Tuesday, December 27, 2011

Jimat


1. SS rasa mcm nak berjimat la utk bulan Januari 2012. Bukankah satu permulaan yang bagus utk 2012 dengan azam utk berjimat? Hehe. 


2. SS recommend semua turut serta berjimat. Dengan berjimat, kita akan rasa lebih happy sebab duit di dalam akaun bank kita nampak banyak. Penjimatan yang efektif adalah penjimatan yang disusulkan dengan pengurusan duit yang mantap.


3. Kalau hari nie kita buat keputusan nak berjimat, jadi pada esoknya, kita kena rancang apa yang kita nak buat dengan lebihan duit yang kita jimat tu. Pastikan sistem penyaluran duit itu sentiasa lancar tanpa berlaku kegersangan duit di kemudian hari. 


4. Marilah berjimat. ^_^






  

Sunday, December 25, 2011

First Class


1. Kita semua mahukan sesuatu yang menyenang kegiatan aktiviti kita, yang cantik, yang selesa. Erti kata lain, kita mahukan keadaan dan persekitaran yang kondunsif.


2. Kita akan dapat persekitaran yang kondunsif itu melalui prasarana kelas pertama. Kita mahu sistem pengangkutan kelas pertama, sistem pendidikan kelas pertama, rumah ibadah kelas pertama, tempat kerja kelas pertama, sistem jalan raya kelas pertama dan semualah perkara mesti kelas pertama. 


3. Prasana kelas pertama tidak mampu utk dibangunkan dengan konsisten tanpa mentaliti komuniti kelas pertama. 


4. Utk mewujudkan prasarana kelas pertama, maka kita semua kena bersedia utk membayar setara dengan prasarana kelas pertama. Kesediaan ini adalah salah satu kriteria mentaliti kelas pertama. Adakah kita sangka kita akan dapat prasarana kelas pertama kalau kita tak bersedia utk membayar lebih? Semua drpd kita tahu yang semua benda bukan percuma.


5. Dengan itu, kalau kita nak bayar lebih, maka kita kena kerja lebih. Masyarakat di negara maju dengan prasarana kelas pertama telah bersedia utk bayar lebih. Maka kita lihat mereka juga kerja lebih. 1 daripada 5 individu di US bersedia utk mempunyai perkerjaan kedua (second job). 


6. Sebagai motivasi, sebagai permulaan kita kena berada di rumah yang kondunsif. Berada di rumah yang kondunsif akan mendorong kita berkerja lebih utk menampung semua perbelanjaan. Kalau kita fikir kita tak mampu, maka kita akan cenderung utk terus ketinggalan dan tiada motivasi utk mencari duit lebih. Dan terus lah ditinggalkan oleh orang yang sedang mengumpul kekayaan. 


7. Bagi memacu Malaysia utk memiliki prasarana kelas pertama dan menjadi negara maju, kita jangan lah asyik nak mengadu harga itu dan harga ini naik. Kita kene kerja lebih utk menyumbang kepada ekonomi, dan percayalah harga sesuatu barang atau perkhidmatan akan stabil secara automatik jika pemacu nya sentiasa rancak dalam aktiviti ekonomi iaitu menjana banyak duit dan juga mengeluarkan banyak duit. 


8. Contoh, industri telefon mudah alih dan teknologi konsumer. Kalau dulu, BlackBerry, Apple, Sony Vaio dan lain2 cukup mahal hingga luar daripada jangkauan konsumer berpendapatan sederhana, skrg semua dah stabil. Hal ini kerana kita aktif dalam kegiatan telefon mudah alih dan teknologi konsumer. 


9. Sebagai penegasan, jangan malas, kuatkan usaha, bersedia utk bayar lebih, dapatkan second job, dan berhijrahlah kepada kondominium sebagai motivasi. 





Friday, December 23, 2011

Syiman's Review : So Many Movies on Winter


Musim winter 2011 menyajikan kita dengan lambakan movie yang best utk kita nikmati dengan mata kita. Maka Syiman pun tak ketinggalan dan cukup banyaklah berkunjung ke wayang berdekatan utk menyaksikan para pelakon beraksi dalam movie yang mcm mantap. 


Bulan November-Disember 2011 mmg padat dengan keriangan bukan sahaja dalam industri filem, malah industri fashion pown dengan penawaran year-end sales, tiket murah daripada AirAsia, cuti Kristmas dan jugak New Year, dan sememangnya kita pown meriah dengan window shopping dan jugak kunjungan ke wayang2 berdekatan.


