Wednesday, April 29, 2009

Usahawan Kedai Makan

1. SS berasa kagum dengan Linda Onn.

2. Setelah berjaya dengan rangkaian makanan My Mum Chicken Rice Shop, kini Linda Onn telah membuka lagi satu restoran dengan kategori yang berbeza iaitu My Asam Pedas Shop.

3. Beginilah usahawan yang kita mahukan. Yang sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan bisnes. Mula dengan langkah demi langkah, akhirnya kejayaan dapat dicapai jua.

4. SS pun rasa teruja dengan bisnes restoran ini. Bisnes kedai makan nie kan agak kebal krisis ekonomi sebab semua orang kan perlu makan dan memenuhkan perut. Tak gitu. Hehe.







Tuesday, April 28, 2009

Kekecewaan Dengan Sikap Orang

1. Aku kecewa dengan sikap sesetengah golongan nie. Betul-betul kecewa.

2. Aku kecewa dengan sikap orang yg tak menunjukkan kemahuan ke arah kemajuan. Kecewa dengan sikap orang yang pemalas. Kecewa dengan sikap orang yang memandang remeh tentang perkara yang memberi kepentingan.

3. Contoh terbaru, aku kecewa dengan ahli kumpulan projek akademik aku. Buat kerja last minute. Tangguh-tangguh. Tak bersungguh-sungguh. Berdolak-dalik. Mlm hari sebelum nak hantar baru nak siap. Ini bukan kali pertama aku menjadi mangsa.

4. Maka, dengan kekecewaan ini, demi semangat untuk menuju kemajuan, aku takkan lagi satu kumpulan dan terlibat dengan mana2 kerja akademik bersama diorang.





Monday, April 27, 2009

Kewajaran Globalisasi

1. Dunia sekarang menyaksikan pengaruh globalisasi bukan sahaja kepada ekonomi mahupun teknologi, malah globalisasi penyakit kian jelas kesannya.

2. Kita sekarang wajar berhati-hati kerana wabak unik dikenali sebagai selesema babi yang mana telah menyerang Mexico mengorbankan setakat nie lebih 80 orang. Wabak nie unik kerana para saintis tak pernah melihat wabak seperti ini yang mana bergabungnya virus babi, burung dan manusia.

3. Di AS, 10 orang telah terkena jangkitan.

4. Inilah merupakan kesan negatif globalisasi.

5. Terhakisnya identiti budaya, sistem ekonomi kapitalis penyebab krisis ekonomi skrg, lambakan maklumat yang tidak berguna dan berbahaya, dan juga penyebaran penyakit yang kita lihat sekarang.

6. Maka, ternyatalah kepincangan ideologi Barat.


Friday, April 24, 2009

SS Message!

Buku Dan Aku

1. Hari Buku Sedunia cukup meriah disambut apabila menjelangnya 23 April setiap tahun.

2. Sebelum sambutan Hari Buku Sedunia ini disambut, masyarakat Catalan di Barcelona, Sepanyol meraikan Festival of the Rose, yang mana pasangan kekasih bertukar sekuntum bunga mawar dengan sebuah buku.

3. Budaya mengagungkan buku sudah diamalkan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Indonesia, India dan banyak lagi.

4. Dengan pengagungan buku inilah, maka kita lihat banyak buku fiksyen mahupun nonfiksyen yang cukup popular lahir daripada negara-negara ini. Harry Potter, The DaVinci Code, The Lord of The Rings, Twilight, Angels and Demons dan banyak lagi.

5. Sesungguhnya, apabila negara sedang bergerak ke arah kepesatan pembangunan, maka pembangunan buku di Malaysia juga perlu seiring dengan bermatlamatkan satu judul buku yang dihasilkan akan dibaca oleh sekurang-kurangnya 1000 rakyat.

6. Di sinilah terletaknya peranan pelbagai pihak bukan sahaja Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Majlis Industri Buku Malaysia dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia, malah terletak juga di bahu kita untuk mengkomersialkan buku dengan memberikan nafas baru kepada buku bagi menarik perhatian para pembaca.

7. Bagi menyahut matlamat ini, maka SS ingin sekali melancarkan dan menerbitkan buku sendiri. Sudah sekian lama SS mendapat inspirasi untuk mengeluarkan buku sendiri termasuklah daripada JK Rowling, Madonna, Paris Hilton, HM Tuah, Fadzilah Kamsah dan banyak lagi lah para penulis bertauliah.

