Sunday, March 28, 2010

Friday, March 12, 2010

Syiman Syareman & The Adventurous Days With Harn Faz Jimmy

1. Bermula dari hari Jumaat sampailah hari Rabu, 5-10hb Mac 2010, SS cukup bergembira di samping kawan2 baik SS di bandaraya yang layak digelar Sin City, Kuala Lumpur.

2. I really really really had a blast. Thanks Harn, Faz & Jimmy dan watak2 sampingan yg lain, yg byk menjayakan perjalanan hari SS yang cukup2 menyeronokkan.

3. Apakah destinasi yg SS lawati? Of coz lah Mid Valley, Pavillion, Suria KLCC, The Gardens dan tidak ketinggalan, Sogo.

4. Hasilnya, Alice In Wonderland in 3D telah pun SS tonton. Filem tu mmg best. SS bagi 3.6 out of 5. Suke tgk Abg Depp beraksi jadi moron The Mad Hatter yang menghiburkan. Aksi Anne Hathaway yang gedik tu pun best. Comel sangat Anne Hathaway tu.

5. Kitorang jugak pergi berkaraoke. Masing-masing melontarkan vokal yang cukup padu lagi jitu mengalunkan melodi mengikut rentak lagu yang dimain satu persatu. Vokal Harn mmg mantap. Vokal SS pun mantap OK, especially sewaktu nyanyi lagu Bleeding Love. Hehe.

6. Momen yg seterusnya ialah sewaktu kitorang bershopping, di barisan shopping complex yang disebutkan di atas. (Num 3). Harn ternyata amat suka bershopping. Tahniah Harn. SS semakin minat kat jenama Philosophy Men dan TopMan. Best sangat brand tu. Lepas dapat gaji, of coz SS akan shopping di situ. Jom shopping.

7. Latar tempat yang menarik, ialah di Tasik Queen. Kami melepakkan diri di situ untuk mencari ketenangan. Banyak peristiwa yang berlaku di situ yang membuatkan SS bercampur baur dengan adunan emosi dan konklusi.

8. Jangan dilupakan tentang makanan. SS makan Subway 2 hari berturut-turut, Oldtown, Anwar Seafood, dan makanan masakan mak Faz. Sedapnye! Sangat seronok lidah SS.

9. Sesungguhnya, kita harus berjalan-jalan menggembirakan diri untuk melupakan segala kisah duka yang telah kita hadapi. Pergantian plot inilah yang akan menjadikan hidup lebih bermakna, lebih seronok untuk dinikmati. Kisah-kisah duka akan diganti dengan kisah-kisah ceria.

10. Begitulah adventurous nye SS sepanjang berada di KL. Sebenarnye, ade banyak lagi peristiwa2 menarik, namun, adakalanya, some scenes can not be told. Hehe.





Saturday, March 6, 2010

If I Were A Coach/Jikalau Aku Jurulatih


1. If I Were A Coach ~~ ( Ala-ala nyanyian Beyonce If I Were A Boy Gitew...).

2. Jurulatih merupakan pemangkin kepada kejayaan sesebuah organisasi, bukan pelembap kepada organisasi. Bukan juga pengacau-bilau, penghuru-hara kepada organisasi.

3. Justeru, jikalau aku menjadi seorang jurulatih, aku :
  • sentiasa memotivasikan anak-anak didik dengan sentiasa memberi kata-kata peransang supaya mereka sentiasa bersemangat untuk berjuang.
  • menegur dengan penuh berhikmah iaitu tidak memaki hamun, menengking apabila anak didik melakukan kesilapan.
  • memberi tunjuk ajar dengan penuh pengisian bermakna, bukan just datang nk tengok anak didik beraksi, then, berkata-kata sikit, then terus balik. Dan bukan juga dengan hanya sekadar call, then terus mempertikaikan itu dan ini kerana itu bukanlah pengajaran yang efektif.
  • sentiasa mengamalkan polisi yang adil lagi professional bukan berdasarkan emosi dan mental tidak stabil dalam setiap tindakan berkaitan pemilihan anak didik ke pertandingan kerana itulah yang menunjukkan aku seorang jurulatih yang berintegriti. Contoh polisi yang adil : memilih anak didik yang benar-benar memberikan komitmen dan paling menyerlah. Pemilihan juga dipilih melalui barisan panel yang berintegriti, bukan berdasarkan penilaian beberapa orang yang jelas akan berat sebelah.
  • menerima setiap pandangan yang diberikan oleh anak didik. Tidak melenting dan meradang apabila pandangan anak didik bertentangan dengan pandangan sendiri. Selidik kembali pandangan anak didik, dan jika rasional lagi relevan, apa salahnya diguna pakai.
3. SS tahu SS kena mengamalkan sifat-sifat ideal yang harus ada pada jurulatih ini kerana sesungguhnya, sifat-sifat ini lah yang akan membawa kejayaan kepada organisasi, seterusnya menjadi pemangkin kejayaan yang baik. Jika SS tidak mengamalkan sifat-sifat ideal ini, maka, bersedialah untuk menyaksikan kelembapan organisasi tersebut untuk meraih piala kemenangan.