Mari Syiman nak review satu persatu ttg mereka semua; filem2 yang Syiman dah tgk lately :


Ombak Rindu


Ini adalah filem Melayu pertama buat sekian lama yang SS tgk di wayang sejak berbelas2 tahun.


Maya Karin kelihatan comel bertudung dan memberikan performance yang best dalam filem nie. Aaron Aziz pulak memang berani dan daring lah coz sanggup shirtless dengan Lisa Surihani di atas katil. Lisa Surihani pulak asyik emo dan mengamuk. Bront Palarae yang pernah jadi Pelakon Lelaki Terbaik kita menjadi Pelakon tersangat Pembantu di dlm filem nie. Secara general, tunjang utama filem nie mmg tiada masalah dari segi performance malah berlakon dengan OK. Namun, pelakon2 baru dan pembantu dari segi lakonan tak best sangat dan should improve. 


Skrip jugak harus dibaiki. Banyak kepincangan skrip yang cukup tidak intelek yg menjadi punca utama mengapa SS cukup tak suka nak tgk filem Melayu di wayang. Malah kepincangan, kecil atau besar jugak berlaku secara kerap dalam susunan babak dan plot citer.


Filem adaptasi dari novel Melayu yang SS suka adalah Lagenda Budak Setan. Ombak Rindu adalah second best.


Lakonan : B-
Arahan : B-
Cinematography : B
Plot Citer : C






Happy Feet Two


Suara 'rock+sexy' P!nk memang sedap dan lunak lantas penglibatan dalam Happy Feet Two sebagai mak penguin yang suka menyanyi mmg syok la. I love da paparan visual yang memaparkan scene2 yang beatiful dengan penguin-penguin comel girang mengadun vokal masing sambil menari dengan pelbagai style. I love jugak 2 lapisan plot citer yang mana satu lapisan mengisahkan Brad Pitt dan Matt Damon sebagai udang comel dan keliru mengembara mencari originaliti. Lepas nie mmg nak tgk Happy Feet yang first.


Lakonan : B
Arahan : B
Cinematography : B+
Plot Citer : B+






Mission Impossible: Ghost Protocol


Love Tom Cruise. Love the High Definition. Love the action. 


Filem nie menguatkan lagi statement bahawa kita sebenarnya tak perlukan 3D pown dalam industri filem, yang perlu utk kepuasan mata kita adalah teknologi IMAX. 


Lakonan : B+
Arahan : A-
Cinematography : A
Plot Citer : B+






New Year's Eve


Okey. Melalui pengarah yang sama, ingatkan filem nie sama best la mcm Valentine's Day. Seperti biasa formula pengumpulan artis2 besar dan popular dalam satu filem dengan plot citer yang cukup simple digunakan lah. Namun it just not working out dalam New Year's Eve. Tak tau kat mana silapnye, tapi mmg tak berkesan. Maybe sebab tak de Julia Roberts. Maybe sebab terlalu berterabur. Maybe sebab Zac Efron dipadankan dengan pompuan pelik yang tua. Maybe jugak sebab susunan plot yang terlalu berterabur dan tidak kreatif seperti Valentine's Day. Maybe jugak tiada Taylor Swift utk menyanyi lagu tema bagi filem nie. 


Walau apa pown sebabnya, this is so a bad film.


Lakonan : C+
Arahan : C-
Cinematography : C
Plot Citer : C-






Arthur Christmas


Arthur Christmas adalah filem animasi yang paling tak syok SS pernah tengok kat wayang.


Lakonan : C
Arahan : C-
Cinematography : B
Plot Citer : C



Sunday, December 18, 2011

Suka Duka 2011



Aku ingatkan 2011 nie mcm kurang meriah namun aku silap. 2010 adalah tahun yang agak meriah tapi 2011 lagi meriah. Meriah dengan ape? Semestinya dengan pelbagai drama, rasa, cerita dan peristiwa. 2011 adalah tahun yang mematangkan aku.


