Friday, April 24, 2009

Buku Dan Aku

1. Hari Buku Sedunia cukup meriah disambut apabila menjelangnya 23 April setiap tahun.

2. Sebelum sambutan Hari Buku Sedunia ini disambut, masyarakat Catalan di Barcelona, Sepanyol meraikan Festival of the Rose, yang mana pasangan kekasih bertukar sekuntum bunga mawar dengan sebuah buku.

3. Budaya mengagungkan buku sudah diamalkan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Indonesia, India dan banyak lagi.

4. Dengan pengagungan buku inilah, maka kita lihat banyak buku fiksyen mahupun nonfiksyen yang cukup popular lahir daripada negara-negara ini. Harry Potter, The DaVinci Code, The Lord of The Rings, Twilight, Angels and Demons dan banyak lagi.

5. Sesungguhnya, apabila negara sedang bergerak ke arah kepesatan pembangunan, maka pembangunan buku di Malaysia juga perlu seiring dengan bermatlamatkan satu judul buku yang dihasilkan akan dibaca oleh sekurang-kurangnya 1000 rakyat.

6. Di sinilah terletaknya peranan pelbagai pihak bukan sahaja Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Majlis Industri Buku Malaysia dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia, malah terletak juga di bahu kita untuk mengkomersialkan buku dengan memberikan nafas baru kepada buku bagi menarik perhatian para pembaca.

7. Bagi menyahut matlamat ini, maka SS ingin sekali melancarkan dan menerbitkan buku sendiri. Sudah sekian lama SS mendapat inspirasi untuk mengeluarkan buku sendiri termasuklah daripada JK Rowling, Madonna, Paris Hilton, HM Tuah, Fadzilah Kamsah dan banyak lagi lah para penulis bertauliah.

8. Semestinya SS nak menulis dalam ruang lingkup buku motivasi dan novel. Bagi novel, SS nak tulis bertemakan masalah masyarakat, isu-isu semasa, ketabahan dalam menghadapi dugaan, kejayaan setelah berusaha dan juga percintaan yang diadunkan sekali menjadi satu ramuan sedap untuk disantap para pembaca.




2 comments:

  1. hbis post je ade gmbr ko 2x..(ayt dngki). hehe..

    ReplyDelete
  2. leh je kalau nak letak gambar ko..hehe

    ReplyDelete