4. Telah terbukti, berdasarkan pemerhatian SS sendiri, jurulatih yang tidak mempunyai sifat-sifat ideal ini, menjadi pelembap, bukannya pemangkin kepada sesebuah organisasi untuk berjaya. Contoh paling jelas, batch anak didik seorang jurulatih kenalan SS yang tidak mempunyai sifat-sifat ideal ini, langsung tidak mempunyai pencapaian yang membanggakan. Kalau nak ada pun, sewaktu di tahun akhir batch anak didik ini. Itupun, suku akhir. Nyatalah jurulatih ini menjadi pelembap kepada kejayaan anak didik nya.

5. Terpampang jelas juga kepada pencapaian jurulatih ini sewaktu eranya, disebabkan dia tidak mempunyai sifat-sifat ideal ini, batch sendiri pun, lembap nak berjaya, di tahun akhir baru nak berjaya. Ya, memang dia sudah menggenggam piala, tapi, kalau nak dibandingkan dengan konsistensi pesaing-pesaing batch dia yang sudah pun membolot pelbagai piala itu dan ini, dia hanya memegang satu? Malah, selepas itu, langsung tiada pencapaian membanggakan. Nampak jelas juga bahawa dia menjadi pelembap kepada diri sendiri dan juga batch dia.

6. Mari kita buat perbandingan dengan jurulatih yang mengamalkan sifat-sifat terpuji sebagai jurulatih ini. Abg Jijoi dari UM; pencapaian anak didik = final Perpaduan, team ranking peringkat liga adalah yang teratas untuk Alam Sekitar dan Kemerdekaan. Abg Din dari MMU; pencapaian anak didik = separuh akhir Perpaduan, final Alam Sekitar, final Kemerdekaan. Abg Kaloi dari UPM; pencapaian anak didik = separuh akhir Perpaduan, johan Alam Sekitar, johan Kepenggunaan.

7. SS cukup cemburu kerana institusi lain mempunyai jurulatih yang cukup berkaliber, berintegriti lagi berhikmah, namun tidak ada jurulatih sebegini di institusi SS.

8. Sudah sah lagi terserlah, bahawa jurulatih seharusnya menjadi pemangkin, bukan pelembap kepada gerakan anak didik nya ke arah mencapai gemerlapan sensasi kemenangan gah di pentas final.
Selamat mengamalkan sifat-sifat ideal yang telah SS senaraikan.

9. Sesungguhnya, anda tidak layak menjadi jurulatih yang hebat seperti mereka jika anda tidak mengamalkan sifat-sifat mahmudah sebagai jurulatih. We Will See.





Thursday, March 4, 2010

The Forgotten / Yang Dilupakan


1. Mari saya bercerita kepada anda bahawa terdapat golongan manusia yang mana takut untuk menjadi golongan yang dilupakan ataupun dalam English nya, The Forgotten.

2. Golongan ini berusaha dengan gigih supaya dirinya tidak dilupakan, walaupun hakikatnya, populariti dirinya sudah pun meluntur lagi terhakis.

3. Lantas, apakah tindakan golongan pra-The Forgotten ini? Semestinya dengan melakukan pelbagai teknik-teknik busuk lagi hodoh.

4. Sebagai contoh, walaupun hanya bertindak sebagai alumni, dah bersara, namun, masih tidak sedar diri, lagak seperti masih lagi berada dalam organisasi, cuba untuk mengawal segala kejadian dan situasi dalaman organisasi.

5. Selain itu, golongan ini mencuba gigih lagi dengan menghabiskan kredit phonenya dengan call orang sana, call orang sini, berYahoo Messenger, berfacebooking dan sebagainya demi hasrat mengukuhkan hubungan dlm organisasi seterusnya dapatlah meningkatkan popularitinya. Seterusnya menghabiskan wang lagi untuk datang menjenguk orang dalam organisasi. SS cukup kagum dengan kegigihan golongan ini untuk tidak menjadi golongan yang dilupakan.

