semua orang memiliki handphone. Handphone pula adalah kegunaannya untuk memastikan anda sentiasa berhubungan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja anda walaupun berada dalam jarak jauh. Justeru, saya minta dengan penuh rendah hati, tolonglah jangan sia-siakan duit anda membeli handphone itu. Sentiasa lah peka dengan calls dan sms dari rakan2 sekerja anda, iaitu saya. Saya bukan nak cakap merapu dan merepek, jauh sekali berbual kosong tapi mahu menyelesaikan kerja saya secara efisien dan cekap.

Saya mahu organisasi saya berjaya. Saya mahu kita berjaya. Komunikasi yang mantap merupakan antara langkah yang perlu diperkukuhkan antara kita untuk berjaya. Kalau ada terguris hati, saya minta maaf.

Stress Exam, Kerenah Birokrasi

Sekarang aku berada dalam musim exam. Dan paham-paham je lah, bagi sesiapa yang berada dalam musim exam nie, semestinya akan berhadapan dengan stress yang cukup menyeksakan otak. Aku cukup tak suka menghadapi exam lebih-lebih lagi apabila exam yang diolah dtg dari satu sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.

Itu adalah satu hal. Satu hal lagi yang aku terpaksa hadapi ialah terpaksa berhadapan dengan kerenah birokrasi yang cukup menjengkelkan. Perkara yang boleh jadi senang, cuba disusahkan oleh orang yang mempunyai kuasa ini. Alangkah baiknya apabila mereka menggunakan kuasa mereka untuk menyenangkan kerja orang lain. Secara tidak langsung, kerja mereka pun senang. Jadi, ini adalah situasi menang-menang.
Tapi, malangnya, perkara itu tidak terjadi.

Kata En. Shahrom itu lagi, jumpa die pada 17hb. Baik. Aku akan jumpa dengan En. Shahrom pada 17hb nie. Dan, kalau ko tidak menyenangkan ak pada waktu itew, maka lihatlah bagaimana ak menyusahkan ko pada waktu itu jgk.

Friday, October 30, 2009

3 Kelemahan Malaysia



1. Malaysia adalah sebuah negara yang lebih makmur, sentosa dan aman jikalau dibuat perbandingan dengan negara-negara lain yang terdapat di Bumi ini. Ini adalah kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi.

2. Namun, di sebalik kenyataan positif itu, malangnya, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada Malaysia yang memberi impak negatif kepada rakyat yang mendiami negara tercinta ini.

3. Berdasarkan penilaian sebagai seorang warganegara Malaysia dan pelajar yang sudah menduduki negara ini menjangkau 20 tahun, kelemahan itu ada 3 perkara: sistem pendidikan, pengangkutan awam, dan internet.

4. Bajet 2010 sudah diumumkan. Tidak kisahlah berapa pun bajet yang telah ditetapkan untuk menambahbaik ketiga-tiga perkara ini, asalkan kesan positifnya akan dinikmati dan dirasai oleh rakyat.

5. Bagi sistem pendidikan, tolonglah hapuskan sistem yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Tumpukan pada kualiti dan pemahaman, bukannya hanya menilai pada apa yang dikeluarkan di atas kertas. Barulah modal insan yang terhasil benar-benar perkasa.

6. Bagi pengangkutan awam, tolonglah sediakan perkhidmatan bas yang mantap, iaitu sentiasa mengikut jadual perjalanan yang komprehensif, supaya para pengguna tidak penat menunggu sehingga 30-50 minit. Waktu menunggu sepatutnya hanya paling maksimum 10 minit sahaja. Harga tambang kan dah naik. Jadi, tolonglah lakukan penambahbaikan. Lagipun, nak mengharapkan kepada LRT dan Komuter seluruh negara, itu mungkin mustahil dalam masa yang terdekat. Justeru, tiada alasan lagi untuk penyedia perkhidmatan bas.

7. Bagi jaringan internet, tolonglah sediakan capaian perkhidmatan jalur lebar dengan lebih lebar, selebar mungkin ke seantero Malaysia. Kapasiti kelajuan internet juga perlu ditingkatkan. Sebagai pelajar, pencinta ilmu, dan seorang yang memerlukan hiburan utk menghilangan stress di zaman yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini, maka perlunya internet yang laju dan luas, capaiannya. Tahniah kepada W1Max, namun capaiannya adalah terhad. Jadi, tolong luaskan. Tahniah juga kepada Celcom, Maxis dan Digi Broadband, namun tolong lajukan lagi.

