Monday, August 30, 2010

Graduasimu Mencemburukan

1. SS sangat cemburu melihat kawan-kawan yang sudah memasuki alam perkerjaan secara rasminya setelah graduasi.

2.
Perkara ini terjadi sebab SS berada di alam IPTA.

3.
Apakah IPTA itu? Tidak lain dan tidak bukan Institut Pengajian Tinggi Awam. Mungkin ada yang diantara kita yang suka berada di alam IPTA ini, namun bagi SS, dunia IPTA ini adalah cukup tidak menyeronokkan.

4.
Terpaksa berhadapan dengan kerenah pensyarah, rakan sekelas, dan pelbagai lagi gejala yang berlaku di seantero alam IPTA, SS rasa tak sabar sangat nak tamatkan cepat-cepat pengajian di IPTA.

5.
Satu lagi faktor yang menyebabkan SS rasa sangat cemburu dengan kawan yang sudah melangkah ke alam pekerjaan ini adalah kerana duit. Seorang kawan SS bakal mendapat RM 3,800 ++ setiap bulan, setelah berjaya mendapat perkerjaan pasca graduasi.

6.
Dengan Rm 3,800 itu, SS boleh beli macam-macam termasuklah Topman, Ray Ban, Calvin Klein, Loreal Paris, Soda, Levi’s, dan banyak lagi...Beli kereta, beli rumah..bla bla bla..

7.
Dengan itu, kecemburuan ini akan berlanjutan lagi selama 2 tahun lebih.

8.
Sepanjang 2 tahun lebih ini, sesungguhnya, kecemburuan ini akan memangkinkan keazaman jitu mengumpul kudrat dan tenaga ke arah wawasan menamatkan pengajian dengan penuh bergaya lagi berjaya.

P/s – Kepada Zul dan Soong, SS ucapkan tahniah banyak2 kerana telah selamat menggengam sijil keramat itu. Semoga masa depan cerah ibarat bintang paling cerah di seantero galaksi.




No comments:

Post a Comment