Tuesday, January 18, 2011

Majoriti Jangan Sesuka Hati


1. SS ingin memperkenalkan dua jenis golongan manusia lagi yang terdapat di dunia ini. Yang pertama, golongan yang dinamakan sebagai majoriti. Golongan yang kedua, minoriti.

2. Golongan majoriti seperti kita semua sedia maklum adalah golongan yang mana mempunyai kelebihan daripada segi kuantiti dan begitulah sebaliknya bagi minoriti.

3. Perangai yang selalunya ada pada golongan majoriti ini ialah memandang rendah pada minoriti, malah melakukan pelbagai diskriminasi dan buli pada minoriti. Mereka rasa kuat dan yakin bahawa golongan minoriti ini tiada kuasa mahupun daya untuk melawan kembali perangai buruk dan onar oleh golongan majoriti. Kerana apa? Kerana mereka lebih daripada segi kuantiti.

4. Ironinya, golongan minoriti lah yang lebih berkuasa dan maju daripada majoriti.

5. Singapura lebih maju daripada Malaysia daripada segi kedudukan di peringkat antarabangsa. Israel lebih maju daripada negara2 besar di sekitarnya, malah sampai sekarang masih wujud sebagai sebuah negara walaupun tidak diiktiraf. Yahudi adalah bangsa minoriti dunia yang menjadi pencorak kepada ekonomi, sosial dan politik dunia.

6. Hakikat daripada simbiosis hidupan juga menunjukkan bahawa golongan minoriti lah yang lebih hebat dengan menjadi pemangsa kepada mangsa yang lebih banyak kuantitinya.

7. Sesungguhnya, kuantiti bukanlah segala-galanya untuk membuatkan majoriti berasa selesa. Kepada golongan majoriti - minoriti bukanlah untuk dibuli, tetapi untuk diberi layanan adil sesuai dengan prinsip untuk melahirkan komuniti harmoni. Buli dan diskrimasi daripada majoriti hanyalah intipati kepada resipi buat minoriti untuk menjadi lebih berkualiti.

8. Justeru, golongan minoriti tidak perlu untuk rasa tersisih lantas sedih dengan diskriminasi dan buli yang diplotkan oleh golongan majoriti. Biarlah golongan majoriti dengan perangai mereka yang sedemikian kerana kelak, masa depanlah yang menentukan bahawa minoriti sentiasa berada di atas golongan majoriti.








No comments:

Post a Comment