Monday, January 31, 2011

Aussie Kim


1. Tahniah kepada Kim Clijster dan Novak Djokovic yang telah berjaya menggunguli Grand Slam pertama untuk 2011, Australian Open 2011. Kim Clijster telah mengalahkan Li Na di final manakala Novak Djokovic telah mengalahkan Andy Murray, malah di semifinal telah mengalahkan Roger Federer, juara bertahan utk Australian Open 2010.

2. Ini adalah title Grand Slam pertama bagi Clijster di Australia, yang mana menjadikan Clijster kini berada di ranking #2 dunia dalam klgn wanita, ranking tertinggi Clijster sejak membuat comeback daripada persaraan. Buat Djokovic, ini adalah kemenangan kedua dalam Australian Open. Namun, di sebalik semua pencapaian ini, spotlight harus dituju kepada Li Na.

3. Siapakah Li Na? Li Na adalah pemain Cina pertama yang berjaya membuat kemunculan di final Grand Slam tenis. Berjuta-juta penduduk Cina memberikan harapan dengan menyaksikan aksi Li Na di televisyen masing2. Namun, kedudukan Li Na sebagai Naib Juara sudah cukup memberikan amaran awal bahawa pemain dari China itu akan meneruskan momentum untuk menggegarkan lagi Grand Slam yang akan datang.

4. Sesungguhnya, salah satu kepuasan yang paling klimaks adalah apabila kita berjaya menerobos dan mengecapi kejayaan dalam perkara yg sekian lama menjadi dominasi golongan tertentu. Li Na telah ada kuasanya. Justeru, bila pemain Melayu/Malaysia yg akan menggegarkan salah satu arena sukan yang berpengaruh dan popular di dunia ini?

5. Li Na telah mencetuskan motivasi kepada kita semua.


Kim Clijster




Novak Djokovic




Andy Murray




Li Na


Persaingan sengit antara Novak Djokovic dan Andy Murray di Final :



Monday, January 24, 2011

KFC Perlu Mencontohi McDonalds

1. KFC banyak memberikan khidmat kepada komuniti dengan menyajikan kita dengan hidangan Snack Plate dan Dinner Plate yang cukup sedap dan lazat. Malah, Chezzy Wedges dan Zinger Burger cukup hebat dalam menggegarkan nafsu makan.

2. Namun, di sebalik kesedapan hidangan KFC, ada kecacatan yang perlu dilakukan penambahbaikan iaitu pada sistem pengurusan di setiap cawangan KFC terutamanya KFC di bandar2 besar yang mendapat kunjungan pelanggan yang ramai. Sistem pengurusan yang lemah seperti mana yang terdapat di KFC ini menyebabkan suasana kerja di KFC adalah begitu huru-hara.

3. Sistem MOD (Manager on Duty) perlu penambahbaikan. Setiap shift perlu disertakan dengan ramai manager, bukan seorang sahaja manager. Sistem staf yang berkerja pula tidak boleh dibebani dengan kerja overtime yang melampau-lampau. Restoran yang kekurangan staf tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya disusulkan dengan tindakan pantas bagi mengatasi perkara ini kerana suasana kerja yang tidak sihat akan menyebabkan penggerak restoran (manager dan staf) juga akan menjadi tidak sihat dari segi mental mahupun fizikal.

4. KFC perlu mencontohi McDonalds dari segi sistem pengurusan yang efisien dan mantap. Di McDonalds, 4 manager menjadi penggerak restoran untuk satu-satu shift. Setiap cashier juga dibantu dengan packer yang mana menjadikan suasana kerja lebih menyenangkan dan kondunsif. Sistem yang diamalkan di McDonalds menyebabkan bukan sahaja keuntungan yang diperoleh McD lebih tinggi daripada KFC, malah fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan juga lebih jitu. Daripada fokus yang padu itu, usaha kebajikan daripada McD utk komuniti juga lebih hebat berbanding KFC.

5. Kekalutan yang terjadi di KFC perlu diatasi. Jika tidak, maka teruslah KFC berada di takuk lama, ibarat negara dunia ketiga yang jauh ditinggalkan oleh negara dunia pertama.


