Friday, January 14, 2011

Skandals-Oriented


1. Dalam dunia ini, ada dua jenis manusia, iaitu golongan yang berorientasikan skandals dan golongan yang berorientasikan kawan.

2. Golongan manakah yang lebih baik? Sesungguhnya, untuk menjawab soalan ini, terpulanglah kepada perspektif masing2 kerana ia adalah soalan yang cukup subjektif.

3. Namun, bagi SS, golongan yang berorientasikan skandals adalah golongan yang cukup berada dalam kerugian. Mereka berada dlm kerugian kerana mereka dipengaruhi oleh gelora jiwa dek tsunami hormon yg memancut-mancut yang mana membutakan mereka untuk melihat bahawa dari segi jangka masa panjang, kawan lah yang menyumbang lebih banyak manfaat berbanding skandals.

4. Memang seronok untuk bermesra dengan skandals namun keseronokan tersebut hanyalah sementara kerana sesungguhnya keseronokan yang bertunjangkan nafsu serakah tidak mampu untuk bertahan lama. Dan apabila keseronokan tersebut telah hilang, siapakah yang akan anda tuju untuk mengadu? Semestinyalah, kawan baik.

5. Namun, adakah kawan baik itu akan melayan aduan anda sedangkan anda telah mengabaikan dia sepanjang tempoh anda melayan skandals2 itu? Justeru, sekarang adalah masanya untuk golongan yang berorientasikan skandals berfikir kembali samada mereka masih mahu tergolong dalam golongan yang berorientasikan skandals ataupun berorientasikan kawan.

No comments:

Post a Comment