Friday, March 23, 2012

Raksasa Menyerang Bandar Dubat Uzem


1. Apakah perasaan anda apabila seekor raksasa besar, gemuk lagi boroi malah hodoh datang menyerang bandar anda dengan serangan api yang bertalu-talu sedangkan anda adalah Datuk Bandar?

2. Semestinya Datuk Bandar ini akan berasa cemas dengan kerosakan yang bakal dilakukan oleh raksasa jahanam ini. Semestinya Datuk Bandar ini mencari-cari sebab mengapa raksasa ini datang menyerang?, mengapa bandar ini yang menjadi mangsa?, dan seterusnya apakah langkah2 yang harus diambil untuk memusnahkan raksasa ini?. (nama bandar itu ialah Bandar Dubat Uzem).

3. Jika saya lah, jadi Datuk Bandar itu, maka, saya tidak akan sesekali menggelabah. Kerana saya tahu raksasa itu akan sentiasa menjadi raksasa. Raksasa itu tidak akan menjadi saya, Datuk Bandar. Apakah manfaat yang akan diperoleh raksasa itu jika beliau selesai menghembus-hembus apinya?

4. Ya, mungkin matlamat raksasa itu untuk menghalang saya terus membangunkan Bandar Dubat telah tercapai. Namun, adakah seekor raksasa, dengan kapasitinya sebagai raksasa yang kejam dan suka menghembuskan api sesuka hati tanpa berfikir panjang, mampu untuk membangunkan Bandar Dubat Uzem ini? Sesungguhnya, saya percaya, hanya kerosakan yang akan ditinggalkan oleh raksasa ini. Penduduk Bandar Dubat Uzem ini juga tidak akan menerima seekor raksasa mentadbir bandar mereka.

5. Lama-kelamaan, raksasa ini akan sedar bahawa tindakannya adalah sama sekali tidak relevan dengan keadaan semasa. Ya, raksasa ini mungkin lebih berumur dari saya, pernah tinggal di tanah Bandar Dubat Uzem suatu ketika dahulu, namun, raksasa ini perlu sedar bahawa zamannya sudah berlalu. Zaman dahulu dan zaman sekarang jauh berbeza.

6. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa penyebab kepada Bandar Dubat Uzem tidak mencapai status bandar maju ialah dek kerana raksasa ini lah yang tidak boleh melihat perkembangan Bandar Dubat Uzem yang semakin maju, namun tidak mengikut acuannya. Malah, sewaktu zaman raksasa mengajar penduduk Dubat Uzem dahulu pun, tidak ada pencapaian yang boleh dibanggakan menunjukkan caranya tidak efisien dan relevan.

7. Pada mulanya, saya ingin bertindak dengan menghubungi Ultraman untuk memusnahkan raksasa ini. Namun, tidak mengapalah. Raksasa pun nak cari makan dan perlu memenuhi tuntutan egonya.

8. Namun, saya harap raksasa ini sedar bahawa dirinya tidak lagi relevan dengan Bandar Dubat Uzem. Saya bukan beretorik, tapi itulah aduan yang diterima daripada penduduk Bandar Dubat Uzem.

9. Saya yakin dan percaya, suatu hari nanti, raksasa ini akan sedar akan kerosakan yang dilakukan olehnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada mana-mana pihak. Justeru, bile hari itu tiba, saya yakin, raksasa ini, akhirnya, akan meninggalkan Bandar Dubat Uzem.

10. Wahai raksasa, walaupun anda nak jadi raksasa, jadilah raksasa yang profesional. Setelah menyentap orang dengan hembusan api anda, maka susulkan dengan penjelasan atau explanation. Jangan cuba mengelak, jangan berdiam diri kerana itulah prinsip raksasa yang tidak profesional. Apabila ada penduduk Dubat Uzem yang cuba argue dengan anda ttg apa2 sahaja perkara, maka jangan anggap benda itu sebagai perbuatan kurang ajar. Argue itulah yang sebenarnya mencambah pemikiran minda dengan lebih luas. Malah, argue jugalah yg merapatkan hubungan saya dengan anda.

11. Jika u pernah kata yang u tak kisah I sentap sebab u, maka I pun nak cakap, yang I pun tak kisah kalau u sentap ngan I. Dulu I dapat terima u walaupun u selalu maki2 I sebab I rasa yang tu adalah tradisi bandar Dubat Uzem iaitu hubungan antara raksasa dengan penduduk. Sekarang perbuatan u dah cross the line.

12. Segala penghormatan I kat u, dah lenyap. I kecewa dengan sikap u yang tak leh argue langsung dengan penduduk. U bukan pemimpin/leader/senior/raksasa/diktaktor yang baik. Terimalah kenyataan ini.


13. Sesungguhnya, jangan risau penduduk Bandar Dubat Uzem, Datuk Bandar akan kembali apabila raksasa ini sudah sedar diri dan sama-sama kita bangunkan kembali bandar kita, untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.



P/s - ini adalah post lama yang sengaja dipublishkan semula. Tq.




3 comments:

  1. hahaha.... lawak la..... =D
    [izat]

    ReplyDelete
  2. yeah..kalau ko nak tau izat, drama yang dicetuskan mmg melawakkan sangat. sebab dah jadi lawak sangat, ak pun nak bersara. tak nak dah bersekongkol. huhu

    ReplyDelete
  3. adoiyai..gmana nih sih..kalo pun sebab orang kamu nk bersara, sudah menjadi xpatut lagi..abih tuh, minat dan harapan kita selama ni nk letak kat mane? jangan mudah putus asa dik. bleh x kalo abaikan yang terjadi. kalo pun sekarang tengah sakit, nanti kalo dah ok, sanggup ke kamu buang minat tu jauh2? xbole2..jangan biarkan harapan kita musnah..jangan putus asa sebab orang..nanti kalo dah sejuk, datang je..buat mcm biasa..

    ReplyDelete