Suka 


- beli kamera Sony Cybershot TX100V
- beli BlackBerry Curve 9360
- beli bag Zara
- stabil dari segi kewangan berbanding tahun2 sebelum nie
- getting my best s** ever by MP
- beli jam tangan Swatch yang baru berserta dengan aksesori, Bjoux collection
- kelahiran Adele sebagai superstar baru dalam industri muzik global
- get my first G2000
- tambah koleksi Topman especially skinny fit pants
- meninggalkan utem
- berkerja sbg executive di Raja Chulan
- beli buku Awaken Giant Within by Anthony Robbins
- beli my first external hard disk Samsung 500GB
- first time makan kat Chili's
- first time makan kat The Ship
- first time masuk dlm Hard Rock Cafe
- first time makan Krispy Kreme
- dpt tengok teater The Secret Life of Nora kat Istana Budaya
-.bermastautin di Mutiara Damansara
- Peter Jackson dan Steven Spielberg berkolaborasi dlm The Adventures of Tintin


Kurang Suka/Duka


- Novak Djokovic menguasai arena tenis mengatasi Rafael Nadal
- menyaksikan orang yang tak berbakat menyalahguna kuasa dlm Kelab Debat utem, malah orang tu still lagi nak berdebat sedangkan tahu diri tu tak mampu dan tak cukup berbakat nak bagi team menang
- berada di dalam kelas pensyarah yang tak berkualiti seperti En. Kamarul
- pengalaman praktikal yang tak menyenangkan disebabkan supervision yang tak cekap di Sharp + situasi Pak Abu Bakar & family yang tak ikhlas menolong
- my Sony Ericsson selalu sangat buat hal


Maka marilah kita sama2 membuat analisis apa yang kita suka dan apa yang kita kurang suka sepanjang 2011. Analisis ini adalah perlu sebagai penyumbang kepada muhasabah diri yang berkualiti. 2011 dah nak menutup tirai. Tyme nak tutup tirai 2011 tu, kita celebrate dengan positiviti. ^_^ Bye-bye 2011.





Friday, December 2, 2011

Stronger & Talk That Talk


Selepas mendengar Mr. Know It All dan What Doesn't Kill You(Stronger), SS rasa syok sangat coz Kelly Clarkson kini doing Breakaway again. Kelly Clarkson sememangnya berbakat besar cuma pengurusan yg tidak cekap menjadikan sinaran bintang Kelly Clarkson agak malap sejak kebelakangan nie, especially tyme album My December. Tapi, jangan risau, album terbaru Kelly Clarkson, Stronger sememang sama tahap dengan Breakaway. Mr. Know It All sudah pun berada di #10 di Billboard Hot 100. Im expecting sinaran bintang Kelly Clarkson akan kembali cerah. ^_^




Satu lagi artis fofular yang SS nak cakap ialah RiRi. Riri sememangnya semakin kencang dalam mengorak langkah di persada industri music. Menjadi artis muda yang terpantas dalam meletakkan Top 10 hits single di Billboard Hot 100 mengalahkan Madonna, artis wanita terbanyak dalam kuantiti peminat di Facebook mengalahkan Lady Gaga dan setiap album yang dikuarkan semua mencapai status platinum. Single terbaru Riri sangat tidak mengecewakan malah cukup menghiburkan. Enjoy.



Thursday, December 1, 2011

Syiman's Review : Puss In Boots & Breaking Dawn


Puss In Boots sememangnya cukup menghiburkan. Satu demi satu komedi intelek menerjah dari setiap babak. Penceritaan yang kemas, Puss in Boots yang comel, kucing heroin yang sexy, Humpty Dumpty yang annoying, graphic yang cantik dengan 3D yang berkesan dan semestinya costumes yang impresif (boots dan topi Puss) menjadikan Puss In Boots sebagai filem animasi yang mmg meriah. I like this movie so much.


Cinematography : A
Plot Citer : B
Pengarahan : B+
Lakonan : B






Bagaimana pulak dengan Breaking Dawn part 1 yang baru saja mengutip jualan tiket US$500 juta seluruh dunia? Bella semakin cantik. Pada permulaan citer, banyak gile adegan kiss kiss antara Bella dengan Edward. Then Bella pun start mengandung n Jacob mula bergaduh dengan tribe die sebab Bella. Akhirnya Bella jadi vampire. Urm. Penceritaan yang mcm nie agak kurang padat dan meleret2 tapi, itulah Twilight Saga. Walaupun penceritaan yang meleret, namun SS suke kerana penjiwaan romantik adalah cukup tinggi dalam filem nie dan itulah sebabnya ramai sangat orang syok tengok filem nie.


