Tuesday, April 20, 2010

The Confessions Of Emotions

1. SS telah belajar beberapa perkara sejak kebelakangan ini. Begitulah indahnya hidup, sentiasa menyajikan kita dengan 1001 pengajaran berguna supaya kita mengambil iktibar ke arah mencapai matlamat hidup yang sukses.

2. Pengajaran major yang SS dapat sejak kebelakangan ini ialah jangan cepat dan mudah untuk jatuh cinta. Kerana sekali kita terluka, luka itu sungguh dalam hingga membuatkan kita begitu huru-hara meraba-raba mencari cinta yang tiada dari si dia.

3. Jangan sesekali terpedaya dengan pesona pandangan pertama kerana itulah yang akan menjerumuskan kita ke arah jiwa dan lara yang merana jika cinta yang bertakhta tidak mampu terlaksana dek si dia yang tidak menerima.

4. Untuk si dia, SS minta maaf. Mungkin SS banyak ganggu anda. Mungkin SS tidak cukup sempurna n banyak kelemahan buat anda. Apa yang SS lakukan ialah kerana SS tidak mahu anda hilang n diambil orang. I am truly and deeply in love with you, but I guess Im not good enough for you. Im not so good in this LoveGame.

5. I will always love you, darling.

6. Bagi menggambarkan mood dan emosi SS sekarang ini, maka dikepilkan sekali beberapa lagu iaitu Bleeding Love, My Life Would Suck Without You, You Can't Always Get What You Want, I Will Always Love You, What Am I To You?, Without You dan No One. SS tujukan khas kepada si dia, dan am kepada kita semua.

Bleeding Love - Leona Lewis



My Life Would Suck Without You - Kelly Clarkson



You Can't Always Get What You Want - The Rolling Stones



I Will Always Love You - Whitney Houston



Without You - Mariah Carey



What Am I To You? - Norah Jones



No One - Alicia Keys


Wednesday, April 14, 2010

cAWANG


1. Mari SS kenalkan kepada kita semua seorang makhluk Tuhan yang SS suke simbolkan dengan cAWANG. Untuk pengetahuan semua, SS bersara daripada organisasi dan hilang segala ghairah dalam bidang yang pernah SS ceburi, adalah disebabkan cAWANG ini.


2. Sudah berbulan-bulan rasanya SS memerhati dari jauh segala tindakan cAWANG dalam cubaan dan usaha dia 'memajukan' organisasi yang pernah SS anggotai.

3. SS memerhati kerana SS mahu melihat sejauh mana kebolehan dan keberkesanan cara dan style dia dalam meneraju organisasi ke arah 'kemajuan' yang diharapkan oleh dia itu berjaya diraih, namun sampai sekarang, SS kecewa kerana bukan 'kemajuan' yang dicapai, malah semakin teruk pulak organisasi dek penangan cara dan style cAWANG itu.

4. Berjayakah organisasi dalam Integriti? Berjayakah organisasi dalam bengkel? Berjayakah organisasi di UPM? Inikah yang didefinisikan oleh cAWANG sebagai 'kemajuan' dan 'kemenangan'? Sesungguhnya, rentetan peristiwa ini menyerlahkan lagi betapa
cAWANG sudah tidak relevan dan dia lah yang sebenarnya loser, dan dengan demikian, perlu dengan relanya, berundur.

5. Wahai cAWANG, anda perlu sedar apa kapasiti yang ada pada anda. Anda sudah bersara dan hanya bertindak sebagai alumni, pencapaian tunggal yang sudah lapuk berzaman yang kerap kali diagung-agungkan oleh diri sendiri itu pun sudah tinggal kenangan. Lagipun, anda tinggal jauh di bumi Borneo. Tak perlulah nak membazir duit, dengan cubaan 'memajukan' organisasi walhal cubaan dan teknik itu langsung tidak efektif.

6. Sebagai tambahan kriteria, berdasarkan pengalaman SS, cAWANG adalah seorang yang cukup tak beretika, tak professional, malah tidak berintegriti (sebab tu la lingkup di INTEGRITI) di sebalik sikap egoistik tak sedar diri dengan kapasiti yang ada pada diri.

7. Kata-kata SS ini bukanlah tohmahan palsu, sebaliknya justifikasi jitu tepat terpaku pada dirimu, cAWANG.

8. Pengakhir kalam teramatlah suka untuk menujukan satu analogi buat cAWANG : janganlah menjadi seperti seekor sotong gergasi lagi gemuk yang sudah kehabisan dakwat hitam, cuba utk naik ke lautan atas, kerana anda sudah tidak lagi relevan, tidak membawa apa2 manfaat pun kepada ikan-ikan dan anak-anak ikan. Jadilah seekor sotong yang baik dan sedar diri, kembalilah ke dasar laut, bina karier dan kumpullah dakwat hitam semula di situ.


9. Terimalah kenyataan cAWANG, itu lebih baik untuk kita semua.



Saturday, April 10, 2010

I Will Always Love You Rude Telephone


1. Kita lupakan kisah-kisah tragik mahupun tragis (nanti kita cakap balik), mari kita gembirakan diri kita dengan music terbaru yang dihidangkan oleh industri.

2. SS tahu ramai yang antara kita yang tercari-cari apakah lagu-lagu terbaru yang bisa menghiburkan hati masa kini? Yang bisa menghilangkan kesedihan bagi jiwa yang lara, bisa membangkitkan kegembiraan seterusnya mengghairahkan suasana menggoda jiwa ikut sama berdansa?

3. Mari SS cadangkan lagu2 terbaru satu persatu. Semestinya mengikut taste SS lah. Lagu pertama yang SS rasa best sangat ialah Rude Boy- Rihanna, single terbaru dari album terbarunya Rated R. Walaupun mungkin masih sedih setelah dibelasah oleh Chris Brown, namun tumbukan Chris Brown tu langsung tidak menjejaskan bakat Rihanna dalam terus mengeluarkan karya berkualiti berserta lontaran vokal mantap lagi menyentap.

4. Seterusnya, kita jangan lupakan penyanyi baru yang berbakat besar, yang mana album debutnya, The Fame telah pun terjual 10 juta unit di seluruh dunia, Lady Gaga. Hits Lady Gaga terbaru yang mendominasi carta, Telephone cukup best diiringi dengan Beyonce, satu idea bijak dalam menggabungkan dua diva besar berbakat besar dengan video klip yang cukup 'besar' jugak.

5. Maka inilah cadangan SS buat sesiapa yang mahu berhibur, nah rasakan Rude Boy dan Telephone. Tambahan fakta, Rude Boy kini berada di tangga #1 di Hot 100 Billboard US, manakala Telephone di #5.

6. Bagi mengembalikan nostalgia keindahan music balada, SS sertakan juga I Will Always Love You nyanyian asal oleh Dolly Parton, dinyanyikan semula oleh Whitney Houston, dinyanyikan semula lagi oleh Leona Lewis dalam X-Factor.

7.
Layan ~~~


Rude Boy




Telephone



I Will Always Love You