Sunday, January 2, 2011

Hutang : Jangan Sampai Terkangkang


1. Hutang merupakan satu elemen yang sudah menjadi kebiasaan dlm kalangan kita mahupun komuniti global. Pinjaman pembiayaan kereta, rumah, perniagaan, pendidikan mahupun peribadi, bil kad kredit adalah dalam kategori hutang. Dengan itu, rasanya 90% daripada kita berada dalam status berhutang.


2. Situasi dalam PTPTN menunjukkan bagaimana ramai yang berhutang tidak mahu bayar hutang. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said pun sudah pening kepala apabila 191,262 peminjam PTPTN tidak pernah membayar balik hutang yang telah mereka lakukan, menyebabkan RM2.9 billion gagal dikutip.


3. Akibat daripada hutang juga, berlakulah lambakan golongan muflis muda yang mana jumlahnya 38,357 berusia 25-44 tahun (dlm tempoh 65 bln hingga Mei 2010-Jabatan Insolvensi).


4. Hutang adalah satu perkara yang mana kita perlu berjaga-jaga. Berhutang harus disusuli dengan dua prinsip kewangan yang sihat, iaitu pertama, menyegerakan pembayaran hutang dan kedua, berhutang apabila perlu sahaja.


5. Satu strategi peribadi yang mantap apabila berhutang adalah perlu bagi setiap daripada kita.


6. Hutang adalah ibarat labah2 Black Widow. Jangan menjadi seekor nyamuk yang terperangkap dalam jaringan sarang labah2 Black Widow kerana anda akan cukup terseksa dibunuh oleh bisanya. Sebaliknya, jadikan hutang itu labah2 Black Widow jantan dan jadilah labah2 betina Black Widow yang lebih besar dan berbisa dari labah2 Black Widow jantan.


7. Bagaimana boleh menjadi labah2 Black Widow betina dalam strategi berhutang ini? Iaitu, dengan memastikan aliran tunai ke dalam akaun duit melebihi daripada aliran tunai yang keluar. Bagaimana pula boleh menjadikan perkara itu direalisasi?


8. Dengan berkerja kuat segala kudrat.


9. Jika tidak mampu, jangan berhutang, kerana setiap kegagalan dalam berhutang adalah seperti menitiskan nila ke dalam kitaran susu ekonomi komuniti lalu melambatkan proses ke arah negara dengan rakyat berpendapatan tinggi.


No comments:

Post a Comment