Cinematography : B+
Plot Citer : B-
Pengarahan : B
Lakonan : B



Saturday, November 26, 2011

The Pleasure of November


Mari kita menyelak kembali apakah yang dinikmati oleh kita sepanjang bulan November. Semoga selakan ini memberi kita inspirasi utk terus berusaha gigih supaya nikmat yang ada akan terus dinikmati utk bulan2 yang seterusnya. Highlite harus diberi kepada November kerana mempunyai 3 tarikh cantik - 1/11/11, 11/11/11 & 20.11.2011. Tanpa membuang masa dan huruf lagi di sini sekali lagi ruangan The Pleasure of The Month akan menyenaraikan apakah pleasure yang disantap oleh SS sepanjang bulan November yang akan menjadi penanda aras buat bulan2 mendatang :


Burger King 


Semestinya Burger King masih dengan crown yang amat sukar digugat kerana burger die mmg sedap lagi mantap! Apakah burger yang masuk ke mulut SS itu? Semestinya Chicken Royale, Whopper Jr. & Whopper. Roti yang empuk, daging yang juicy, tambah pulak dengan sos dan cheese yang berkrim mmg membuatkan kita semua kecur saliva. N also, SS jugak sempat menikmati Hersheys aiskrim pie die yang lazat. Oh my........I just love Burger King!








Subway


Subway mmg menjadi my #1 fast food restaurant menganjakkan McD ke ranking #2. Bulan November sahaja menyaksikan SS menyantap Subway sebanyak 4 kali. Italian B.M.T mmg sedap n padat gile dengan kepingan daging n tak dilupakan Chicken Slice yang tidak kurang sedap. Love to enjoy them with Thousand Island, Ranch and Mayonis.




The Ship


Pernahkah anda berkunjung dan berlayar di The Ship? SS pernah. Baru je berlayar hari tu di Bukit Bintang dengan menikmati Chicken Ala Kiev (Fried Chicken yang disumbat special butter) dan Milkshake Strawberry. Sorang makan boleh la bajet dalam RM40-RM60.






KFC


Oh gosh. Mmg dah lama tak makan KFC. Disebabkan rindu nak makan KFC, maka SS pun pegilah order Snack Plate. Semestinya ayam original dengan drumstick dan thigh menjadi pilihan regular buat SS setiap kali berkunjung ke KFC. Semestinya jari2 terjilat-jilat selepas menikmati juadah Snack Plate tu. Hehe






Black Hammer


Apakah itu Black Hammer? Adakah hammer yang mengetuk2 paku yang craftman selalu dok pakai tu? Nope lah. Mcm useless je SS nak beli hammer. Black Hammer adalah jenama safety boots yang menawarkan rangkaian boots yang berkualiti. Sebelum nie, SS selalu rasa kebasahan namun dengan Black Hammer, SS tak perlu risau lagi dengan kebasahan. Hehe


Oldtown


Disebabkan Oldtown dekat sangat dengan my apartment, maka tidak dapat dielakkan lah utk berkunjung ke sini apabila perut telah memberi signal lapar. Nasi lemak special dan Xi Mut Milk Tea mmg sedap dan gabungan yang serasi utk dinikmati. 


The Adventures of Tintin


Gabungan Peter Jackson dan Steven Spielberg, 2 pengarah kegemaran SS semestinya gabungan yang dinanti-nanti. Jangan lupa tgk kat pawagam. SS mmg recommend sangat2 jika anda adalah seorang yang suke menonton movie yang bertemakan adventure dan aksi.








Maka itulah pleasure yang berjaya tersenarai dalam The Pleasure of November. SS ingat iPhone 4S akan menjadi my greatest pleasure utk this month tapi pelancaran kat Malaysia kene delay la pulak sehingga ke 16 Disember. Tak pa lah. Kita tunggu dan lihat lah ye apakah SS punya pleasure di bulan 12. Bagaimana pulak dengan anda semua? Penilaian terhadap pleasure yang dinikmati akan membuatkan kita happy. Selamat bergembira semua. ^_^






Wednesday, November 23, 2011

The Top 10 Things of Rite Now 4


1. iPhone 4S






Terjual lah iPhone 4S sebanyak 4 juta dalam masa 3 hari dilancar. SS mmg nak beli sangat sejak dengar pelancaran iPhone 4S nie pada Oktober. Masalahnye, dah sebulan lebih menanti, tak masuk2 jugak iPhone 4S ke Malaysia sedangkan Singapura dah lama menikmati kemantapan iPhone 4S. Khabar terbaru, iPhone 4S akan masuk Malaysia 16 Disember nie. Teruja sangat nak main dengan Siri dan kamera 8MP iPhone 4S. Hehe. Jom beli. Alah, dengan contract bersama Maxis, semestinya harga iPhone 4s akan menjadi murah n mampu dimiliki oleh semua. ^_^


