Wednesday, April 14, 2010

cAWANG


1. Mari SS kenalkan kepada kita semua seorang makhluk Tuhan yang SS suke simbolkan dengan cAWANG. Untuk pengetahuan semua, SS bersara daripada organisasi dan hilang segala ghairah dalam bidang yang pernah SS ceburi, adalah disebabkan cAWANG ini.


2. Sudah berbulan-bulan rasanya SS memerhati dari jauh segala tindakan cAWANG dalam cubaan dan usaha dia 'memajukan' organisasi yang pernah SS anggotai.

3. SS memerhati kerana SS mahu melihat sejauh mana kebolehan dan keberkesanan cara dan style dia dalam meneraju organisasi ke arah 'kemajuan' yang diharapkan oleh dia itu berjaya diraih, namun sampai sekarang, SS kecewa kerana bukan 'kemajuan' yang dicapai, malah semakin teruk pulak organisasi dek penangan cara dan style cAWANG itu.

4. Berjayakah organisasi dalam Integriti? Berjayakah organisasi dalam bengkel? Berjayakah organisasi di UPM? Inikah yang didefinisikan oleh cAWANG sebagai 'kemajuan' dan 'kemenangan'? Sesungguhnya, rentetan peristiwa ini menyerlahkan lagi betapa
cAWANG sudah tidak relevan dan dia lah yang sebenarnya loser, dan dengan demikian, perlu dengan relanya, berundur.

5. Wahai cAWANG, anda perlu sedar apa kapasiti yang ada pada anda. Anda sudah bersara dan hanya bertindak sebagai alumni, pencapaian tunggal yang sudah lapuk berzaman yang kerap kali diagung-agungkan oleh diri sendiri itu pun sudah tinggal kenangan. Lagipun, anda tinggal jauh di bumi Borneo. Tak perlulah nak membazir duit, dengan cubaan 'memajukan' organisasi walhal cubaan dan teknik itu langsung tidak efektif.

6. Sebagai tambahan kriteria, berdasarkan pengalaman SS, cAWANG adalah seorang yang cukup tak beretika, tak professional, malah tidak berintegriti (sebab tu la lingkup di INTEGRITI) di sebalik sikap egoistik tak sedar diri dengan kapasiti yang ada pada diri.

7. Kata-kata SS ini bukanlah tohmahan palsu, sebaliknya justifikasi jitu tepat terpaku pada dirimu, cAWANG.

8. Pengakhir kalam teramatlah suka untuk menujukan satu analogi buat cAWANG : janganlah menjadi seperti seekor sotong gergasi lagi gemuk yang sudah kehabisan dakwat hitam, cuba utk naik ke lautan atas, kerana anda sudah tidak lagi relevan, tidak membawa apa2 manfaat pun kepada ikan-ikan dan anak-anak ikan. Jadilah seekor sotong yang baik dan sedar diri, kembalilah ke dasar laut, bina karier dan kumpullah dakwat hitam semula di situ.


9. Terimalah kenyataan cAWANG, itu lebih baik untuk kita semua.



6 comments:

  1. ala u nie..actually u dah tahu kan?

    ReplyDelete
  2. Selamat Pagi...

    Sebenarnya, saya terjelempuk masuk ke dalam blog awak ni untuk mencari lagu Rihanna. Kemudian, saya sekaligus membaca. Ada beberapa perkara yang menarik.

    Cuma, bahagian entri terbaru ini saya kurang senang sedikit. Sepertinya awak mengaibkan seseorang. Saya tidak tahu siapa yang anda maksudkan. Bukan apa, saya suka akan entri anda berkaitan hal hiburan itu. Tetapi, apabila ada entri yang berunsurkan peribadi ini, pembacaan saya terhadap blog anda terhenti.

    Jadi, selaku pembaca blog, saya nasihatkan awak untuk berhati-hati di dalam penulisan blog. Takut ada tindakan saman menyaman pula. Harap, anda tidak ambil hati. Ini cuma sekadar pendapat dan nasihat. Kerana manusia itu mudah lupa. Sama-sama kita memperbaiki hubungan sesama tuhan kita.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih lah krn sudi dtg ke blog SS untuk mendengar single terbaru Rihanna yang meletup, Rude Boy. Lepas nie, kalau ade single Rihanna yg meletops lagi, SS letak lagi kat blog SS k.

    Pembaca blog,

    SS hanya menyuarakan pendapat dan isi hati SS di blog yang mana SS miliki berdasarkan persetujuan dengan penyedia blog ini. Pendapat SS adalah di blog SS sendiri, bukan di blog orang lain.

    Memang entri nie, adalah berunsur peribadi, dah nama pun The Diary of Syiman Syareman. Sejak bile diary ditulis ttg benda yang bukan berasaskn peribadi?

    Kalau anda tidak suka, isi kandungan blog SS ini, SS harap anda jangan lah baca, kerana, SS x paksa. SS tak pernah menyatakan nama sebenar n organisasi sebenar. Jadi barang sesiapa yang terasa, ikutlah dia. Sapa yang makan cili, dia terasa pedasnya. Kalau ada org yg nak saman pun, rasanya SS menang kes.

    Terima kasih atas nasihat anda pembaca blog, namun kadang2, kita harus berani menyuarakan pendapat. Jangan biarkan minda terjajah dek pemikiran sempit yang hanya akan menjadikan diri di takuk lama.

    Tq.

    ReplyDelete
  4. SS, saya amat menyokong usul yang dibawakan pada hari ini, kerana bagi saya, warga terdahulu(yang sudah tidak relevan) patut memberi peluang kepada generasi baru untuk mengikis bakat mereka, lantas bergerak seiring dengan arus perdana marcapada ini.

    ReplyDelete
  5. yes betul tu rorin..thanks for ur opinion. i luv it. ^_^

    ReplyDelete