Monday, February 28, 2011

Syiman's Review : Burlesque & I Am Number Four

Terdapat beberapa kayu ukur atau faktor yang SS letakkan dalam menilai sesuatu filem. Faktor itu adalah pengarahan, lakonan, plot cerita, dan cinematography. Filem yang SS nak ulas kali ini ialah I Am Number Four dan Burlesque, filem Hollywood terbaru yang sedang howt di pawagam seantero Malaysia.


I Am Number Four, filem adaptasi daripada novel dengan nama yang sama adalah sebuah filem aksi yang mempertaruhan Alex Pettyfer (Stormbreaker, Wild Child) dan Dianna Agron (Glee - TV Series) sebagai watak utama. Teresa Palmer, Callan McAuliffe pulak sebagai pelakon pembantu. Pengarahan daripada D. J. Caruso nampak ada beberapa kelemahan apabila pada 30 minit pertama, plot penceritaan tentang 'Siapakah itu Number Four?' terlalu lama malah tanpa aksi lalu menyebabkan filem berstatus aksi ini agak boring. Walau bagaimanapun, selepas plot penceritaan ini habis, aksi mantap malah mengagumkan yang dipapar menjadikan filem ini berbaloi utk ditonton sampai ke akhir. Justifikasi kepada aksi yang dipapar tidak seimbang bagi perjalanan filem selama 114 minit ini boleh diperbaiki lagi. Adalah elok supaya pengarahan filem I Am Number Four ini mencontohi pengarahan filem Spiderman oleh Sam Raimi dari segi keseimbangan paparan aksi di dalamnya.

Alex Pettyfer dan Dianna Agron adalah pelakon muda dalam Hollywood. Justeru, lakonan Pettyfer dan Agron dalam I Am Number Four juga 'muda'. Tak banyak yang boleh diulas tentang lakonan di sini samada oleh pelakon utama mahupun pelakon pembantu kerana semuanya biasa-biasa saja.

Alex Pettyfer


Dianna Agron


Plot cerita agak menarik. 9 makhluk asing berzahirkan tubuh badan manusia, dihantar ke Bumi setelah planet asal mereka ditakhluk oleh mahkluk asing yang jahat. 3 daripada 9 orang ini telah dibunuh. Number 1 dibunuh di Malaysia. Number 2 dibunuh di London. Number 3 pula di Kenya. Number 4, kini berusaha untuk mendalami keupayaan dan kuasa yang ada pada dirinya. Demi cinta dan maruah, maka bermulalah perjuangan Number 4 menuntut keadilan pada penjahat. Pengembangan jalan citer yang impresif dapat menjadikan filem ini bakal menjadi sebuah francise filem yang menarik setanding dengan Saw dan Harry Potter. Semoga, box office bagi filem ini mencatat prestasi positif hingga melahirkan sequel.

Pengarahan - C
Lakonan - C+
Plot Cerita - C
Cinematography - B

Overall - C+

Trailer I Am Number Four



Mari kita beralih kepada filem kedua yang ingin diulas, Burlesque.


Teraju yang menjadi pemangkin teruja kepada filem ini adalah kombinasi antara Christina Aguilera dan Cher. Dalam filem musical ini, Christina Aguilera tidak mempunyai masalah untuk menjayakan watak Ali, seorang gadis kampung berbakat besar dalam music yang ingin mencuba nasib di sebuah kelab persembahan music di LA. Lontaran vokal Christina adalah memukau dan beberapa persembahan dalam filem ini cukup menghiburkan. Namun, pelakon lelaki utama, Cam Gigandet, tidak begitu menyerlah dan hanya cukup2 syarat. Apa yang menyerlah adalah otot abs Gigandet dan aksi berbogelnya dengan tiada seurat benang pun melainkan kotak biskut (sesiapa yg sudah menonton tahu maksud sy nie).

Cam Gigandet


Christina Aguilera



Cher


Kristen Bell


Eric Dane


Pengarahan daripada Steven Antin berjaya menampilkan Burlesque sebagai sebuah filem musical yang begitu menghiburkan, malah mengagumkan. Persembahan pentas yang ditonjolkan adalah impresif dengan koreography tarian yg patut diberi pujian. Sepanjang 119 minit menonton, kita disajikan dengan banyak persembahan yang mantap oleh Christina Aguilera, Cher dan juga pelakon pembantu , Kristen Bell dan Stanley Tucci.

Drama dalam plot cerita adalah OK, yang mana Ali (Aguilera), berusaha untuk mendapat kerja di kelab musical milik Tess (Cher). Tess mempunyai masalah untuk memastikan kelab Burlesque masih menjadi miliknya pada masa depan, dihimpit juga dengan pekerja yang bermasalah, Nicky (Kristen Bell). Ali secara tidak sengaja menonjolkan bakat yang sebenar di kelab tersebut disamping berkenalan dengan Jack (Cam Gigandet) dan Marcus (Eric Dane), dua jejaka yang sentiasa memberi sokongan kepada Ali. Bermulalah drama dan juga semestinya persembahan musical dari situ.