2. O'briens





O'briens adalah restoran yang menhidangkan sandwich Irish yang macam sedap. Kecur saliva SS melihat sandwich dengan cheese yang dimapan bersama daging slice yang kemas terhidang. SS mmg suka benda yang baru, so, nanti SS nak try sandwich di O'briens. Semestinya pengalaman menikmari O'briens akan dikongsi bersama readers sekalian di sini. Hehe.


3. Awaken Giant Within


Buku nie adalah satu buku Self-Help yang cukup memberi inspirasi dan motivasi kepada SS. Kini, SS lebih bersemangat dan berjaya mengawal apa yang perlu dikawal dlm body dan soul SS. Buku ini mengajar ttg bagaimana nak buat true decision, mcm mana nak link pain & pleasure ke pada perspektif supaya perubahan berjaya dilakukan. Semuanya diulas dan dikorek dari akar umbi oleh Tony Robbins. SS recommend dapatkan lah buku nie di mana2 kedai buku berdekatan ye. 






4. Puss in Boots


Kecomelan Puss in Boots mmg tidak dapat dinafi especially bila die buat signature pose mata die yang bulat bersinar tu. Adakah kejayaan dan kemantapan Puss In Boots akan berjaya menjadi setanding dengan Shrek? Stay tuned. Sementara tu, SS mmg nak sangat berkunjung ke cinema utk bermesra n meng mioww bersama Puss in Boots. Release date : 24 Nov.





5. Twilight : Breaking Dawn part 1





Plss....perlu ke Breaking Dawn ada part 1 and part 2, sama mcm Harry Potter and Deahtly Hallows? Kan boleh je buat 3 jam mcm The Lord of The Rings : The Return of The King? Its okey. I phm. Nak duit lebih. Tidak mengapa. SS tak sabar nak tgk aksi2 werewolf dan vampires yang asyik dok berebut Bella. Sweet kan adegan romantik dalam Twilight nie. Suke! Release date : 24 Nov.


6. AMA @ American Music Awards 2011


Artist of The Year telah ditabal dan siapakah artist itu? Taylor Swift. Oh my....Im expecting Adele sebab die mmg mantap gile dari segi penjualan album n singles utk tahun 2011 nie. Nampaknya peminat remaja mmg menggila kat Taylor Swift. Anyway, maybe Taylor Swift menang dari segi kuantiti tapi Adele menang dari segi kualiti. Bagi membuktikan semua nie, kita tunggu Grammy ye. SS tak benci Taylor Swift malah she is one of my favorita in music, tapi I think Adele more deserve to win. 


7. ComeBuy


Sedap minum ComeBuy. Hari tu SS beli Grass Jelly Milk Tea. Sedap gile! Bercream sangat. Then, dapat free satu coffee..(ade promotion)....Sedap!


8. Tutti Frutti


Ramai orang yang tak puas hati dengan harga mahal Tutti Frutti tetapi ramai jugak yang ketagih nak merasa lagi kesedapan Tutti Frutti. Yeah. Benda2 yang sedap nie mmg mahal. Mana ada murah. So, SS yang tak merasa lagi Tutti Frutti nie mmg nak merasa sangat suatu hari nanti dek kerana populariti dan kontroversi yang dicetus oleh Tutti Frutti. Here i come, TF! 


9. Topman AAA 








AAA Collection daripada Topman sememangnya akan menyerlahkan anda sebagai seorang bintang Rock n Roll yang bersinar2. Check la nanti kat Suria KLCC tak pown kat Mid Valley. 


10. Bershka


Okey, nie adalah jenama fashion terbaru yang ada kaitan dengan Zara dan Pull&Bear. Hari tue SS dah melawat butik die kat One Utama. Hurm. Quite interesting tapi rasa masih lagi tak berminat nak beli. 



Sunday, November 20, 2011

Online Ordering


1. Kredit harus diberi kp Domino's Pizza kerana menjadi restoran dominan di Malaysia yg menawarkan khidmat online ordering. Malah online ordering yg ditawarkan cukup efektif dan efisyen.


