Tuesday, August 31, 2010

Matilah Virus-Virus Itu

1.Lesen untuk perlindungan daripada Kaspersky Antivirus 2010 untuk laptop HP Pavilion milik SS baru sahaja telah tamat, setelah cukup 365 hari menghalang segala bentuk ancaman daripada virus-virus berbahaya dan juga Trojan celaka itu.

2.
Justeru, SS kini dalam proses untuk menyambung kembali lesen itu dengan mendapatkan Kaspersky Antivirus 2011.

3.
Semoga perlindungan yang diberikan akan dapat menghalang daripada serangan bala tentera virus-virus dan para Trojan yang semakin menggila lalu mengganas dek kerana dahagakan zat-zat dan syafaat yang terdapat pada laptop.

4.
Laptop juga akan semakin gembira kerana sistem dalaman tidak terganggu dan sentiasa bersih daripada najis-najis yang tidak diperlukan ini. Maka, makin panjanglah jangka hayat laptop, dan makin berkualiti lah kehidupan yang akan dialami oleh laptop ini.

5.
Dan apabila laptop gembira, dan semakin berkualiti hidupnya, maka secara tidak langsung, akan memberi kesan yang sama terhadap pemiliknya.

6.
Sesungguhnya, setiap komputer di dunia ini, harus ada perlindungan antivirus yang hebat dan mantap demi kesejahteraan bersama.

7.
SS punya HP Pavilion, tidak terkecuali.






No comments:

Post a Comment