Pengarahan - A-
Lakonan - B
Plot Cerita - B
Cinematography - A+

Overall - A-

Trailer Burlesque



Thursday, February 24, 2011

The Tale of Chicken Wings and Skinny Jeans


1. Apakah kaitan yang kita boleh kaitkan antara Chicken Wings dan Skinny Jeans?

2. Kini, SS dapat kaitkan dua benda nie dengan penuh signifikan disebabkan dua perkara ini telah menjadi my new obsession!!

3. My mind now always thinking about chicken wings and skinny jeans. Dalam banyak2 bahagian pada ayam, chicken wings lah yang paling sedap utk dilahap. Dalam banyak2 jenis potongan jeans yang ada, skinny jeans lah yang paling ideal dan relevan dengan kaki SS.

4. Dengan itu, kalau ingin menjamah nasik lemak sebagai breakfast, SS mesti menyusulkan chicken wings sebagai santapan bersama telur mata, kacang, ikan bilis dan timun. Malah, kalau nak order di KFC pown, semestinya chicken wings akan menjadi prioriti utama (thigh dan drumstick sebagai prioriti kedua). Malah kalau di Nando's, US Pizza, dan Pizza Hut, tidak ketinggalan chicken wings sebagai salah satu juadah yang harus diorder. Tak dapat dilupakan betapa sedapnya chicken wings disalut karamel dan dicicah mayonis di Hard Rock Cafe Bukit Nanas. Begitulah penangan kesedapan chicken wings hingga menyebabkan SS obses (namun masih lagi belum obes).

5. Keobsesan terhadap skinny jeans pula bermula daripada Topman. Koleksi Skinny Stretch Jeans daripada Topman cukup komprehensif lagi impresif daripada segi potongan dan pelunturan warna jeans. Justifikasi daripada kualiti ini, SS rasa sungguh seksi menandingi Jesse McCartney. Tiada satu jeans pun yang lebih mantap apabila berada di kaki SS melainkan koleksi Skinny Stretch Jeans daripada Topman. Rasa tak sabar sangat nak tunggu koleksi skinny Jeans terbaru untuk Summer Spring Collection daripada Topman.

6. Maka begitulah kisahnya 'The Tale of Chicken Wings and Skinny Jeans' sekadar utk dikongsi bersama. Inilah harinya bagaimana chicken wings dan skinny jeans sungguh signifikan utk dikaitkan bersama.











Tuesday, February 22, 2011

Kepimpinan Siswa Siswi


1. Mengapa kita mahu sangat menjadi Badan Wakil Pelajar (BWP) a.ka. Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) ? Tidak kiralah samada di sekolah mahupun di universiti, kita cukup teruja untuk menerajui kepimpinan dlm kalangan siswa siswi.

2. Demi mengecapi cebisan kuasa, populariti, & penghormatan, maka gigihlah kita menabur publisiti dan janji supaya ramai orang mengundi kita.

3. Namun, perlu diingat cabaran dan tekanan sebagai pemimpin apabila tidak ditangani dengan baik, maka cebisan kuasa, populariti & penghormatan itu tidak membawa apa-apa makna.

4. Justeru, SS nak ucapkan selamat maju jaya kepada sesiapa yang bakal menjadi pemimpin siswa dan siswi.

5. Pemimpin sejati adalah pemimpin yang dilahirkan, bukan dibuat. Amat bertuahlah sesiapa yang berada dlm golongan pemimpin sejati kerana anda tidak akan terjejas sangat dengan tekanan dan cabaran apabila menerajui kepimpinan malah berjaya memacu komuniti ke arah transformasi. Berlainan pula dengan pemimpin yang dibuat.

6. Apa-apa pun, selamat maju jaya. ^_^






Sunday, February 20, 2011

Syiman's Review : Hold It Against Me to be Born This Way


1. Britney Spears dan Lady Gaga adalah dua bintang pop yang berada dalam kelas yang tersendiri. Masing2 akan memeriahkan tahun 2011 dengan kemunculan album terbaru. Britney dengan Femme Fatale manakala Lady Gaga dengan Born This Way.

2. Masing2 telah mengeluarkan single terbaru iaitu Hold It Against Me oleh Britney Spears manakala Born This Way oleh Lady Gaga. Kedua-dua single ini telah berjaya menerobos kedudukan #1 di Hot 100 Billboard sebaik sahaja minggu pertama pelancarannya (debut).

3. Hold It Against Me adalah satu lagu pop yang mana musiknya mengaplikasikan elemen electropop biasa ala Ke$ha, namun berjaya disensasikan dengan kuasa yang ada pada Britney Spears, seorang bintang pop yang cukup original. Chorusnya cukup menarik mengulas tentang bagaimana keinginan yang amat sangat utk mendapatkan body boyfriend dia, malah 'melancong' di body boyfriend dia. 4 star.