2. Sesungguhnya, online ordering cukup memudahkan para pelanggan urban utk menyantap makanan kegemaran masing2 dgn hanya klik di dpn komputer ataupun iPhone (dan juga smartphone yang lain). 


3. Justeru, Mcd, KFC, Subway, Pizza Hut, Carl's Jr dll yg seangkatan harus menyediakan khidmat online ordering. Namun, SS phm. Mereka belum bersedia. Yg bersedia hanya lah Domino's Pizza.


4. Semoga McD, KFC, Subway, Pizza Hut, Carl's Jr. dll. memantapkan jentera ke arah mempunyai kapasiti yg mencukupi utk akhirnya menawarkan online ordering.


5. Rangkumannya, online ordering di Malaysia wajar diperluas supaya pelanggan lebih puas. Malah, perluasan kepada kepuasan itu tidak lah dilimitasi kepada restoran, kedai2 barang seperti IKEA, dan barang2 konsumer lain jgk boleh buat online ordering. 


6. SS percaya, ekonomi Malaysia akan bertambah baik dengan perluasan khidmat online ordering.




Saturday, November 19, 2011

Awaken The Giant Within


Kadang kala, bom kebosanan yg meledak tidak dapat dielak. Lantas, terdamparlah SS di pantai sepi dihembus bayu kesunyian yg menampar2 'lembut tapi berbisa' muka SS. Tatkala termenung dlm melayan keheningan di pantai sepi itu, SS pun mengambil keputusan utk melawat MPH lalu pergi ke ruangan Self Help. Dalam dok mencari2 buku yang nak dibeli, ternampaklah kelibat Awaken The Giant Within by Anthony Robbins.


Tertera di muka kulit depan, 'How to Take Immediate Control of Your Mental, Emotional, Physical and Financial Destiny!'. Statement ini meransang lantas meyakinkan SS utk beli.


Adakah buku ini berjaya menjadikan SS lebih gembira? Adakah ini Self Help yg SS perlukan? Adakah buku ini memberi motivasi dan inspirasi yang mencukupi?


Yeah, sememangnya. Kini SS lebih gembira meneroka lautan psikologi dengan kelibat sudut perspektif yg lebih jelas. Now, destiny and belief r the big words.


Wahai ulat buku sekalian, ini adalah satu buku lagi utk anda ratah. ^_^






Friday, November 18, 2011

Syiman's Review - The Adventures of Tintin


Sejak dapat tahu ttg gabungan Steven Spielberg dgn Peter Jackson utk penghasilan fillem The Adventures of Tintin, SS cukup teruja. Sangat2 teruja. Iyalah, dua pengarah besar Hollywood, bergabung.


Bagaimanakah hasil gabungan nie? Adakah Peter Jackson dan Steven Spielberg mempunyai chemistry yg mapan utk menghasilkan movie yang mantap?


Persoalan di atas dibayangi oleh dua kehairanan; pertama, siapakah itu Tintin? Kedua, mengapa perlu Tintin; siri kartun yang menjadi pilihan Jackson dan Spielberg utk bergabung? Mengapa bukan filem seperti The Lord of The Rings dan War of Worlds? Akhirnya persoalan tersebut terjawab dgn kelegaan dan kegembiraan selepas menonton The Adventures of Tintin di GSC One Utama.


Trademark Spielberg; pacuan adventure yg padat lagi sarat ditambah dengan humor yang relevan, teradun baik dengan trademark Jackson; penampilan grafik sensasi dengan gaya berkualiti - maka lahirlah The Adventure of Tintin di layar perak.


Tidak perlulah SS secara spesifik menceritakan plot cerita Tintin ni kerana SS recommend semua turun padang menyaksikan filem nie di pawagam berdekatan dengan anda, dan indulge in every second setiap scene of Tintin. 


Cinematography - A
Lakonan - A
Pengarahan - A
Plot Citer - A



Tuesday, November 15, 2011

Syiman's Review - Blockbuster Foursomes


SS dah tgk 4 movie yang mantap dari segi kutipan jualan box office, namun adakah kemantapan jualan itu seiring dengan kemantapan kualiti yang ditayangkan? Mari SS nak review satu per satu. Apakah 4 movies yang SS dah tgk tu? Semestinya Transformer 3, Green Lantern, The Hangover 2 dan Bad Teacher.


