Friday, October 30, 2009

3 Kelemahan Malaysia



1. Malaysia adalah sebuah negara yang lebih makmur, sentosa dan aman jikalau dibuat perbandingan dengan negara-negara lain yang terdapat di Bumi ini. Ini adalah kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi.

2. Namun, di sebalik kenyataan positif itu, malangnya, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada Malaysia yang memberi impak negatif kepada rakyat yang mendiami negara tercinta ini.

3. Berdasarkan penilaian sebagai seorang warganegara Malaysia dan pelajar yang sudah menduduki negara ini menjangkau 20 tahun, kelemahan itu ada 3 perkara: sistem pendidikan, pengangkutan awam, dan internet.

4. Bajet 2010 sudah diumumkan. Tidak kisahlah berapa pun bajet yang telah ditetapkan untuk menambahbaik ketiga-tiga perkara ini, asalkan kesan positifnya akan dinikmati dan dirasai oleh rakyat.

5. Bagi sistem pendidikan, tolonglah hapuskan sistem yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Tumpukan pada kualiti dan pemahaman, bukannya hanya menilai pada apa yang dikeluarkan di atas kertas. Barulah modal insan yang terhasil benar-benar perkasa.

6. Bagi pengangkutan awam, tolonglah sediakan perkhidmatan bas yang mantap, iaitu sentiasa mengikut jadual perjalanan yang komprehensif, supaya para pengguna tidak penat menunggu sehingga 30-50 minit. Waktu menunggu sepatutnya hanya paling maksimum 10 minit sahaja. Harga tambang kan dah naik. Jadi, tolonglah lakukan penambahbaikan. Lagipun, nak mengharapkan kepada LRT dan Komuter seluruh negara, itu mungkin mustahil dalam masa yang terdekat. Justeru, tiada alasan lagi untuk penyedia perkhidmatan bas.

7. Bagi jaringan internet, tolonglah sediakan capaian perkhidmatan jalur lebar dengan lebih lebar, selebar mungkin ke seantero Malaysia. Kapasiti kelajuan internet juga perlu ditingkatkan. Sebagai pelajar, pencinta ilmu, dan seorang yang memerlukan hiburan utk menghilangan stress di zaman yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini, maka perlunya internet yang laju dan luas, capaiannya. Tahniah kepada W1Max, namun capaiannya adalah terhad. Jadi, tolong luaskan. Tahniah juga kepada Celcom, Maxis dan Digi Broadband, namun tolong lajukan lagi.

8. Semoga awan mendung berarak, sinar mula menampakkan wajahnya.


Wednesday, October 28, 2009

Antara Publisiti & Populariti

1. SS memang sukakan publisiti. Dengan adanya publisiti lah, maka datangnya populariti.

2. Sesungguhnya, publisiti yang komprehensif semestinya akan membuahkan populariti yang impresif.

3. Publisiti ini adalah penting bagi menjadikan kehidupan lebih meriah, ceria dan penuh dengan aksi-aksi dan adegan-adegan. Sebagai contoh, di dalam sesebuah organisasi. Sesuatu organisasi perlu menjalankan publisiti yang meluas supaya dikenali ramai.

4. Dan dengan publisiti meluas itu, maka secara automatik nya akan datang lah menyusul populariti yang membawa manfaat kepada organisasi samada dari sudut ekonomi mahupun sosial.

5. Terimbau kembali SS akan kenangan indah sewaktu di sekolah menengah dan matrikulasi yang mana SS telah mengambil langkah drastik mempublisitikan diri. Hasilnya, SS telah menjadi seorang yang popular dan dikenali ramai. Hehe. (Bukan syok sendiri, OK).

6. Sebenarnya, publisiti ini akan terlaksana secara tidak langsung apabila anda yakin dengan diri anda. Keyakinan itu akan menyebabkan anda berani untuk bersuara, berani untuk menegakkan hak, berani untuk mempersembah, dan berani untuk melakukan perkara yang non-ortodoks, yang menonjolkan keunikan anda.

7. Jika, semua perkara itu telah anda sematkan di dalam diri, maka percayalah, anda akan menjadi seorang yang popular.


Tuesday, October 27, 2009

Mengapa Perlunya Kesusahan Dalam Hidup?




1. Satu soalan yang penting setiap kali SS berhadapan dengan mana-mana musibah ialah 'Apakah keperluan adanya kesusahan dalam hidup ini?'

2. Bukankah lebih bahagia dan gembira apabila hidup ini sentiasa senang, tanpa apa-apa konflik, isu dan tragedi yang tidak diinggini.

3. Namun, SS sebenarnya suka dengan kesusahan ini. Kerana apa? Semestinya kerana cabaran yang terkandung di dalam setiap kesusahan yang mendatang ini.

4. Cabaran ini lah yang yang menjadikan hidup ini lebih segar, malah, samada cabaran itu diharungi dengan kejayaan mahupun kegagalan, akan menghidangkan kita dengan 1001 moral & pengajaran.

5. Dengan kesusahan ini, SS kini mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan kesusahan yang berikutnya.

6. Dengan kesusahan ini juga lah, SS semakin berkobar-kobar untuk membuktikan kepada semua bahawa SS takkan sesekali lemah walau apa pun cabaran yang ada.

7. Kerana sesungguhnya, di akhir nanti, kejayaan lah yang akan menyambut.

8. Moga awan mendung berarak, dan sinar mula menampakkan wajahnya.


Rosaknya Pelan Strategik SS



1. Pada sem nie, banyak perkara tidak berjalan seperti mana yang SS rancangkan.

2. Banyak sangatlah pelan2 strategik SS telah tersasar jauh dari landasannya yang sebenar.


3. SS takkan menuding jari utk menyalahkan sesiapa di sebalik kerosakan pelan ini sebaliknya jari ini menuding pada diri sendiri. Tidak bertenang, terburu-buru dan obses merupakan antara kiteria penyumbang ke arah kerosakan yang berlaku.

3. Justeru, apakah signifikan di sebalik segala apa yang berlaku ini?

4. Semestinya ini membawa maksud bahawa SS tertakluk kepada Qada & Qadar. What happens, happens. Dan sesungguhnya, SS tertakluk pada Perlembagaan Agung daripada Ilahi.

5. Lantas SS terus kukuh mempercayai bahawa nothings perfect. Namun, di sebalik apa yang tidak sempurna itu, masih wujud keseimbangan oleh Pencipta.

6. Sebagai contoh, memanglah banyak perkara yang tidak berjalan lancar, namun ada juga perkara seronok yang membuatkan SS begitu gembira, terutamanya dari sudut kewangan. Tidak perlulah SS menyenaraikan apa yang berada di dalam bakul shopping SS, kerana takut nanti ada orang yang jeles. Hehe.

7. Disebabkan Qada & Qadar, Perlembagaan Agung daripada Ilahi inilah, maka SS akan terus beristiqamah dalam merealisasikan usaha2 yang patut ke arah menuju kejayaan. SS akan terus berdoa supaya dimudahkan cara untuk mendapat apa yang diingini. SS akan terus gigih tanpa mengenal putus asa.

7. Jadi, konklusinya, nothings perfect. Bersyukurlah.