8. Semoga awan mendung berarak, sinar mula menampakkan wajahnya.


Wednesday, October 28, 2009

Antara Publisiti & Populariti

1. SS memang sukakan publisiti. Dengan adanya publisiti lah, maka datangnya populariti.

2. Sesungguhnya, publisiti yang komprehensif semestinya akan membuahkan populariti yang impresif.

3. Publisiti ini adalah penting bagi menjadikan kehidupan lebih meriah, ceria dan penuh dengan aksi-aksi dan adegan-adegan. Sebagai contoh, di dalam sesebuah organisasi. Sesuatu organisasi perlu menjalankan publisiti yang meluas supaya dikenali ramai.

4. Dan dengan publisiti meluas itu, maka secara automatik nya akan datang lah menyusul populariti yang membawa manfaat kepada organisasi samada dari sudut ekonomi mahupun sosial.

5. Terimbau kembali SS akan kenangan indah sewaktu di sekolah menengah dan matrikulasi yang mana SS telah mengambil langkah drastik mempublisitikan diri. Hasilnya, SS telah menjadi seorang yang popular dan dikenali ramai. Hehe. (Bukan syok sendiri, OK).

6. Sebenarnya, publisiti ini akan terlaksana secara tidak langsung apabila anda yakin dengan diri anda. Keyakinan itu akan menyebabkan anda berani untuk bersuara, berani untuk menegakkan hak, berani untuk mempersembah, dan berani untuk melakukan perkara yang non-ortodoks, yang menonjolkan keunikan anda.

7. Jika, semua perkara itu telah anda sematkan di dalam diri, maka percayalah, anda akan menjadi seorang yang popular.


Tuesday, October 27, 2009

Mengapa Perlunya Kesusahan Dalam Hidup?




1. Satu soalan yang penting setiap kali SS berhadapan dengan mana-mana musibah ialah 'Apakah keperluan adanya kesusahan dalam hidup ini?'

2. Bukankah lebih bahagia dan gembira apabila hidup ini sentiasa senang, tanpa apa-apa konflik, isu dan tragedi yang tidak diinggini.

3. Namun, SS sebenarnya suka dengan kesusahan ini. Kerana apa? Semestinya kerana cabaran yang terkandung di dalam setiap kesusahan yang mendatang ini.

4. Cabaran ini lah yang yang menjadikan hidup ini lebih segar, malah, samada cabaran itu diharungi dengan kejayaan mahupun kegagalan, akan menghidangkan kita dengan 1001 moral & pengajaran.

5. Dengan kesusahan ini, SS kini mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan kesusahan yang berikutnya.

6. Dengan kesusahan ini juga lah, SS semakin berkobar-kobar untuk membuktikan kepada semua bahawa SS takkan sesekali lemah walau apa pun cabaran yang ada.

7. Kerana sesungguhnya, di akhir nanti, kejayaan lah yang akan menyambut.

8. Moga awan mendung berarak, dan sinar mula menampakkan wajahnya.


Rosaknya Pelan Strategik SS



1. Pada sem nie, banyak perkara tidak berjalan seperti mana yang SS rancangkan.

2. Banyak sangatlah pelan2 strategik SS telah tersasar jauh dari landasannya yang sebenar.


3. SS takkan menuding jari utk menyalahkan sesiapa di sebalik kerosakan pelan ini sebaliknya jari ini menuding pada diri sendiri. Tidak bertenang, terburu-buru dan obses merupakan antara kiteria penyumbang ke arah kerosakan yang berlaku.

3. Justeru, apakah signifikan di sebalik segala apa yang berlaku ini?

4. Semestinya ini membawa maksud bahawa SS tertakluk kepada Qada & Qadar. What happens, happens. Dan sesungguhnya, SS tertakluk pada Perlembagaan Agung daripada Ilahi.

5. Lantas SS terus kukuh mempercayai bahawa nothings perfect. Namun, di sebalik apa yang tidak sempurna itu, masih wujud keseimbangan oleh Pencipta.

6. Sebagai contoh, memanglah banyak perkara yang tidak berjalan lancar, namun ada juga perkara seronok yang membuatkan SS begitu gembira, terutamanya dari sudut kewangan. Tidak perlulah SS menyenaraikan apa yang berada di dalam bakul shopping SS, kerana takut nanti ada orang yang jeles. Hehe.

