Saturday, March 6, 2010

If I Were A Coach/Jikalau Aku Jurulatih


1. If I Were A Coach ~~ ( Ala-ala nyanyian Beyonce If I Were A Boy Gitew...).

2. Jurulatih merupakan pemangkin kepada kejayaan sesebuah organisasi, bukan pelembap kepada organisasi. Bukan juga pengacau-bilau, penghuru-hara kepada organisasi.

3. Justeru, jikalau aku menjadi seorang jurulatih, aku :
  • sentiasa memotivasikan anak-anak didik dengan sentiasa memberi kata-kata peransang supaya mereka sentiasa bersemangat untuk berjuang.
  • menegur dengan penuh berhikmah iaitu tidak memaki hamun, menengking apabila anak didik melakukan kesilapan.
  • memberi tunjuk ajar dengan penuh pengisian bermakna, bukan just datang nk tengok anak didik beraksi, then, berkata-kata sikit, then terus balik. Dan bukan juga dengan hanya sekadar call, then terus mempertikaikan itu dan ini kerana itu bukanlah pengajaran yang efektif.
  • sentiasa mengamalkan polisi yang adil lagi professional bukan berdasarkan emosi dan mental tidak stabil dalam setiap tindakan berkaitan pemilihan anak didik ke pertandingan kerana itulah yang menunjukkan aku seorang jurulatih yang berintegriti. Contoh polisi yang adil : memilih anak didik yang benar-benar memberikan komitmen dan paling menyerlah. Pemilihan juga dipilih melalui barisan panel yang berintegriti, bukan berdasarkan penilaian beberapa orang yang jelas akan berat sebelah.
  • menerima setiap pandangan yang diberikan oleh anak didik. Tidak melenting dan meradang apabila pandangan anak didik bertentangan dengan pandangan sendiri. Selidik kembali pandangan anak didik, dan jika rasional lagi relevan, apa salahnya diguna pakai.
3. SS tahu SS kena mengamalkan sifat-sifat ideal yang harus ada pada jurulatih ini kerana sesungguhnya, sifat-sifat ini lah yang akan membawa kejayaan kepada organisasi, seterusnya menjadi pemangkin kejayaan yang baik. Jika SS tidak mengamalkan sifat-sifat ideal ini, maka, bersedialah untuk menyaksikan kelembapan organisasi tersebut untuk meraih piala kemenangan.

4. Telah terbukti, berdasarkan pemerhatian SS sendiri, jurulatih yang tidak mempunyai sifat-sifat ideal ini, menjadi pelembap, bukannya pemangkin kepada sesebuah organisasi untuk berjaya. Contoh paling jelas, batch anak didik seorang jurulatih kenalan SS yang tidak mempunyai sifat-sifat ideal ini, langsung tidak mempunyai pencapaian yang membanggakan. Kalau nak ada pun, sewaktu di tahun akhir batch anak didik ini. Itupun, suku akhir. Nyatalah jurulatih ini menjadi pelembap kepada kejayaan anak didik nya.

5. Terpampang jelas juga kepada pencapaian jurulatih ini sewaktu eranya, disebabkan dia tidak mempunyai sifat-sifat ideal ini, batch sendiri pun, lembap nak berjaya, di tahun akhir baru nak berjaya. Ya, memang dia sudah menggenggam piala, tapi, kalau nak dibandingkan dengan konsistensi pesaing-pesaing batch dia yang sudah pun membolot pelbagai piala itu dan ini, dia hanya memegang satu? Malah, selepas itu, langsung tiada pencapaian membanggakan. Nampak jelas juga bahawa dia menjadi pelembap kepada diri sendiri dan juga batch dia.

6. Mari kita buat perbandingan dengan jurulatih yang mengamalkan sifat-sifat terpuji sebagai jurulatih ini. Abg Jijoi dari UM; pencapaian anak didik = final Perpaduan, team ranking peringkat liga adalah yang teratas untuk Alam Sekitar dan Kemerdekaan. Abg Din dari MMU; pencapaian anak didik = separuh akhir Perpaduan, final Alam Sekitar, final Kemerdekaan. Abg Kaloi dari UPM; pencapaian anak didik = separuh akhir Perpaduan, johan Alam Sekitar, johan Kepenggunaan.

7. SS cukup cemburu kerana institusi lain mempunyai jurulatih yang cukup berkaliber, berintegriti lagi berhikmah, namun tidak ada jurulatih sebegini di institusi SS.

8. Sudah sah lagi terserlah, bahawa jurulatih seharusnya menjadi pemangkin, bukan pelembap kepada gerakan anak didik nya ke arah mencapai gemerlapan sensasi kemenangan gah di pentas final.
Selamat mengamalkan sifat-sifat ideal yang telah SS senaraikan.

9. Sesungguhnya, anda tidak layak menjadi jurulatih yang hebat seperti mereka jika anda tidak mengamalkan sifat-sifat mahmudah sebagai jurulatih. We Will See.





8 comments:

  1. OMG! panjangnye..u wrote all of this just now?

    ReplyDelete
  2. yeah..i wrote it all. just now.
    panjang2 la best..banyak key point yang i nak bentangkan kepada mereka supaya mereka sedar diri mereka..hehe..

    ReplyDelete
  3. hahaha..yea, sgt2..but if im the coach, mmg terse gile..cause, pedas doh..

    ReplyDelete
  4. hurm..kadang2 pedas harus ditelan, supaya di akhir nya, manis akan berkekalan.. =)

    ReplyDelete
  5. hahaha..ok2..brani menyuarakan pendpt..LOL

    ReplyDelete
  6. yes...keberanian itu adalah perlu supaya kita sentiasa pantas meraih pencapaian yang syok. benda yang boleh cepat kita dapat, tak boleh sengaja dilembap dan dilambatkan

    ReplyDelete
  7. i wish u were my coach =p

    ReplyDelete
  8. thanks aliya..i will do my best to be ur coach..hehe.. =)

    ReplyDelete