Monday, September 27, 2010

Chong Wei vs Lin Dan


1. SS teramat suke apabila dalam kejohanan Terbuka Jepun 2010, Chong Wei, dengan jayanya telah membelasah Lin Dan, musuh tradisi dari China yang sebelum ini mendominasi pertemuan mereka sebelum ini.

2. Maka padanlah muka Lin Dan, kerana telah dibenam 22-20, 16-21, 21-17 oleh Chong Wei.

3. Walaubagaimanapun, kepuasan SS ini masih belum berada dalam kategori klimaks yang betul-betul nikmat, kerana, dalam kesemua 21 pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan menunjukkan, Lin Dan lebih banyak membelasah Chong Wei dengan rekod 14-7. Malah, Chong Wei hanya sekadar membelasah Lin Dan di Terbuka Jepun. Bukan di Kejohanan Dunia. Bukan di Piala Thomas. Bukan di All-England.

4. Apa-apa pun, sekalung tahniah kepada Chong Wei kerana telah menamatkan penantian 18 bulan untuk membelasah Lin Dan. Diharapkan peristiwa Chong Wei membelasah Lin Dan akan terus konsisten ke arah menjadi pemain badminton nombor satu dunia yang benar-benar layak untuk menjadi nombor satu.

Lin Dan


Chong Wei


No comments:

Post a Comment