Tuesday, January 18, 2011

Majoriti Jangan Sesuka Hati


1. SS ingin memperkenalkan dua jenis golongan manusia lagi yang terdapat di dunia ini. Yang pertama, golongan yang dinamakan sebagai majoriti. Golongan yang kedua, minoriti.

2. Golongan majoriti seperti kita semua sedia maklum adalah golongan yang mana mempunyai kelebihan daripada segi kuantiti dan begitulah sebaliknya bagi minoriti.

3. Perangai yang selalunya ada pada golongan majoriti ini ialah memandang rendah pada minoriti, malah melakukan pelbagai diskriminasi dan buli pada minoriti. Mereka rasa kuat dan yakin bahawa golongan minoriti ini tiada kuasa mahupun daya untuk melawan kembali perangai buruk dan onar oleh golongan majoriti. Kerana apa? Kerana mereka lebih daripada segi kuantiti.

4. Ironinya, golongan minoriti lah yang lebih berkuasa dan maju daripada majoriti.

5. Singapura lebih maju daripada Malaysia daripada segi kedudukan di peringkat antarabangsa. Israel lebih maju daripada negara2 besar di sekitarnya, malah sampai sekarang masih wujud sebagai sebuah negara walaupun tidak diiktiraf. Yahudi adalah bangsa minoriti dunia yang menjadi pencorak kepada ekonomi, sosial dan politik dunia.

6. Hakikat daripada simbiosis hidupan juga menunjukkan bahawa golongan minoriti lah yang lebih hebat dengan menjadi pemangsa kepada mangsa yang lebih banyak kuantitinya.

7. Sesungguhnya, kuantiti bukanlah segala-galanya untuk membuatkan majoriti berasa selesa. Kepada golongan majoriti - minoriti bukanlah untuk dibuli, tetapi untuk diberi layanan adil sesuai dengan prinsip untuk melahirkan komuniti harmoni. Buli dan diskrimasi daripada majoriti hanyalah intipati kepada resipi buat minoriti untuk menjadi lebih berkualiti.

8. Justeru, golongan minoriti tidak perlu untuk rasa tersisih lantas sedih dengan diskriminasi dan buli yang diplotkan oleh golongan majoriti. Biarlah golongan majoriti dengan perangai mereka yang sedemikian kerana kelak, masa depanlah yang menentukan bahawa minoriti sentiasa berada di atas golongan majoriti.








Friday, January 14, 2011

Skandals-Oriented


1. Dalam dunia ini, ada dua jenis manusia, iaitu golongan yang berorientasikan skandals dan golongan yang berorientasikan kawan.

2. Golongan manakah yang lebih baik? Sesungguhnya, untuk menjawab soalan ini, terpulanglah kepada perspektif masing2 kerana ia adalah soalan yang cukup subjektif.

3. Namun, bagi SS, golongan yang berorientasikan skandals adalah golongan yang cukup berada dalam kerugian. Mereka berada dlm kerugian kerana mereka dipengaruhi oleh gelora jiwa dek tsunami hormon yg memancut-mancut yang mana membutakan mereka untuk melihat bahawa dari segi jangka masa panjang, kawan lah yang menyumbang lebih banyak manfaat berbanding skandals.

4. Memang seronok untuk bermesra dengan skandals namun keseronokan tersebut hanyalah sementara kerana sesungguhnya keseronokan yang bertunjangkan nafsu serakah tidak mampu untuk bertahan lama. Dan apabila keseronokan tersebut telah hilang, siapakah yang akan anda tuju untuk mengadu? Semestinyalah, kawan baik.

5. Namun, adakah kawan baik itu akan melayan aduan anda sedangkan anda telah mengabaikan dia sepanjang tempoh anda melayan skandals2 itu? Justeru, sekarang adalah masanya untuk golongan yang berorientasikan skandals berfikir kembali samada mereka masih mahu tergolong dalam golongan yang berorientasikan skandals ataupun berorientasikan kawan.

Thursday, January 13, 2011

Muka Buku


1. Di Metacritic, para pengkritik filem telah mengangkat The Social Network, sebagai filem terbaik bagi tahun 2010. Filem ini dianggarkan telah mengumpul kutipan USD200 juta seluruh dunia.

2. Mark Zuckerberg pula telah dilabel sebagai Person of The Year 2010 daripada majalah Time.

3. Sehingga Januari 2011, Alexa telah menyenaraikan Facebook sebagai website kedua paling sibuk selepas Google.

4. Pertumbuhan kasar sebanyak USD800 juta telah dicatatkan oleh Facebook pada 2009 sahaja.

5. Sekurang-kurangnya 500 juta penduduk dunia telah menjadi pengguna aktif Facebook, dengan dianggarkan 41% daripada populasi Amerika Syarikat sahaja telah menjadi pengguna Facebook.

6. Justeru, adakah satu perkara yang rasional lagi relevan untuk menutup Facebook atas segala pengaruh dan kejayaan yang telah dikecapi ini?

7. Mark Zuckerberg dan Facebook pasti akan membuat kenyataan rasmi jika benar Facebook akan ditutup. Berita ini hanyalah propaganda daripada Weekly World News yang sengaja ingin mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk dunia. Weekly World News jugalah yang bertanggungjawab menyebarkan berita bahawa Michelle Obama sedang mengandung.

8. Kenyataan Mark Zuckerberg di ruang 'About Me' di profil Facebook tidak pernah berubah, 'I'm trying to make the world a more open place by helping people connect and share'.

9. Selagi kenyataan itu tidak berubah, maka selagi itulah Facebook akan terus memberikan khidmat dalam menghubungkan kita dengan kawan-kawan yang tersayang.


Monday, January 10, 2011

Who's That Girl? What's My Name?


1. Who's that girl? Girl itu namanya Ana Rafali. Bermula daripada Youtube, seterusnya ke pentas Anugerah Juara Lagu 25 dan, kini sudah pun menjadi Juara Lagu yang ke 25.

2. Jika di permulaan sudah menjadi Juara Lagu yang ke-25, jadi apakah yang akan terjadi pada langkah2 yang seterusnya buat Ana Rafali? Adakah momentum ini bakal diteruskan melalui chart topping singles, album yang terjual berpuluh2 ribu unit dan melariskan majalah dengan menghiasi muka depan?

3. Jika di permulaannya sudah pun gah, sampai Faizal Tahir pun kalah, maka diharap seterusnya masih megah.


Ulasan lain ttg AJL 25

-Persembahan 3 diva, Sharifah Aini, Siti Nurhaliza dan Ziana Zain cukup komprehensif. Masing2 menunjukkan kelebihan dan keunikan vokal masing2. Masih mantap. Masih padu. Masih jitu.

-3 pengacara pada mlm tu, Ally, Cheryl dan Faizal mcm agak skema dan kaku. Masih belum menandingi gandingan Aznil Nawawi dan Sarimah Ibrahim.

-Persembahan Faizal Tahir mmg mantap. Vokal, music, performance were good. Actually, I'm expecting Faizal Tahir yang akan menggondol trofi AJL 25.

-I like persembahan daripada Tomok, Stacy dan Hujan. Mantap. Impresif.








Friday, January 7, 2011

Katy Perry Ain't Syerry Berry


1. Tahniah kepada Katy Perry yang telah berjaya meraih 'Favorite Female Artist' di Anugerah People's Choice Award yang ke-37 berlangsung baru-baru ini.

2. Katy Perry telah mengalahkan diva-diva music yang lain termasuklah Carrie Underwood, P!nk, Taylor Swift dan Lady Gaga.

3. Profil Katy Perry semakin cemerlang. Buah tangan terbaru Katy Perry, Teenage Dream, melahirkan 3 single hits yang masing2 meraih #1 di carta Billboard Hot 100. Lagu-lagu itu ialah California Gurls, Teenage Dream dan Fireworks. Malah, singles Katy Perry seperti Thinking of You, Hot n Cold dan I Kissed A Girl masih lagi terngiang-ngiang di telinga.

4. Saksikanlah persembahan Katy Perry di Late Show with David Letterman dan juga music video bagi ketiga-tiga single hits Katy Perry yang terbaru.














Tuesday, January 4, 2011

Bumi yang Lebih Sejuk : Ke Arah Itu


1. Jikalau pada suatu hari nanti, Bumi sudah tidak tahan dengan global warming yang terjadi, lalu kita pun tidak keruan mencari-cari planet sebagai pengganti.

2. Antartika dan Artik sudah semakin mengecil. Kita semua dapat rasai betapa bahangnya kepanasan apabila suhu dari matahari dengan sesuka hati sampai ke lantai Bumi tanpa penapisan yang efisien dari ozon.

3. Panasonic sudah memperkenalkan sistem peralatan elektronik berorientasikan mesra alam sekitar. Syarikat pengeluar automobil antarabangsa mahupun Proton kini giat dalam penyelidikan dan pengeluaran kereta hybrid.

4. Kita selaku komuniti Bumi mempunyai peranan. Penyelidikan harus digiat dan dilebarkan termasuklah kepada pengeluaran motorsikal hybrid ataupun pengkomersialan basikal elektrik. Golongan pengguna perlu memberi sokongan dengan beralih kepada barangan yang mesra alam. Golongan perokok harus mengurangkan penghisapan malah berhenti menghisap. Pemerintah sesuatu negara seyogia membangunkan sumber tenaga yang mesra alam sebagai penggerak tenaga di negara masing2.

5. Demi menghalang Bumi menjadi neraka dunia, marilah setiap daripada kita memainkan peranan yang tersendiri.


Sunday, January 2, 2011

Hutang : Jangan Sampai Terkangkang


1. Hutang merupakan satu elemen yang sudah menjadi kebiasaan dlm kalangan kita mahupun komuniti global. Pinjaman pembiayaan kereta, rumah, perniagaan, pendidikan mahupun peribadi, bil kad kredit adalah dalam kategori hutang. Dengan itu, rasanya 90% daripada kita berada dalam status berhutang.


2. Situasi dalam PTPTN menunjukkan bagaimana ramai yang berhutang tidak mahu bayar hutang. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said pun sudah pening kepala apabila 191,262 peminjam PTPTN tidak pernah membayar balik hutang yang telah mereka lakukan, menyebabkan RM2.9 billion gagal dikutip.


3. Akibat daripada hutang juga, berlakulah lambakan golongan muflis muda yang mana jumlahnya 38,357 berusia 25-44 tahun (dlm tempoh 65 bln hingga Mei 2010-Jabatan Insolvensi).


4. Hutang adalah satu perkara yang mana kita perlu berjaga-jaga. Berhutang harus disusuli dengan dua prinsip kewangan yang sihat, iaitu pertama, menyegerakan pembayaran hutang dan kedua, berhutang apabila perlu sahaja.


5. Satu strategi peribadi yang mantap apabila berhutang adalah perlu bagi setiap daripada kita.


6. Hutang adalah ibarat labah2 Black Widow. Jangan menjadi seekor nyamuk yang terperangkap dalam jaringan sarang labah2 Black Widow kerana anda akan cukup terseksa dibunuh oleh bisanya. Sebaliknya, jadikan hutang itu labah2 Black Widow jantan dan jadilah labah2 betina Black Widow yang lebih besar dan berbisa dari labah2 Black Widow jantan.


7. Bagaimana boleh menjadi labah2 Black Widow betina dalam strategi berhutang ini? Iaitu, dengan memastikan aliran tunai ke dalam akaun duit melebihi daripada aliran tunai yang keluar. Bagaimana pula boleh menjadikan perkara itu direalisasi?


8. Dengan berkerja kuat segala kudrat.


9. Jika tidak mampu, jangan berhutang, kerana setiap kegagalan dalam berhutang adalah seperti menitiskan nila ke dalam kitaran susu ekonomi komuniti lalu melambatkan proses ke arah negara dengan rakyat berpendapatan tinggi.