8. Semestinya SS nak menulis dalam ruang lingkup buku motivasi dan novel. Bagi novel, SS nak tulis bertemakan masalah masyarakat, isu-isu semasa, ketabahan dalam menghadapi dugaan, kejayaan setelah berusaha dan juga percintaan yang diadunkan sekali menjadi satu ramuan sedap untuk disantap para pembaca.




Pelaburan : Simpanan Membawa Keuntungan

1. Tidak sampai beberapa hari setelah pengumuman 3.33 billion unit dana baru Amanah Saham Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada kaum Cina telah habis dilanggan.

2. Kaum India pula setakat ini telah melanggan 53.5 juta daripada 499.5 juta unit yang diperuntukkan.

3. Apa yang menyedihkan iaitu situasi kaum bumiputera. Daripada 1.665 billion unit yang ditawarkan, hanya 7.65 juta sahaja yang berjaya dijual.

4. Hal ini menunjukkan minat dan kesedaran yang tinggi kaum Cina dalam bidang yang berpotensi untuk membawa keuntungan. Ini juga menunjukkan kesungguhan masyarakat Cina yang komited ingin memajukan diri mereka.

5. SS menggeleng kepala melihat kepada situasi ini. Sedih. Kaum bumiputera sebagai teraju utama negara sepatutnya mendahului dalam setiap perkara yang berpotensi untuk membawa kita kepada kemajuan.

6. Sebaliknya, banyak duit daripada bumiputera ini dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Daripada menghabiskan duit ke dalam bisnes MLM yang kurang terjamin, skim cepat kaya dan lain-lain, lebih baiklah disalurkan kedalam sektor pelaburan.

7. Peluang sudah ada di depan mata. Masyarakat bumiputera perlu peka dengan peluang ini seterusnya mengambil kesempatan ke atasnya agar sentiasa berdaya saing.

8. Janganlah mengadu bahawa nasib bumiputera diabaikan sedangkan sikap dan mentaliti itu belum berubah.




Thursday, April 23, 2009

Demam Peperiksaan

1. Demam peperiksaan yang aku rasakan ini adalah semakin hangat berbanding sem lepas.

2. Mungkin sebab aku lebih fokus dan berusaha dalam sem nie.

3. Pada malam sebelum menjelangnya kertas peperiksaan yang seterusnya, aku susah nak tidur, termasuklah malam tadi.

4. Dan tiba-tiba aku telah mendapat hidayah.

5. Daripada hidayah itu, aku akan menganggap peperiksaan ini sebagai satu yang menyeronokkan.

6. No stress. Assumed this examination is one of enjoyment.

7. Bukan aku tidak berusaha. Atas nama usaha inilah, aku bertawakal bagi setiap peperiksaan.

8. Semoga, aku, kita, beroleh kejayaan pada masa hadapan.

9. Nak buat macam mane, sistem pendidikan Malaysia ini adalah berorientasikan peperiksaan.





Monday, April 20, 2009

Syiman Syareman : Me, Myself & I

1. Alhamdulillah, akhirnya aku telah berjaya melancarkan blog aku sendiri iaitu The Diary of Syiman Syareman.

2. Di blog ini, aku mempunyai visi dan misi untuk digalasi, bukan untuk sekadar publisiti mahupun kepentingan peribadi, tetapi untuk meluahkan interpretasi dan persepsi tersendiri.

3. Jadi, sempena penulisan aku yang pertama, ingin aku memperkenalkan diri sempena pemula wacana.

4. Secara amnya, dari segi sikap, aku adalah seorang yang pendiam. Aku adalah remaja yang tidak suka dengan kehidupan negatif remaja zaman sekarang. Bagi aku, kehidupan remaja sekarang ini secara kasarnya sungguh memeningkan dan penuh dengan 'havoc' dan 'chaos' yang tidak bertempat lantas tidak boleh diterima oleh aku.

5. I love cats, Madonna, foods, shopping, tennis & money.

6. Aku benci kepada beberapa golongan termasuklah golongan yang tidak tahu menghormati orang lain dan golongan yang mementingkan diri sendiri.

7. Aku mempunyai Facebook yang boleh dicapai melalui emel
hardcandy.syerryshine@gmail.com