7. Disebabkan Qada & Qadar, Perlembagaan Agung daripada Ilahi inilah, maka SS akan terus beristiqamah dalam merealisasikan usaha2 yang patut ke arah menuju kejayaan. SS akan terus berdoa supaya dimudahkan cara untuk mendapat apa yang diingini. SS akan terus gigih tanpa mengenal putus asa.

7. Jadi, konklusinya, nothings perfect. Bersyukurlah.


Wednesday, September 2, 2009

Sistem Yang Mengecewakan

1. Benci sangat dengan sistem pendidikan di Malaysia.

2. Sebab apa? Semestinya bersebabkan sistem pendidikan di Malaysia ini adalah berorientasikan peperiksaan.

3. Dengan sifat yang ada pada sistem pendidikan di Malaysia ini maka, suasana pengajaran & pembelajaran di dalam kelas adalah cukup membosankan.

4. Adakah kerajaan tidak nampak akan perkara ini yang sekian lama membelenggu komuniti pencinta ilmu di Malaysia?

5. SS berasa cukup tertekan apabila berada di dalam kelas kerana pensyarah terlalu berfokuskan untuk menghabiskan silibus tanpa datang dengan inovasi untuk menjadikan pengajaran konsepsi mahupun pembelajaran kontemplasi lebih menarik.

6. Pensyarah juga sering memberikan assignment yang sukar, bermatlamatkan kertas kerja berpuluh-puluh muka surat.

7. Lihat lah juga dari quiz, test hinggalah ke final exam, soalan yang dirangka adalah nampak jelas, berorientasikan peperiksaan semata-mata tanpa mengambil kira nilai pengamalan oleh para pelajar.

8. Dalam hal ini, SS faham dengan situasi pensyarah. Dihimpit batuan sistem pendidikan. Dalam hal ini pensyarah tak patut disalahkan, sepenuhnya. Yang patut disalahkan sepenuhnya ialah sistem pendidikan.
Namun, pensyarah perlu bijak dalam menjadikan pendidikan sebagai sesuatu yang bukan bersifat di kertas semata-mata.

9. Kalau macam ini lah keadaannya, berlanjutan tanpa apa2 perubahan, maka SS nak ambik Master kat luar negara lah.


Monday, August 24, 2009

Gelanggang Tenis Terus Bergegar, Ranjang Pacuan SS Terus Menyentap



1. Rafael Nadal dan Maria Sharapova masing-masing telah memberikan amaran bahawa mereka sudah bersedia bangkit untuk menggegarkan gelanggang tenis.

2. Maria Sharapova yang diketepikan selama hampir 10 bulan akibat kecederaan bahu, kini yakin sudah berada dalam keadaan kecergasan terbaik untuk kembali mengungguli kedudukan 10 terbaik dunia.

3. Rafael Nadal pula yang juga mengalami kecederaan yang mana memberi kesan tidak dapat mempertahankan kejuaraan dalam Terbuka Perancis sebelum ini, kini kembali beraksi dalam kejohanan tenis Cincinnati Masters dengan layak ke pusingan ke-3.

4. Selamat berjaya kepada Rafael Nadal dan Maria Sharapova.

5. Tanda-tanda kebangkitan 2 juara ini merupakan satu signifikan buat SS. Jika mereka juga telah memberikan amaran, maka SS juga tidak mahu ketinggalan. Maka datanglah SS dengan satu amaran : SS juga kini berada dalam keadaan terbaik untuk 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan pesaing-pesaing SS! Bersedialah untuk menghadapi kemaraan SS dalam merungai segala konsepsi mengikut arus kontemporari! Oh yeah..

6. ^_^









Ihya Al-Ramadhan @ Syiman Syareman

1. SS ingin melayari bulan Ramadhan nie dengan penuh penghayatan dan penjiwaan nilai-nilai murni dengan penuh tawaduk.

2. Pada 2 minggu lepas. SS telah menyertai pertandingan Debat Kemerdekaan di USIM. Telah mendapat pengalaman yang best dengan team yang agak best tapi ada beberapa kelemahan yang boleh dibaiki, namun, inilah cabarannya untuk SS meraih title johan nanti bagi mana2 pertandingan Debat. Oh yeah!

