Tuesday, May 11, 2010

I Want To Be Bless With Buzyness


1. Kesibukan merupakan satu rahmat dari Tuhan untuk kita melupakan segala masalah yang kita hadapi.

2. Cuba kita perhatikan dan bandingkan antara situasi yang mana kita sibuk dan situasi yang mana kita tidak sibuk.

3. Sewaktu kita sibuk, kita leka dan asyik berada dalam kesibukan itu hingga tiada masa untuk kita memikirkan masalah yang melanda.

4.
Sewaktu kita tidak sibuk, kita asyik berbaring di atas katil, tidak tahu apa yang ingin dilakukan, dilanda kebosanan, berasa masa berlalu begitu lambat, seterusnya merunsingkan lagi pemikiran, meruncingkan lagi masalah.

5. So, I really really want to be bless with buzyness. Syukur, kerana kesibukan yang diharapkan bakal tiba, setelah SS memulakan kerja SS di Bukit Bintang tidak lama lagi.

6. Untuk semua, nasihat SS, kalau anda ingin melupakan masalah anda, menjadikan luka-luka lebih cepat sembuh, maka mari kita sama-sama menyibukkan diri kita dengan pekerjaan yang menjadikan kita gembira.

7. Tambahan, produktiviti dan ekonomi pun akan semakin berkualiti.