Wednesday, June 16, 2010

I Hate That Part, My Dear Friend..


1. Persahabatan yang menggembirakan adalah persahabatan yang penuh dengan rasa persefahaman dan penerimaan.

2. Persahabatan yang tidak menggembirakan adalah persahabatan yang disulami rasa dengki, tidak puas hati, dan menikam dari belakang.

3. Mari SS kenalkan satu jenis lagi persahabatan yang tidak menggembirakan. Persahabatan yang mana seorang sahabat ini, asyik nak mengkritik dan mengubah segala yang ada pada sahabatnya yang lagi satu.

4. SS berasa sangat jengkel dengan jenis sahabat yang mcm nie.

5. Wahai sahabat, tolonglah belajar untuk mengaplikasikan konsep penerimaan dalam persahabatan. Daripada jenis music yang diminati hinggalah kepada penampilan, semuanya harus diserapkan rasa penerimaan oleh anda, sahabatku.

6. Anda bukanlah perfect sangat. Anda bukanlah complete sangat. Banyak benda yang ada pada ko, kalau boleh, aku jugak ingin ubah, namun aku tidak bersikap kritikal kerana aku belajar untuk menerima diri ko, kerana engkau adalah sahabat aku.

7. Sesungguhnya, kalau ko terus bersikap kritikal begini, tak reti nak belajar untuk menerima, maka aku rasa akan terus makin tak happy kawan ngan ko. Hurm..

No comments:

Post a Comment