3. SS agak frust kerana sekali lagi telah terlepas dlm menyertai pertandingan Pidato Kemerdekaan. Sebelum nie, SS telah terlepas dalam menyertai Pertandingan Pidato Peniti-V di UPM dan juga Pidato Rakan Muda di Putrajaya. Sedih la, namun tak nak dah pikir pasal benda2 nie.Diharapkan apabila SS dah berjaya masuk mana2 pertandingan Pidato, maka SS akan jadi Johan. Oh yeah. My target lepas nie ialah pertandingan Pidato Antarabangsa. Ingin sekali meneruskan legasi kemenangan dari era sekolah menengah dalam bidang pidato. =)

4. SS juga sekrang nie makin mengatur langkah dengan lebih fokus dlm akademik kerana kurangnya kesibukan dlm Debat. SS nak dapat GPA yang bagus untuk sem nie. Oh yeah. Subjek seperti Manufacturing Process, Engineering Material, Technical Communication, Critikal Thinking dan juga Thermofluids haruslah semua dapat A.

5. Sekian sahaja berita dari SS. Terima kasih kerana mengikuti. ^_^



Sunday, August 2, 2009

Industri Majalah Malaysia


1. Sebagai seorang pendebat, aku memerlukan banyak fakta bagi memastikan hujah yang dibentangkan padat dengan fakta yang bernas lagi tuntas.

2. Lalu, pada suatu hari, aku cubalah mencari majalah yang berunsurkan ilmiah di kedai2.

3. Namun, dari satu kedai ke satu kedai, ak masih tidak dapat menjumpai majalah-majalah yang berunsurkan ilmiah ini.

4. Di mana Dewan Masyarakat? Dewan Kosmik?

5. Yang ada pun cuma e-siswa ( yang mana mengfokuskan kepada budak2 sekolah rendah n menengah ) dan juga FOKUS ( yg mana mengfokuskan kpd bdk2 yang nk ambik SPM). Mastika pulak banyak menceritakan tentang kisah masyarakat namun bertumpukan kepada kisah-kisah maksiat, hantu, dan mistik.

6. Sedih sangat kerana majalah-majalah berunsur ilmiah ini tidak mempunyai daya survival yang tinggi di pasaran. Kita dapat melihat trend negatif ini dari era Massa hingga nasib malang yang menimpa Dewan Masyarakat dan Dewan Kosmik ini.

7. Yang mampu 'survive' ialah URTV, Mangga, Maskulin, dan banyak lagi majalah-majalah lain yang bersifat sensasi dan hiburan.

8. Di peringkat global, majalah2 berunsur ilmiah mendapat sambutan dan bersaing sengit dengan majalah-majalah berunsur hiburan di pasaran seperti Times, Forbes & Reader's Digest.

9. Ketiadaan Dewan Masyarakat mahupun Dewan Kosmik ini membuatkan aku rasa satu kehilangan yang besar kerana sifat yang ada pada majalah tidak ada pada sifat yg dimiliki surat khabar mahupun media yang lain termasuklah internet.

10. Nampaknya masyarakat Malaysia tidak menyokong majalah berunsur ilmiah hinggakan syarikat pengeluar majalah tersebut bertindak menghentikan penerbitan. Bukan sahaja tidak suka membaca majalah, malah bahan bacaan lain pun terkesan daripada kemalasan membaca yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia.

11. Sebab itulah industri majalah dan buku di Malaysia adalah lembap.










Video SS

Rasa boring di pagi hari nie. So, untuk menghilangkan keboringan ini, of coz lah kena nyanyi. Hehe.


video

Wednesday, June 10, 2009

Roger Federer di Roland Garros

1. Terdapat signifikan yang cukup bermakna bagi SS bila Roger Federer dimahkotakan sebagai juara di Kejuaraan Tenis Terbuka Perancis, Roland Garros.

2. Kejayaan Roger Federer itu merupakan satu simbolik semangat yang mana kejatuhan itu merupakan satu cabaran untuk kita bangkit kembali.

3. Ya, sebelum ini aku dapat rasakan kesedihan Federer sewaktu Rafael Nadal merampas takhta #1 milik Federer suatu masa dahulu. Dan kekalahan kepada Rafael Nadal dalam Grand Slam sebelum ini seperti Wimbledon & Terbuka Australia menambahkan lagi kesedihan yang dihadapi.

4. Namun, semestinya kejuaraan kali ini menyaksikan Roger Federer mengukir senyuman segar menjanjikan masa depan lebih cerah.

