Tuesday, August 31, 2010

Matilah Virus-Virus Itu

1.Lesen untuk perlindungan daripada Kaspersky Antivirus 2010 untuk laptop HP Pavilion milik SS baru sahaja telah tamat, setelah cukup 365 hari menghalang segala bentuk ancaman daripada virus-virus berbahaya dan juga Trojan celaka itu.

2.
Justeru, SS kini dalam proses untuk menyambung kembali lesen itu dengan mendapatkan Kaspersky Antivirus 2011.

3.
Semoga perlindungan yang diberikan akan dapat menghalang daripada serangan bala tentera virus-virus dan para Trojan yang semakin menggila lalu mengganas dek kerana dahagakan zat-zat dan syafaat yang terdapat pada laptop.

4.
Laptop juga akan semakin gembira kerana sistem dalaman tidak terganggu dan sentiasa bersih daripada najis-najis yang tidak diperlukan ini. Maka, makin panjanglah jangka hayat laptop, dan makin berkualiti lah kehidupan yang akan dialami oleh laptop ini.

5.
Dan apabila laptop gembira, dan semakin berkualiti hidupnya, maka secara tidak langsung, akan memberi kesan yang sama terhadap pemiliknya.

6.
Sesungguhnya, setiap komputer di dunia ini, harus ada perlindungan antivirus yang hebat dan mantap demi kesejahteraan bersama.

7.
SS punya HP Pavilion, tidak terkecuali.






Katy Perry vs. Taylor Swift


1.
Kita bertuah kerana memiliki Katy Perry dan Taylor Swift kerana sekali lagi mereka berdua berjaya menghiburkan kita.

2.
Taylor Swift kini tampil dengan single terbaru daripada album terbaru, “Mine” daripada Speak Now, manakala Katy Perry dengan single “Teenage Dream” daripada album bertajuk sama, Teenage Dream.

3.
Kedua-dua lagu ini berjaya menerobos ke Top 10 Billboard Hot 100, sekaligus juga berjaya menerobos ke hati muzika SS lantas menjadi siulan utama di bibir ini.

4.
Satu lagi perkara yang menarik untuk dikongsi, ada satu lagu dalam album Teenage Dream, berjudul Peacock yang mana cukup menarik untuk didengari, menunjukkan Katy Perry cukup kreatif dalam berkarya dan menyampaikan hasrat yang tersirat. Hehehe...

5.
I love Katy Perry & Taylor Swift. You go, girls!




Farewell Blacky

1. I miss my Blacky so much.

2.
Siapakah Blacky ini? Blacky ini tidak lain dan tidak bukan ialah kucing jantan kesayangan ku yang cukup gemuk, montel dan sentiasa tampil dengan pelbagai kerenah dan gaya yang menyeronokkan.

3.
Mengapakah pula I miss my Blacky so much? Sebab Blacky sudah menghilangkan diri selama seminggu.

4.
Jika berterusan Blacky tidak kembali, maka inilah sahaja alkisah antara Blacky dan Syiman.

5.
Sejarah akan sentiasa memperingati Blacky sebagai seekor kucing yang handsome, gemuk, montel, berat untuk didukung, sensitif pada perut dan tapak kaki, kuat makan, memiliki bulu belang hitam dan koko yang cantik, kuat, sentiasa menang dlm melawan kucing jantan yang lain dan sentiasa tampil dengan pelbagai kerenah dan gaya yang menyeronokkan.

6.
I miss my Blacky.







Monday, August 30, 2010

Merdeka dengan Jiwa Merdeka


1. Lahir dan masih lagi berada di sebuah negara merdeka yang aman lagi makmur merupakan satu nikmat yang tidak terhingga yang perlu disyukuri.


2.
Amat malang sekali jika Malaysia yang merdeka ini tidak diseiringkan dengan jiwa yang merdeka daripada penduduknya.

3.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53.

Graduasimu Mencemburukan

1. SS sangat cemburu melihat kawan-kawan yang sudah memasuki alam perkerjaan secara rasminya setelah graduasi.

2.
Perkara ini terjadi sebab SS berada di alam IPTA.

3.
Apakah IPTA itu? Tidak lain dan tidak bukan Institut Pengajian Tinggi Awam. Mungkin ada yang diantara kita yang suka berada di alam IPTA ini, namun bagi SS, dunia IPTA ini adalah cukup tidak menyeronokkan.

4.
Terpaksa berhadapan dengan kerenah pensyarah, rakan sekelas, dan pelbagai lagi gejala yang berlaku di seantero alam IPTA, SS rasa tak sabar sangat nak tamatkan cepat-cepat pengajian di IPTA.

