Wednesday, September 29, 2010

PeterPorn


Utusan Malaysia 28/9/2010, ms 19 - Siasatan kes video lucah membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, kekasihnya Luna Maya dan pengacara Cut Tari, mungkin dihentikan kerana polis Indonesia sehingga kini masih belum dapat mengenal pasti lokasi video itu dirakamkan.


1. Tahniah kepada Ariel, Luna Maya dan Cut Tari kerana kemungkinan besar anda semua akan dibebaskan atas sebab kes video lucah ini.

2. Namun, kes ini menurut perspektif SS, ada moral dan pengajaran yang harus kita ambil secara kolektif:

  • sebagai pasangan kekasih, jangan sesekali merakam aksi seks anda, sebaliknya lebih baik menonton sahaja aksi porn star yang sedia ada, kerana itulah fungsi dan peranan porn star. Lagipun, bukan sahaja anda akan hilang fokus sewaktu melakukan seks, malah, tidak selesa kerana asyik nak memastikan posisi sentiasa sesuai dengan kedudukan kamera.
  • gunakanlah komputer peribadi yang mempunyai sekuriti yang mantap, yang mana orang lain tidak boleh sesuka hati menceroboh data di dalamnya.
  • jangan sesekali membuat pengakuan kepada pihak polis yang anda terlibat dalam video seks yang terkantoi itu seperti mana yang telah dilakukan oleh Cut Tari.
  • jangan merasa malu dan segan untuk keluar dari rumah seperti Luna Maya dan Cut Tari. Dah kantoi tu, kantoi lah. Life must go on. Jangan mengenang perkara yang sudah berlaku. Apa yang penting untuk kita corakkan ialah masa depan.
3. Selamat beramal.






Monday, September 27, 2010

Chong Wei vs Lin Dan


1. SS teramat suke apabila dalam kejohanan Terbuka Jepun 2010, Chong Wei, dengan jayanya telah membelasah Lin Dan, musuh tradisi dari China yang sebelum ini mendominasi pertemuan mereka sebelum ini.

2. Maka padanlah muka Lin Dan, kerana telah dibenam 22-20, 16-21, 21-17 oleh Chong Wei.

3. Walaubagaimanapun, kepuasan SS ini masih belum berada dalam kategori klimaks yang betul-betul nikmat, kerana, dalam kesemua 21 pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan menunjukkan, Lin Dan lebih banyak membelasah Chong Wei dengan rekod 14-7. Malah, Chong Wei hanya sekadar membelasah Lin Dan di Terbuka Jepun. Bukan di Kejohanan Dunia. Bukan di Piala Thomas. Bukan di All-England.

4. Apa-apa pun, sekalung tahniah kepada Chong Wei kerana telah menamatkan penantian 18 bulan untuk membelasah Lin Dan. Diharapkan peristiwa Chong Wei membelasah Lin Dan akan terus konsisten ke arah menjadi pemain badminton nombor satu dunia yang benar-benar layak untuk menjadi nombor satu.

Lin Dan


Chong Wei


Friday, September 24, 2010

Syiman's Review - Resident Evil:Afterlife



1. Wow! Manzap! Fabulous! Very da Thriller!

2. Itulah antara kata2 kepuasan yang jelas tergambar selepas menonton Resident Evil:Afterlife.

3. Mengapakah SS sangat suka dengan filem Resident Evil yang keempat ini?

4. Sebab yang pertama, kerana latar muzik Resident Evil adalah cukup rock. Sebab kedua, Mila Jovovich cukup cantik dan bergaya lantas memberi inspirasi kepada sesiapa yang mengutamakan fashion dan kecantikan. Sebab ketiga, aksi yang dipaparkan cukup mantap. Dan semestinya sebab yang keempat, penglibatan Wentworth Miller yang begitu meransang perembesan estrogen.

5. Yes, menurut Wikipedia, Resident Evil:Afterlife mostly receive negative reviews from critics, namun, SS dan para penonton lain tidak berfikiran demikian. Buktinya, menurut Yahoo! Movies, filem ini mendapat gred B+ daripada people's reviews. Malah, kutipan US$150million+- seantero dunia berbanding dengan hanya modal US$60million, itu adalah satu sambutan menggalakkan yang mana menunjukkan kepada kita bahawa sememangnya Resident Evil:Afterlife adalah satu filem yang syok.

6. Maka, jangan jadi orang yang berada dalam kerugian, Syiman syorkan anda menonton Residen Evil 4 ini. Dengan itu juga, daripada 5 bintang, SS bagi gred 4.6 kepada filem ini. ^_^




Poster Resident Evil:Afterlife



Wentworth Miller




Wednesday, September 22, 2010

The Sims III vs. Star Craft II

1. SS dah puas bermain dengan The Sims 2. Sungguh syok sangat main game tu.

2.
Sekarang ni, SS nak mencari alternatif game lain supaya kepuasan dan kenikmatan bermain game sentiasa evergreen.

3.
Tahukah anda? The Sims 3 dan Star Craft 2 merupakan game yang bakal menjadi alternatif ideal bagi memuaskan nafsu game SS.

4.
The Sims 3, setakat ini sudah mempunyai dua EP (Expansion Pack) iaitu World Adventure dan Ambition.

5.
Star Craft 2 pula mencetuskan semula peperangan bersejarah di angkasa lepas seantero galaksi di antara 3 puak : Terran, Protos dan Zerg. Jim Raynor dan Sarah Kerrigan sekali lagi akan membangkitkan siri drama yang dramatik.

6.
Maka, jom kita main. Main ape? Main The Sims 3 dan Star Craft 2 lah.

7.
Dan sebab apa pula kita harus main game? Sebab ia mampu untuk menghilangkan stress kita sewaktu menjalani kehidupan ini.






Wednesday, September 8, 2010

Syawal 2010


Syiman Syareman di blog The Diary of Syiman Syareman ini ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang sukses menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Semoga sambutan ini kita sambut dengan penuh makna. Maaf Zahir Batin.

Nikmatilah juga alunan lagu2 raya yang SS suka.






Friday, September 3, 2010

Bahas Bahasa

1. Bahasa jiwa bangsa.

2.
Ya. Sememangnya bahasa adalah jiwa bangsa. Dan kita semua tahu bahawa kita sedang menjana transformasi dalam menjayakan bangsa 1 Malaysia.

3.
Justeru, bagi menjadikan SS seiring dan sejalan dengan semangat 1 Malaysia, SS rasa nak belajar untuk mendalami bahasa Mandarin dan Tamil, supaya SS dapat membaca dan bertutur dalam baik dalam bahasa tersebut.

4.
Setelah dapat bertutur dengan baik dalam bahasa itu, maka semestinya komunikasi antara orang Cina dan orang India akan makin bertambah baik.

5.
Komunikasi adalah kunci kepada kefahaman. Kefahaman pula melahirkan keharmonian.

6.
Bahasa Melayu pun sudah, English pun sudah, maka kini giliran Mandarin dan Tamil.