5. Aku pun pernah berhadapan dengan kejatuhan seperti ini, iaitu seperti helang yang patah sayap setelah terbang meninggi ke langit. Dan, aku tahu tahap kesedihannya apabila berhadapan dengan kejatuhan ini.

6. Aku tahu, aku tak perlu putus asa sebaliknya terus berusaha. Dan suatu hari nanti, aku percaya, aku juga akan mengukir senyuman segar seperti mana Roger Federer ukirkan.





Tuesday, June 9, 2009

Suatu Pertemuan Dengan Diva Debat MMU

1. Aku cukup gembira pada hari ini kerana akhirnya, aku telah berjaya menghubungi seorang diva debat MMU aka my ex-schoolmate, Nazwan Kamal.

2. Kerana apa aku panggil dia diva debat? Semestinya kerana team Nazwan Kamal nie telah meraih pelbagai kejayaan bermakna termasuklah menjadi Johan Debat Terbuka ASTAR 2009.

3. Selain itu, Nazwan Kamal ini juga telah berjaya menjadi Naib Johan Pidato sempena Hari Belia peringkat Negeri Melaka 2009.

4. Dengan pulihnya status kami daripada 'lost-contact' kepada 'in-contact' ini, maka aku harapkan dapatlah Debat MMU n Debat UTeM melaksanakan kerjasama yang patut ke arah memeriahkan industri debat, termasuklah melalui perlawanan persahabatan.








Memuaskan Mulut Dan Perut


X. Aku dah tak nak pikir pasal benda-benda yang memeningkan.

X. So, now, I'm gonna talk about my fave food..Oh yeah..

X. Aku nie mmg kuat makan tetapi unfortunately, ak dok maintain kurus je..Aku rasa perut aku nie kecik yang didatangkan dengan selera yang besar.

Berikut adalah Top 10 my fave food..hehe


  1. Big Apple
  2. Secret Recipe
  3. Baskin Robbins
  4. McD
  5. Wendy's
  6. Pizza Hut
  7. Starbucks Coffee
  8. Burger King
  9. A&W
  10. Nando's

Saturday, June 6, 2009

Satu Pandangan Terkini daripada DJ IKIM

1. Aku berpendapat, team aku masih belum kukuh.

2. Ada orang yang pemikirannya dan penghuraiannya adalah tersangatlah mantap dan jelas, seperti mana ditegaskan oleh penilai, namun, kelemahannya yang paling ketara ialah daya sampai dan persembahan yang teruk.

3. Ketidakseimbangan ini menjadikan dia adalah seorang pendebat yang tidak baik, kerana seorang pendebat yang baik ialah, mempunyai keseimbangan dari segi aspek pemikiran dan juga daya sampai, supaya pemikirannya jelas seisi dewan.

4. Lagi satu, orang ini, masih belum nampak cara-cara pembinaan konsep yang betul, yang mana kekeliruan ini menjadikan struktur dan perjuangan team yang berterabur.

5. Kalau perkara ini berlarutan dan berterusan tanpa unjuran positif ke arah pembaikan, maka aku boleh katakan aku tak nak orang ini berada dalam team aku, kerana orang ini hanya akan mengacaubilaukan perjuangan team aku dengan pemikirannya yang sehala.

Aku Laparkan Kejayaan

1. Aku dahaga dan laparkan kejayaan.

2. Tersangat lapar, tersangat dahaga.

3. Bukan sahaja kejayaan dalam akademik, malah kejayaan dalam pidato dan seterusnya dalam debat. Tidak ketinggalan, dalam teater.

4. Aku berasa sudah sampai masanya aku membuat satu anjakan paradigma yang betul2 mantap.

5. Dan ke arah ini, ak dapat rasakan hanya 2 benda yang aku perlukan, orang yang tepat, dan usaha yang kuat.

6. Siapakah orang yang tepat ini? Iaitu, golongan yang dapat aku berkerja bersama-sama, dan mempunyai misi dan visi yang sama.

7. Usaha yang kuat pula adalah kerahan tenaga bersama dengan orang yang tepat itu secara konsisten, fokus dan beristiqamah.

