Tuesday, July 20, 2010

Kitaran Wang

1. Duit adalah satu benda yang mana semua orang suka. Kerana apa? Semestinya kerana dengan duitlah, kita boleh dapat sebahagian besar benda2 yang ada di dunia ini.

2. Namun perlu diingat, duit setinggi bukit sekalipun, kalau dibelanja setiap hari tanpa dijana semula, maka bukit itu lama kelamaan akan menjadi sebidang tanah sahaja.


3. Dengan itu, tidak salah untuk berbelanja besar mahupun sedikit, asalkan, duit yang digunakan, dijana semula. Bagaimana penjanaan duit ini boleh dijayakan? Iaitu dengan berkerja.


4. Goyangan kaki tidak akan mampu untuk menjana duit. Jangan sesekali mempunyai harapan untuk dapat duit cepat dengan hanya bergoyang kaki di rumah kerana pemikiran sedemikian tidak selaras dengan arus zaman kini. Hanya dengan berkerja, kita akan dapat menjana duit, untuk menampung keperluan dan kehendak kita.


5. Oleh demikian, SS nak berkerja. Sama2lah kita mencari perkerjaan yang halal bagi menjana duit sebanyak mungkin yang kita mampu dan menjayakan satu kitaran wang yang sihat. Secara online, JobStreet.com boleh membantu.


6. Selamat berjaya kepada semua.



Monday, July 19, 2010

Karaoke @ Neway

1. Karaoke merupakan salah satu sumber entertainment kita bagi menggembirakan hati yang lara.

2. Dengan itu, SS telah berkunjung ke Neway Karaoke di Berjaya Times Square. Dengan pakej RM15/head selama 2 jam disusulkan dengan 2 pilihan minuman, SS cukup bergembira.


3. SS gembira kerana inilah pengalaman karaoke yang SS mahukan selama ini.


4. Segalanya mantap. Music, bass, dan mic berada dalam keadaan yang ideal.


5. Justeru, SS akan selalu berkunjung ke sini, untuk menikmati lagi pengalaman karaoke yang memberansangkan.