Transformer 3


Heroin, Rosie Huntington-Whiteley mmg teruk sangat berlakon, seteruk slang dan cara bercakap dengan pemilihan nama pentas. Apa yang istimewa sangat pompuan nie sampai nak dipilih oleh pengarah, SS pown tak tau. I say, Megan Fox lagi better. Maybe Rosie nie cantik dan body pun lawa, tapi kalau dah lakonan pun teruk, tak guna jgk sebab dalam movie, seorang actress kene jadi pelakon, bukan jadi model. 


Plot citer sangat berterabur dan agak boring di awal plot. Namun, kredit kepada cinematography dan kesan graphic yang mantap di 3/4 plot citer. 


Cinematography - A
Lakonan - C
Pengarahan - C+
Plot Citer - C






Green Lantern


Now I know why para pengkritik di Metacritic tak suka dengan Green Lantern. Sebab SS pown tak suka. Cara pengarah membawa dan menggarap Green Lantern ke movie mmg cukup teruk. Pelbagai objek hijau dan kesan graphic khas x berjaya sebagai pancingan bagi SS utk melabelkan Green Lantern sebagai movie yang syok.


Cinematography - B-
Lakonan - C
Pengarahan - C-
Plot Citer - C






The Hangover 2


Yang special ttg movie nie adalah jalan citer yang unik. Inilah komedi intelek yang harus ditonton. Persona pelakon dengan pembawakan watak masing jugak mantap, Inilah friendship + adventure + comedy. Dan, Mr. Chow sangat over. LOL


Cinematography - B
Lakonan - B
Pengarahan - B
Plot Citer - B+






Bad Teacher


Persona Cameron Diaz sememangnya mengagumkan. 


Cinematography - B
Lakonan - B+
Pengarahan - B+
Plot Citer - B





11.11.11


November 2011 ada 2 tarikh yang cantik. 1.11.11 dan 11.11.11. Setelah bercerita tentang 1.11.11, skrg nie SS nak bercerita pulak ttg apa yang terjadi pada 11.11.11. Sememangnya banyak perkara yang terjadi. Mari kita menyelak satu demi satu rentetan peristiwa yang terjadi pada SS. 


Pertamanya, SS g Suria KLCC ukt mencari underwear di Topman. Tapi tak jumpe. Sempat la jgk try AAA Collection yang menyerlahkan penampilan rock&roll SS..Hehe..Then, terjumpa lah kawan lama yg bernama Faris. Mmg lama gile tak jumpe akhirnya jumpe jgk Siap bergambar lagi. Mmg syok. Then, die pown blah, n SS pown bermonolog, "Oh my gosh, today is 11.11.11! So, how to celebrate this??". Setelah befikir agak lama sambil makan Subway di Foodcourt Suria KLCC, then SS pown ambil keputusan utk have fun bersama Hadi dan Faizan di Bukit Bintang. Oh yeah. Lantas, bertolaklah SS ke Vista Angkasa. 








Di Vista Angkasa, Hadi & Faizan bersama SS pown bersedia utk ke Bukit Bintang. Nek LRT dari Universiti ke Dang Wangi then tukar nek Monorail lak ke BB. SS pown ajak lah makan kat The Ship. Owh yeah. Mmg tersangat suka atmosphere dalam The Ship, Maka berlayarlah kitorang dengan juadah masing, Hadi dengan Chicken Ala Kiev (sama dengan SS), dan Faizan dengan Crispy Spring Chicken. Mmg mantap lagi sedap sangat makanan dlm The Ship tu. Lepas nie mmg nak berlayar lagi dengan sailor2 yang ada dlm tu. Hehe.












Maka begitulah kemantapan 11.11.11 utk SS. Suke. ^_^

Saturday, November 5, 2011

HD


1. Seiring dengan perkembangan teknologi dalam produk TV yang menawarkan HD sebagai produk berkualiti abad ini, percambahan orang yang HD juga semakin menjadi-jadi. Siapakah HD itu? Tidak lain dan tidak bukan of coz lah orang yang Hasad Dengki.


2. Orang HD nie adalah cukup berbahaya dalam komuniti. Daripada HD lah berlakunya kegilaan dalam komuniti; sebagai contoh - kes simbah asid. Penyimbahan asid adalah teknik orang yang gila yang mana kewarasannya hilang dek kerana hasad dengki yang membuak-buak melebihi boiling point. Lagi satu kriteria orang HD nie adalah dia suka tikam orang dari belakang.


