Monday, January 24, 2011

KFC Perlu Mencontohi McDonalds

1. KFC banyak memberikan khidmat kepada komuniti dengan menyajikan kita dengan hidangan Snack Plate dan Dinner Plate yang cukup sedap dan lazat. Malah, Chezzy Wedges dan Zinger Burger cukup hebat dalam menggegarkan nafsu makan.

2. Namun, di sebalik kesedapan hidangan KFC, ada kecacatan yang perlu dilakukan penambahbaikan iaitu pada sistem pengurusan di setiap cawangan KFC terutamanya KFC di bandar2 besar yang mendapat kunjungan pelanggan yang ramai. Sistem pengurusan yang lemah seperti mana yang terdapat di KFC ini menyebabkan suasana kerja di KFC adalah begitu huru-hara.

3. Sistem MOD (Manager on Duty) perlu penambahbaikan. Setiap shift perlu disertakan dengan ramai manager, bukan seorang sahaja manager. Sistem staf yang berkerja pula tidak boleh dibebani dengan kerja overtime yang melampau-lampau. Restoran yang kekurangan staf tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya disusulkan dengan tindakan pantas bagi mengatasi perkara ini kerana suasana kerja yang tidak sihat akan menyebabkan penggerak restoran (manager dan staf) juga akan menjadi tidak sihat dari segi mental mahupun fizikal.

4. KFC perlu mencontohi McDonalds dari segi sistem pengurusan yang efisien dan mantap. Di McDonalds, 4 manager menjadi penggerak restoran untuk satu-satu shift. Setiap cashier juga dibantu dengan packer yang mana menjadikan suasana kerja lebih menyenangkan dan kondunsif. Sistem yang diamalkan di McDonalds menyebabkan bukan sahaja keuntungan yang diperoleh McD lebih tinggi daripada KFC, malah fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan juga lebih jitu. Daripada fokus yang padu itu, usaha kebajikan daripada McD utk komuniti juga lebih hebat berbanding KFC.

5. Kekalutan yang terjadi di KFC perlu diatasi. Jika tidak, maka teruslah KFC berada di takuk lama, ibarat negara dunia ketiga yang jauh ditinggalkan oleh negara dunia pertama.


3 comments: