Thursday, January 13, 2011

Muka Buku


1. Di Metacritic, para pengkritik filem telah mengangkat The Social Network, sebagai filem terbaik bagi tahun 2010. Filem ini dianggarkan telah mengumpul kutipan USD200 juta seluruh dunia.

2. Mark Zuckerberg pula telah dilabel sebagai Person of The Year 2010 daripada majalah Time.

3. Sehingga Januari 2011, Alexa telah menyenaraikan Facebook sebagai website kedua paling sibuk selepas Google.

4. Pertumbuhan kasar sebanyak USD800 juta telah dicatatkan oleh Facebook pada 2009 sahaja.

5. Sekurang-kurangnya 500 juta penduduk dunia telah menjadi pengguna aktif Facebook, dengan dianggarkan 41% daripada populasi Amerika Syarikat sahaja telah menjadi pengguna Facebook.

6. Justeru, adakah satu perkara yang rasional lagi relevan untuk menutup Facebook atas segala pengaruh dan kejayaan yang telah dikecapi ini?

7. Mark Zuckerberg dan Facebook pasti akan membuat kenyataan rasmi jika benar Facebook akan ditutup. Berita ini hanyalah propaganda daripada Weekly World News yang sengaja ingin mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk dunia. Weekly World News jugalah yang bertanggungjawab menyebarkan berita bahawa Michelle Obama sedang mengandung.

8. Kenyataan Mark Zuckerberg di ruang 'About Me' di profil Facebook tidak pernah berubah, 'I'm trying to make the world a more open place by helping people connect and share'.

9. Selagi kenyataan itu tidak berubah, maka selagi itulah Facebook akan terus memberikan khidmat dalam menghubungkan kita dengan kawan-kawan yang tersayang.


No comments:

Post a Comment