Tuesday, January 4, 2011

Bumi yang Lebih Sejuk : Ke Arah Itu


1. Jikalau pada suatu hari nanti, Bumi sudah tidak tahan dengan global warming yang terjadi, lalu kita pun tidak keruan mencari-cari planet sebagai pengganti.

2. Antartika dan Artik sudah semakin mengecil. Kita semua dapat rasai betapa bahangnya kepanasan apabila suhu dari matahari dengan sesuka hati sampai ke lantai Bumi tanpa penapisan yang efisien dari ozon.

3. Panasonic sudah memperkenalkan sistem peralatan elektronik berorientasikan mesra alam sekitar. Syarikat pengeluar automobil antarabangsa mahupun Proton kini giat dalam penyelidikan dan pengeluaran kereta hybrid.

4. Kita selaku komuniti Bumi mempunyai peranan. Penyelidikan harus digiat dan dilebarkan termasuklah kepada pengeluaran motorsikal hybrid ataupun pengkomersialan basikal elektrik. Golongan pengguna perlu memberi sokongan dengan beralih kepada barangan yang mesra alam. Golongan perokok harus mengurangkan penghisapan malah berhenti menghisap. Pemerintah sesuatu negara seyogia membangunkan sumber tenaga yang mesra alam sebagai penggerak tenaga di negara masing2.

5. Demi menghalang Bumi menjadi neraka dunia, marilah setiap daripada kita memainkan peranan yang tersendiri.


No comments:

Post a Comment