Thursday, March 4, 2010

The Forgotten / Yang Dilupakan


1. Mari saya bercerita kepada anda bahawa terdapat golongan manusia yang mana takut untuk menjadi golongan yang dilupakan ataupun dalam English nya, The Forgotten.

2. Golongan ini berusaha dengan gigih supaya dirinya tidak dilupakan, walaupun hakikatnya, populariti dirinya sudah pun meluntur lagi terhakis.

3. Lantas, apakah tindakan golongan pra-The Forgotten ini? Semestinya dengan melakukan pelbagai teknik-teknik busuk lagi hodoh.

4. Sebagai contoh, walaupun hanya bertindak sebagai alumni, dah bersara, namun, masih tidak sedar diri, lagak seperti masih lagi berada dalam organisasi, cuba untuk mengawal segala kejadian dan situasi dalaman organisasi.

5. Selain itu, golongan ini mencuba gigih lagi dengan menghabiskan kredit phonenya dengan call orang sana, call orang sini, berYahoo Messenger, berfacebooking dan sebagainya demi hasrat mengukuhkan hubungan dlm organisasi seterusnya dapatlah meningkatkan popularitinya. Seterusnya menghabiskan wang lagi untuk datang menjenguk orang dalam organisasi. SS cukup kagum dengan kegigihan golongan ini untuk tidak menjadi golongan yang dilupakan.

6. SS tahu mereka tidak mahu jadi golongan The Forgotten, tetapi SS kecewa kerana cara mereka salah dan tidak professional. Sebagai alumni, dia tidak sepatutnya mengacau-bilaukan organisasi. Sampai sistem, ahli-jawatankuasa dan rancangan organisasi pun hendak ditentukan oleh dia. Bagi mengesahkan lagi tindakan beliau ini menyalahi prinsip professional, mari SS analogikan jawatan Penasihat sesuatu syarikat. Contoh, Petronas yang mana penasihatnya, Tun Mahathir. Tun Mahathir tidak pernah nak menentukan siapa harus jadi presiden, apa yang Petronas wajib buat, dan sebagainya, sebaliknya hanya memberi nasihat dan pandangan kerana sedar dirinya adalah hanya Penasihat.

7. Justeru, Alumni harus sedar dirinya hanya Alumni yang harus bertindak sekadar Penasihat organisasi. Hanya memberi pandangan, dan tidak meradang apabila nasihatnya tidak diterima. Itu lah yang menepati prinsip professional. Peluang dan ruang juga harus diberikan kepada golongan muda bagi membentuk acuan organisasi mengikut relevan semasa. Perlu diingat zaman dulu dan zaman sekarang jauh berbeza.

8. Pandangan peribadi SS, golongan yang menggunakan teknik-teknik terdesak, busuk lagi hodoh ini tidak akan berjaya dalam mencapai hasrat mereka. Lambat-laun, percayalah, mereka akan menjadi The Forgotten.


9. Kalau nak diingat pun, diingati sebagai orang yang menjahanamkan organisasi dek kerana sikap tidak sedar diri, tidak professional yang bermaharajalela malah bersarang dalam jiwa nurani golongan ini.



8 comments:

  1. alaaa..u call sume orang sana sini, but xpenah call ara..ni la sedey ni..huhu

    ReplyDelete
  2. hello.. i x payah call orang sana orang sini untuk meningkatkan populariti i k..haha

    anyway kan ara, perlu ke i call u sedangkan i selalu contact u kat ym n fb? hehe

    ReplyDelete
  3. haha..perlu! LOL..tak de lah..btw, why tbe2 msuk tu mahathir ni?hahaha...u tak nak jd forgotten people? then dont! haha

    ReplyDelete
  4. of coz la kene ambik tun mahathir sebagai contoh terbaik bahawa sebagai penasihat, kene lah jadi penasihat je. jangan terlebih. hehe

    i pun x nak jadi the forgotten tapi i lebih baik, sebab i tak gunakan teknik2 kotor. hehe =)

    ReplyDelete
  5. hahahhaha...stay cool....hey there - peace of advice - karma will bite those bk in d ass, so dun bother...aite, just do ur thing.
    ..xoxo..

    ReplyDelete
  6. yeah..betul tu..biar karma menjahanamkan mereka pulak atas cubaan mereka menjahanamkan organisasi..hehe

    ReplyDelete
  7. SS..i sokong sangat you, please la, diorg perlu memberi ruang, dan bukan mengongkong masyarakat muda kan dalam org itu....

    ReplyDelete
  8. nak buat mcm ne, dah diorang tu sakit mental. ops.

    ReplyDelete