Wednesday, June 3, 2009

Buat Yang Terguris Atas Sebab Kritikan

1. Ini adalah post aku kepada orang yang aku kritik baru-baru ini.

2. Aku bukan bermaksud untuk menghentam diktaktor yang bernama Sai ini secara membuta tuli. Aku ada asasnya.


3. Kepada sesiapa yang tidak setuju, maka kritiklah aku kembali, kerana aku bersedia dengan apa2 kritikan. Aku sentiasa bersedia menerima kritikan selagi mana kritikan itu adalah masih kritikan, bukan carutan.

4. Jangan salah faham. Aku masih hormat Sai ini sebagai seorang yang lebih tua tapi, untuk mengelakkan rasa tidak selesa itu berlarutan, maka perlunya kritikan untuk meneutralkan suasana.

Kerosakan yang Menyedihkan

1. Agak menyedihkan apabila 3 barang kesayangan aku telah rosak.

2. Namun, nak buat mcm ne, setiap sesuatu akan sampai ajalnya. Yang kekal abadi hanya Dia yang mentadbir sekalian alam ini.

3. Yang sebenarnya, earphone aku sebelah kiri, USB Fan untuk laptop aku, dan kamera hanset aku telah mengalami kerosakan yang mana telah menyebabkan mereka tidak lagi berfungsi.

4. Memang menyedihkan, tapi tidak mengapalah kerana aku akan beli lain selepas ini. Dapat ja duit PTPTN, of coz aku akan beli apa yang patut dibeli. Hehe.

5. Laptop HP Pavilion ak juga, aku harus pelihara dengan menggunapakai Kaspersky Anti-Virus yang mana telah diklasifikasikan sebagai antara yang terbaik dalam memerangi virus siber.

6. Bercakap pasal kerosakan, gigi aku juga tidak ketinggalan dalam menjadi isu kerana aku tak mahu dah gigi aku menjadi rosak, yang mana telah menjerumuskan aku berdepan dengan kesengsaraan sakit gigi. Rutin menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari adalah perlu dikuatkuasakan secara tegas.

7. Sesungguhnya, benda yang rosak memberi pengajaran kepada kita, 'Jangan putus asa dan teruskan hidup'.

Tuesday, June 2, 2009

Wawasan Debat & Pidato


Aku nak jadi johan dalam 4 pertandingan pidato utama peringkat IPT dalam negara iaitu

1) Pidato Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri ( Februari )
2) Pidato Peniti V ( Mac )
3) Pidato Belia Rakan Muda ( Mei )
4) Pidato Kemerdekaan ( Ogos )

Manakala untuk debat, aku nak bina team yang mana mampu berjaya ke peringkat sekurang-kurangnya suku akhir bagi setiap pertandingan debat dengan memenangi 4 daripada 6 perlawanan saringan liga debat iaitu

1) Debat Perdana Integriti IIM
2) Debat Perpaduan JPNIN
3) Debat Kepenggunaan FOMCA
4) Debat Alam Sekitar
5) Debat Diraja UIAM


Dan bagi setiap kejohanan debat, aku nak tersenarai dalam senarai top 10 pendebat terbaik.Oh yeah.

Di peringkat matrik, aku berjaya menjadi

1) Tempat ke-3 Pidato Karnival Kokurikulum Kolej Matrikulasi peringkat kebangsaan 2007

Di peringkat sekolah menengah, inilah legasi aku :

1) Johan Pidato(L) Menengah Rendah Minggu Bahasa MRSM Zon Utara 2004
2) Naib Johan Pidato (L) Menengah Rendah Minggu Bahasa MRSM Se-Malaysia 2004
3) Johan Pidato (L) Menengah Atas Minggu Bahasa MRSM Zon Selatan 2005
4) Johan Pidato (L) Menengah Atas Minggu Bahasa MRSM Se-Malaysia 2005
5) Naib Johan Pidato (L) Menengah Atas Minggu Bahasa MRSM Zon Utara 2006
6) Tempat ke-4 Pidato Piala Diraja peringkat Negeri Kedah 2006

Thursday, May 14, 2009

Berehat Untuk Berdebat


1. Aku nak rehatkan diri aku jap daripada blogging, myspace, facebook n future twitter.

2. Tapi rasenyer mcm tak boleh je. Tengoklah ape yang akan berlaku.

3. Namun, apa yang pasti, aku akan ke UTM Skudai pada 15 Mei bukan untuk bersantai, tapi untuk mengintai lalu merungkai nilai-nilai yang ada dalam seni debat yang mana aku tak patut longlai walaupun dihempap badai.

