Sunday, August 2, 2009

Industri Majalah Malaysia


1. Sebagai seorang pendebat, aku memerlukan banyak fakta bagi memastikan hujah yang dibentangkan padat dengan fakta yang bernas lagi tuntas.

2. Lalu, pada suatu hari, aku cubalah mencari majalah yang berunsurkan ilmiah di kedai2.

3. Namun, dari satu kedai ke satu kedai, ak masih tidak dapat menjumpai majalah-majalah yang berunsurkan ilmiah ini.

4. Di mana Dewan Masyarakat? Dewan Kosmik?

5. Yang ada pun cuma e-siswa ( yang mana mengfokuskan kepada budak2 sekolah rendah n menengah ) dan juga FOKUS ( yg mana mengfokuskan kpd bdk2 yang nk ambik SPM). Mastika pulak banyak menceritakan tentang kisah masyarakat namun bertumpukan kepada kisah-kisah maksiat, hantu, dan mistik.

6. Sedih sangat kerana majalah-majalah berunsur ilmiah ini tidak mempunyai daya survival yang tinggi di pasaran. Kita dapat melihat trend negatif ini dari era Massa hingga nasib malang yang menimpa Dewan Masyarakat dan Dewan Kosmik ini.

7. Yang mampu 'survive' ialah URTV, Mangga, Maskulin, dan banyak lagi majalah-majalah lain yang bersifat sensasi dan hiburan.

8. Di peringkat global, majalah2 berunsur ilmiah mendapat sambutan dan bersaing sengit dengan majalah-majalah berunsur hiburan di pasaran seperti Times, Forbes & Reader's Digest.

9. Ketiadaan Dewan Masyarakat mahupun Dewan Kosmik ini membuatkan aku rasa satu kehilangan yang besar kerana sifat yang ada pada majalah tidak ada pada sifat yg dimiliki surat khabar mahupun media yang lain termasuklah internet.

10. Nampaknya masyarakat Malaysia tidak menyokong majalah berunsur ilmiah hinggakan syarikat pengeluar majalah tersebut bertindak menghentikan penerbitan. Bukan sahaja tidak suka membaca majalah, malah bahan bacaan lain pun terkesan daripada kemalasan membaca yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia.

11. Sebab itulah industri majalah dan buku di Malaysia adalah lembap.










2 comments:

  1. bacalah novel Ceritalah 1, 2 dan 3...untuk pengetahuan politik juga...karya Karim Raslan...

    Btw, langgani majalah PEMIKIR...amat bagus fakta kes di dalamnya hasil penulisan artikel bijak pandai seantero Malaysia.

    Jikalau tidak mampu melangganinya, pergilah ke pusat ilmu, perpustakaan. Tiada di perpustakaan UTEM, carilah di perpustakaan negeri Melaka.

    Pasti ada.

    ReplyDelete
  2. majalah pemikir walaupun ialah majalah, namun ia bersifat berat. mungkin ia ada untuk dilanggani, walaupun sukar untk didapati di pasaran, namun it's not my taste.

    Lebih mengharapkan Reader's Digest versi BM.

    ReplyDelete