3. Antara orang HD yang SS penah jumpa adalah Awang daripada KUTKM dan Shahril daripada Sharp.


4. SS pernah terkena dengan angkara orang HD nie beberapa kali dan harus diingat, dunia yang semakin kejam dan hakisan peradaban mulia ini menyaksikan situasi berhadapan dengan orang HD nie x boleh dielakkan. Lalu, kita harus memikirkan ttg bagaimana utk meneutralkan angkara orang HD nie supaya kesan daripada orang HD ini dapat diminimumkan.


5. Langkah pertama dan asas adalah mengetahui ttg kriteria orang HD. Langkah mudah nak tau orang HD nie adalah backstabber ataupun tikam dari belakang. Orang yang tak HD tak akan tikam orang dari belakang. Setelah mengetahui dan mengenal pasti siapa orang HD, seterusnya ialah menjauhi golongan HD nie. Kita tak perlu nak berkawan dengan orang HD. Pastikan tindakan anda menjauhi dan perasaan tidak suka kepada orang HD nie adalah jelas dan terserlah.


6. Kalau langkah menjauhi/tak berkawan dengan orang HD nie kurang anda suka sikit, maka SS nak cadangkan satu lagi langkah utk kita praktik. Hujah. Ataupun Argument. Yeah, utk melawan orang HD nie kita tak boleh balas dengan tikam dari belakang sebab tikam dari belakang hanya teknik yang digunakan oleh orang yang pengecut dan tidak bermaruah. Dan lagi satu kita tak boleh ikut rentak orang yang tikam dari belakang kita. Kita kena gune teknik lain utk menang dalam game nie.


7. Sambung pasal hujah. Hujah adalah senjata yang mantap utk mengalahkan orang HD. Hasad dengki adalah perkara yang salah justeru orang HD nie adalah golongan yang salah. Utk mengalahkan orang yang salah kite kene guna hujah. 


8. Contoh, kalau orang HD tikam dari belakang dengan mengadu kepada bos anda di tempat kerja utk menjejaskan reputasi anda, balas dengan hujah dan terangkan kepada bos situasi sebenar. Kalau orang HD itu adalah orang yang mempunyai kuasa, maka balas dengan kuasa hujah. Mungkin anda boleh hentam die di blog seperti mana SS buat. Dengan itu jg leh orang ramai tahu situasi sebenar. 


9. Nasihat SS kepada orang HD, tak best pown melakukan pelbagai teknik utk menjatuhkan orang yang anda dengki. Usaha anda hanya akan menambahkan stress, dan merosakkan minda. Apa kata kita hidup dalam harmoni sebab keadilan adalah satu perkara yang tetap dan tidak akan berubah. Itulah janji dan hukum daripada Dia. 




1.11.11


1.11.11 adalah tarikh yang cukup cantik. Jadi, adakah ini membawa maksud bulan November 2011 adalah bulan yang cantik terisi dengan pelbagai keriangan? Hopefully.


Jadi buat pengetahuan bagi sesiapa yang nak tahu, November 1 adalah bday Aishwarya Rai. For me, 1.11.11 membawa maksud I'm in relationship. No more single mingle. ^_^


Di bulan yang cantik nie mari kita plan dengan cantik. SS nak start dengan penggunaan my Pleasure Quota. Rasenye, my greatest spending of Pleasure Quota gonna be iPhone 4S.Tak sabaq sangat iPhone 4S masuk Malaysia. SS akan jadi orang yang pertama grab iPhone 4S bile dapat tau benda alah tu dah masuk Malaysia. Hehe. And also, after spending on iPhone 4S, rasenye second biggest spending of Pleasure Quota gonna be Hard Rock Cafe. Nak makan diorang punyer Legendary Burger. ^_^


Bercakap pasal quota, SS dah gune some of my 15GB P1 Wimax on downloading Transformer 3, The Hangover part 2 & Green Lantern. Gonna do movie marathon! Hehe.


Jangan lupe, bulan November nie menjanjikan rangkaian movie yang syok di cinema. Ada 3 filem SS nak highlite : The Adventures of Tintin, Twilight : Breaking Dawn & Puss In Boots. Jom tgk!


Dan, musically speaking, 20 November nie akan berlangsung American Music Award. Excited sangat nak tau result Artist of The Year. Adakah ADele? Ataupun Lady Gaga?


See, November adalah bulan yang syok dan penuh dengan keriangan. Pelbagai keriangan jugak akan berlaku di The Diary of Syiman Syareman. ^_^ Enjoy ur November, everybody!