4. Aku rasa nervous la nak bertembung dengan diva-diva hebat debat di ranjang yang sama.

5. Tapi, tidak mengapa. I will survive.




video

Wednesday, April 29, 2009

Usahawan Kedai Makan

1. SS berasa kagum dengan Linda Onn.

2. Setelah berjaya dengan rangkaian makanan My Mum Chicken Rice Shop, kini Linda Onn telah membuka lagi satu restoran dengan kategori yang berbeza iaitu My Asam Pedas Shop.

3. Beginilah usahawan yang kita mahukan. Yang sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan bisnes. Mula dengan langkah demi langkah, akhirnya kejayaan dapat dicapai jua.

4. SS pun rasa teruja dengan bisnes restoran ini. Bisnes kedai makan nie kan agak kebal krisis ekonomi sebab semua orang kan perlu makan dan memenuhkan perut. Tak gitu. Hehe.







Tuesday, April 28, 2009

Kekecewaan Dengan Sikap Orang

1. Aku kecewa dengan sikap sesetengah golongan nie. Betul-betul kecewa.

2. Aku kecewa dengan sikap orang yg tak menunjukkan kemahuan ke arah kemajuan. Kecewa dengan sikap orang yang pemalas. Kecewa dengan sikap orang yang memandang remeh tentang perkara yang memberi kepentingan.

3. Contoh terbaru, aku kecewa dengan ahli kumpulan projek akademik aku. Buat kerja last minute. Tangguh-tangguh. Tak bersungguh-sungguh. Berdolak-dalik. Mlm hari sebelum nak hantar baru nak siap. Ini bukan kali pertama aku menjadi mangsa.

4. Maka, dengan kekecewaan ini, demi semangat untuk menuju kemajuan, aku takkan lagi satu kumpulan dan terlibat dengan mana2 kerja akademik bersama diorang.





Monday, April 27, 2009

Kewajaran Globalisasi

1. Dunia sekarang menyaksikan pengaruh globalisasi bukan sahaja kepada ekonomi mahupun teknologi, malah globalisasi penyakit kian jelas kesannya.

2. Kita sekarang wajar berhati-hati kerana wabak unik dikenali sebagai selesema babi yang mana telah menyerang Mexico mengorbankan setakat nie lebih 80 orang. Wabak nie unik kerana para saintis tak pernah melihat wabak seperti ini yang mana bergabungnya virus babi, burung dan manusia.

3. Di AS, 10 orang telah terkena jangkitan.

4. Inilah merupakan kesan negatif globalisasi.

5. Terhakisnya identiti budaya, sistem ekonomi kapitalis penyebab krisis ekonomi skrg, lambakan maklumat yang tidak berguna dan berbahaya, dan juga penyebaran penyakit yang kita lihat sekarang.

6. Maka, ternyatalah kepincangan ideologi Barat.


Friday, April 24, 2009

SS Message!

video

Buku Dan Aku

1. Hari Buku Sedunia cukup meriah disambut apabila menjelangnya 23 April setiap tahun.

2. Sebelum sambutan Hari Buku Sedunia ini disambut, masyarakat Catalan di Barcelona, Sepanyol meraikan Festival of the Rose, yang mana pasangan kekasih bertukar sekuntum bunga mawar dengan sebuah buku.

3. Budaya mengagungkan buku sudah diamalkan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Indonesia, India dan banyak lagi.

4. Dengan pengagungan buku inilah, maka kita lihat banyak buku fiksyen mahupun nonfiksyen yang cukup popular lahir daripada negara-negara ini. Harry Potter, The DaVinci Code, The Lord of The Rings, Twilight, Angels and Demons dan banyak lagi.

5. Sesungguhnya, apabila negara sedang bergerak ke arah kepesatan pembangunan, maka pembangunan buku di Malaysia juga perlu seiring dengan bermatlamatkan satu judul buku yang dihasilkan akan dibaca oleh sekurang-kurangnya 1000 rakyat.

6. Di sinilah terletaknya peranan pelbagai pihak bukan sahaja Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Majlis Industri Buku Malaysia dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia, malah terletak juga di bahu kita untuk mengkomersialkan buku dengan memberikan nafas baru kepada buku bagi menarik perhatian para pembaca.

7. Bagi menyahut matlamat ini, maka SS ingin sekali melancarkan dan menerbitkan buku sendiri. Sudah sekian lama SS mendapat inspirasi untuk mengeluarkan buku sendiri termasuklah daripada JK Rowling, Madonna, Paris Hilton, HM Tuah, Fadzilah Kamsah dan banyak lagi lah para penulis bertauliah.