5.
Satu lagi faktor yang menyebabkan SS rasa sangat cemburu dengan kawan yang sudah melangkah ke alam pekerjaan ini adalah kerana duit. Seorang kawan SS bakal mendapat RM 3,800 ++ setiap bulan, setelah berjaya mendapat perkerjaan pasca graduasi.

6.
Dengan Rm 3,800 itu, SS boleh beli macam-macam termasuklah Topman, Ray Ban, Calvin Klein, Loreal Paris, Soda, Levi’s, dan banyak lagi...Beli kereta, beli rumah..bla bla bla..

7.
Dengan itu, kecemburuan ini akan berlanjutan lagi selama 2 tahun lebih.

8.
Sepanjang 2 tahun lebih ini, sesungguhnya, kecemburuan ini akan memangkinkan keazaman jitu mengumpul kudrat dan tenaga ke arah wawasan menamatkan pengajian dengan penuh bergaya lagi berjaya.

P/s – Kepada Zul dan Soong, SS ucapkan tahniah banyak2 kerana telah selamat menggengam sijil keramat itu. Semoga masa depan cerah ibarat bintang paling cerah di seantero galaksi.




Sunday, August 22, 2010

Pekerjaan Yang Tidak Berpandukan Ilahi




SESUATU PEKERJAAN YANG DILAKUKAN
TANPA BERPANDUKAN ILAHI,
PASTI PEKERJAAN ITU DIPENUHI
OLEH PERKARA2 TIDAK MENYERONOKKAN






Thursday, August 12, 2010

Syiman Syareman's Fashion Statement 2010

1.Fashion merupakan salah satu cara untuk kita mengeluarkan statement.

2.
Fashion juga merupakan satu cara untuk kita menampilkan ekspresi diri kita sebagaimana yang kita mahukan.

3.
Lady Gaga pernah berkata, "I need fashion for my music, and I need music for my fashion". Terdapat juga pepatah, “There are no fashion without self-style”. Dan juga,If you are not in fashion, you are nobody” – Lord Chesterfield. Jangan dilupakan kata2 Coco Chanel, “Fashion is architecture. It is a matter of proportions”. Last but not least, “I love fashion. Fashion makes me feel sooo confident!” – Syiman Syareman.

4.
SS suke sangat ngan fashion. Fashion menjadikan SS lebih yakin dalam berhadapan dengan pandangan dan jelingan daripada seantero makhluk di muka Bumi ini. Namun, ade jenis2 fashion yang SS suke, dan tidak suke.

5.
Justeru, apakah fashion brand yang paling SS suke? Semestinya dipaparkan dalam Top 10 Syiman Syareman's Fashion Statement 2010:

#1 Topman - Topman sentiasa menampilkan design2 yang best dan memiliki saiz XS yang mana cukup ideal dengan my body. Merupakan antara brand yang menbariskan fast fashion, I feel so confident n cool apabila mengenakan Topman. That's why, Topman berada di tangga teratas.



#2 Philosophy Men - Yes. Design yang dipaparkan dalam Philosophy Men cukup mantap dalam pelbagai variasi. Saiznye menepati kehendak body SS.



#3 Swatch - Swatch sentiasa menampilkan design2 menarik yang lain daripada yang lain. Swatch juga sentiasa berkolaborasi dengan banyak nama2 besar dalam dunia fashion dan seni untuk menghasilkan design jam tangan yang berkualiti tinggi. Juga, line aksesori Swatch yang dikenali sebagai Swatch Bijoux amat menarik dan syok.



#4 Forever 21 - Forever 21 merupakan antara brand fast fashion yang tampil dengan design yang unik dan mantap. Cubalah kunjungi butik2 yang ada di Malaysia termasuklah di Pavilion dan Suria KLCC.



#5 Graffitee - Apa yang menariknya tentang Graffitee adalah design bajunya yang tidak terlepas daripada statement2 nakal yang menarik untuk ditatap dan dihayati.



#6 Levi's - SS suke mengenakan jeans Levi's terutamanya daripada line 501 dan 505. For me, wearing Levi's makes me feel so strong n energetic.


#7 Converse - Suka dengan gaya yang original daripada Converse.


#8 Calvin Klein - Mahukan gaya yang kemas dan elegan? Maka, anda akan dapatkannya di Calvin Klein.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 2010

Di kesempatan ini, SS ingin mengucapkan selamat memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini. Selamat berpuasa dan bergembira di bulan yang penuh dengan keberkatan Ilahi.

Syiman Syareman