Saturday, February 27, 2010

Shakira Bermesraan dengan Rafael Nadal


1. Shakira mmg sentiasa inovatif dalam menghasilkan karya yang mencuri perhatian.

2. Album terbaru Shakira, She Wolf telah mengeluarkan beberapa single termasuklah SheWolf, Give It Up To Me dan yang terbaru, Gypsy.

3. Gypsy adalah buah tangan terbaru Shakira yang mana cukup syok untuk dijadikan halwa telinga. Berlainan daripada single sebelum ini iaitu She Wolf dan Give It Up To Me yang mengetengahkan unsur dance dan beat sound, Gypsy merupakan lagu yang mengembalikan semula Shakira kepada irama padang pasir yang diadun dengan suara ideal lemak berkrim Shakira.

4. Malah, yang panasnya, dalam video klip Shakira untuk Gypsy, siapakah lelaki bertuah yang menjadi pilihan Shakira untuk digandingkan bersama? Lelaki itu ialah, Rafael Nadal.

5. Siapakah itu Rafael Nadal? Dialah bintang tenis sensasi dengan 6 gelaran Grand Slam yang sentiasa howt lagi mantap dalam sukan tenis. Jika di ranjang tenis, anda tidak nampak keseksian Rafael Nadal, jangan risau, kerana dalam video klip ini, anda akan menyaksikannya.

6. Yang paling penting, adakah lagu Gypsy ini mampu melonjak dalam carta2 lagu seluruh dunia terutamanya di Billboard Hot 100? Mungkin. Dan semestinya, kalau Gypsy ini meletup di sana sini, maka kita amat berterima kasih kepada Rafael Nadal.


2 comments:

  1. I dont like shakira! but i love nadal! he's one hot male i had ever seen! huhuh

    ReplyDelete
  2. shakira very talented k.suke vokal skills die..hehe..unik..
    nadal pun best sangat. hebat sangat bile die beraksi di ranjang tenis. hehe

    ReplyDelete