6. SS tahu mereka tidak mahu jadi golongan The Forgotten, tetapi SS kecewa kerana cara mereka salah dan tidak professional. Sebagai alumni, dia tidak sepatutnya mengacau-bilaukan organisasi. Sampai sistem, ahli-jawatankuasa dan rancangan organisasi pun hendak ditentukan oleh dia. Bagi mengesahkan lagi tindakan beliau ini menyalahi prinsip professional, mari SS analogikan jawatan Penasihat sesuatu syarikat. Contoh, Petronas yang mana penasihatnya, Tun Mahathir. Tun Mahathir tidak pernah nak menentukan siapa harus jadi presiden, apa yang Petronas wajib buat, dan sebagainya, sebaliknya hanya memberi nasihat dan pandangan kerana sedar dirinya adalah hanya Penasihat.

7. Justeru, Alumni harus sedar dirinya hanya Alumni yang harus bertindak sekadar Penasihat organisasi. Hanya memberi pandangan, dan tidak meradang apabila nasihatnya tidak diterima. Itu lah yang menepati prinsip professional. Peluang dan ruang juga harus diberikan kepada golongan muda bagi membentuk acuan organisasi mengikut relevan semasa. Perlu diingat zaman dulu dan zaman sekarang jauh berbeza.

8. Pandangan peribadi SS, golongan yang menggunakan teknik-teknik terdesak, busuk lagi hodoh ini tidak akan berjaya dalam mencapai hasrat mereka. Lambat-laun, percayalah, mereka akan menjadi The Forgotten.


9. Kalau nak diingat pun, diingati sebagai orang yang menjahanamkan organisasi dek kerana sikap tidak sedar diri, tidak professional yang bermaharajalela malah bersarang dalam jiwa nurani golongan ini.



Monday, March 1, 2010

Fakta Tentang Syiman Syareman


1. Berikut adalah beberapa fakta tentang Syiman Syareman.
  • pendiam
  • workaholic dlm kerja yang diminati
  • berpendirian teguh dlm menegakkan hak dan pendapat
  • suka bershopping
  • suka menonton movies di cinema
  • suke music yang best. Cth : Madonna, Taylor Swift, Chritina Aguilera, Norah Jones, Alicia Keys, Gorillaz
2. Tahukah anda? Disebabkan ciri sebagai seorang yang pendiam, acapkali SS dituduh sebagai kekwat, berlagak dan sombong. Disebabkan ciri sebagai seorang yang workaholic, maka SS difitnah sebagai obses. Disebabkan ciri sebagai seorang yang berpendirian teguh, SS diumpat sebagai degil dan tidak rendah diri.

3. Buat golongan yang suka menuduh semborono berdasarkan pemikiran tak rasional yang tak fikir secara mendalam ini, hentikanlah tuduhan anda, lalu buat cerminan diri sendiri.

4. Sesungguhnya, SS bukan kekwat, berlagak, sombong, obses, degil dan tidak rendah diri, sebaliknya SS adalah pendiam, workaholic, dan berpendirian teguh dalam menegakkan hak dan pendapat.

5. Fakta akan tetap menjadi fakta.




Inspiring & Motivational Quotes of The Night

merangka semula matlamat idup aku..
sape2 yg rase nk kawan ngn aku, wif pleasure..
p sape2 yg nk down kn aku, wif pleasure gak, coz idup ni sunyi tanpe musuh n kritikan dari org lain..
chill~
=D
Terima kasih kepada Datin Nurfarahana Simun kerana telah datang dengan inovasi quote yang cukup inspiring. Yess.. Syiman Syareman suke sangat. +)

Dan juga terima kasih kepada NK, kerana sudi berym dengan SS sebentar tadi. Terdapat beberapa ayat yang SS nak highlight :
"Kalau dia tak layan call dan ym, maka die lah yang tak professional"

"Haruskah die penalise u tak pergi ***** sebab u kekwat? Adakah syarat untuk brdbt ialah mesra alam?"
N tidak dilupakan juga kepada Nea Anira dengan quote beliau dalam merujuk situasi SS dan die yang suke berjaga malam:
"that's why batman never retired! and there's always a come back!"
LOL. I got some motivational n inspiring quotes today. Thanks my friends.