8. Semestinya SS nak menulis dalam ruang lingkup buku motivasi dan novel. Bagi novel, SS nak tulis bertemakan masalah masyarakat, isu-isu semasa, ketabahan dalam menghadapi dugaan, kejayaan setelah berusaha dan juga percintaan yang diadunkan sekali menjadi satu ramuan sedap untuk disantap para pembaca.




Pelaburan : Simpanan Membawa Keuntungan

1. Tidak sampai beberapa hari setelah pengumuman 3.33 billion unit dana baru Amanah Saham Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada kaum Cina telah habis dilanggan.

2. Kaum India pula setakat ini telah melanggan 53.5 juta daripada 499.5 juta unit yang diperuntukkan.

3. Apa yang menyedihkan iaitu situasi kaum bumiputera. Daripada 1.665 billion unit yang ditawarkan, hanya 7.65 juta sahaja yang berjaya dijual.

4. Hal ini menunjukkan minat dan kesedaran yang tinggi kaum Cina dalam bidang yang berpotensi untuk membawa keuntungan. Ini juga menunjukkan kesungguhan masyarakat Cina yang komited ingin memajukan diri mereka.

5. SS menggeleng kepala melihat kepada situasi ini. Sedih. Kaum bumiputera sebagai teraju utama negara sepatutnya mendahului dalam setiap perkara yang berpotensi untuk membawa kita kepada kemajuan.

6. Sebaliknya, banyak duit daripada bumiputera ini dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Daripada menghabiskan duit ke dalam bisnes MLM yang kurang terjamin, skim cepat kaya dan lain-lain, lebih baiklah disalurkan kedalam sektor pelaburan.

7. Peluang sudah ada di depan mata. Masyarakat bumiputera perlu peka dengan peluang ini seterusnya mengambil kesempatan ke atasnya agar sentiasa berdaya saing.

8. Janganlah mengadu bahawa nasib bumiputera diabaikan sedangkan sikap dan mentaliti itu belum berubah.




Thursday, April 23, 2009

Demam Peperiksaan

1. Demam peperiksaan yang aku rasakan ini adalah semakin hangat berbanding sem lepas.

2. Mungkin sebab aku lebih fokus dan berusaha dalam sem nie.

3. Pada malam sebelum menjelangnya kertas peperiksaan yang seterusnya, aku susah nak tidur, termasuklah malam tadi.

4. Dan tiba-tiba aku telah mendapat hidayah.

5. Daripada hidayah itu, aku akan menganggap peperiksaan ini sebagai satu yang menyeronokkan.

6. No stress. Assumed this examination is one of enjoyment.

7. Bukan aku tidak berusaha. Atas nama usaha inilah, aku bertawakal bagi setiap peperiksaan.

8. Semoga, aku, kita, beroleh kejayaan pada masa hadapan.

9. Nak buat macam mane, sistem pendidikan Malaysia ini adalah berorientasikan peperiksaan.





Monday, April 20, 2009

Syiman Syareman : Me, Myself & I

1. Alhamdulillah, akhirnya aku telah berjaya melancarkan blog aku sendiri iaitu The Diary of Syiman Syareman.

2. Di blog ini, aku mempunyai visi dan misi untuk digalasi, bukan untuk sekadar publisiti mahupun kepentingan peribadi, tetapi untuk meluahkan interpretasi dan persepsi tersendiri.

3. Jadi, sempena penulisan aku yang pertama, ingin aku memperkenalkan diri sempena pemula wacana.

4. Secara amnya, dari segi sikap, aku adalah seorang yang pendiam. Aku adalah remaja yang tidak suka dengan kehidupan negatif remaja zaman sekarang. Bagi aku, kehidupan remaja sekarang ini secara kasarnya sungguh memeningkan dan penuh dengan 'havoc' dan 'chaos' yang tidak bertempat lantas tidak boleh diterima oleh aku.

5. I love cats, Madonna, foods, shopping, tennis & money.

6. Aku benci kepada beberapa golongan termasuklah golongan yang tidak tahu menghormati orang lain dan golongan yang mementingkan diri sendiri.

7. Aku mempunyai Facebook yang boleh dicapai melalui emel
hardcandy.syerryshine@gmail.com