4. Born This Way pulak, atas segala hype yang ada sebelum single ini dilancarkan, lagu ini pun biasa2 sahaja dengan pengaruh Express Yourself, Vogue dan Ray of Light daripada Madonna, namun Lady Gaga mempunyai aura pop yang begitu kuat sehinggakan lagu ini mempunyai semangat dan kekuatan yg jitu. Yeah, betul, don't be a drag, just be a queen. 4 star.

5. Nikmatilah lagu Hold It Against Me dan Born This Way. ^_^











Tuesday, February 15, 2011

S.A.W.


1. Nabi Muhammad s.a.w adalah insan terpenting dalam mengembangkan Islam ke seluruh dunia hinggakan Islam menjadi salah satu agama yang paling ramai penganutnya.

2. Sirah baginda menunjukkan bagaimana dalam setiap perjuangan ada liku-liku yang perlu ditempuhi untuk berjaya, malah perlu ditempuhi dengan pelbagai strategi demi mencapai visi dalam misi yang dirangka, dengan berorientasikan kepada Allah s.w.t.

3. Dengan itu, Syiman Syareman ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 2011 kepada seluruh umat Islam seantero dunia.

4. Di hari ini, marilah kita merenung sejenak bagaimana perjuangan Nabi Muhammad s.aw. dengan niat dan langkah yang betul, disusulkan dengan pengorbanan yang bukan sedikit akan membuahkan kejayaan yang begitu mantap dan besar kesannya kepada seluruh manusia. Semoga, roh perjuangan baginda menyerap masuk lantas memberikan motivasi dan inspirasi kepada kita semua.


Salam Maulidur Rasul

Friday, February 11, 2011

Bigger Apple


1. Amatlah suka untuk diingatkan bahawa post ini bukanlah tentang Big Apple, jenama donut yg sentiasa menyajikan kita dengan donut-donut sedap lagi berkrim. Tetapi ini adalah tentang Apple, yang sentiasa menyajikan kita dengan gajet berkualiti yang datang dengan inovasi terkini.

2. Populariti Apple mula terserlah dan makin menjadi-jadi apabila iPhone mula menerjah ke pasaran. Melalui iPhone lah, Apple semakin laju dalam langkahnya menggugat penguasaan pasaran oleh Nokia, Microsoft malah Dell serta jenama2 lain. Momentum diteruskan lagi melalui iPad. Maka makin peninglah syarikat pesaing yang lain hinggakan Nokia rasa resah lantas berpakat dengan Microsoft.

3. Produk Apple sememangnya agak mahal sedikit berbanding jenama2 lain, namun, itulah harga untuk mendapat produk berkualiti bagi memastikan kita mencapai kepuasan klimaks dalam menggunakan produk telekomunikasi mahupun music. Dari segi jangka masa panjang, pelaburan yang disalurkan demi produk Apple adalah sesuatu yg menguntungkan.

4. iPod Shuffle, iPod Classic, iPod Nano dan iPod Touch yang mana setiap satunya lahir dalam beberapa generasi, iMac, Macbook Pro, Macbook Air, iPhone 4 dan iPad merupakan antara produk Apple yang datang dengan beberapa pencirian impresif lagi komprehensif.

5. Apa yang SS cuba katakan di sini ialah - marilah kita menggunakan produk Apple. Seperti mana sedapnya buah epal, maka begitulah juga sedapnya Apple dalam rangkaian produk telekomunikasi dan komputer.

6. SS kini telah menjadi pemburu kepada produk Apple. Jika uols nak turut serta, maka most welcome to the club.







Tuesday, February 1, 2011

Kuat Makan


1. Sejak bercuti di Shah Alam, Syiman rasa mcm ada satu kelainan. Iaitu Syiman semakin kuat makan. Malah, satu lagi kelainan yang ada ialah makanan yang kuat dimakan itu ialah nasi.

2. Ini menunjukkan bahawa Syiman boleh sahaja untuk menjadi berselera dalam makan nasi cuma nasi itu perlulah empuk lagi padat serta lauk pauk yang terhidang dimasak dengan secukup rasa. Malah lagi berselera dibuatnya jika nasi itu dihidang dengan lauk ayam dan telur mata ataupun telur dadar mahupun telur rebus. Jika tiada nasi yang benar2 berkualiti untuk memikat hati, maka Sandwich Tuna dengan cheese lah yang menjadi pilihan. Malah, fast food seperti McD, KFC, Burger King, Wendy's dan seangkatan dengannya sentiasa menjadi prioriti dlm mengisi perut ini.

3. Begitulah cerewet dan betapa memilihnya Syiman dalam soal makan ini.

4. Makan adalah satu perkara wajib utk kita lakukan namun ianya lebih afdal jika kita mengambil kira soal nutrisi apabila kita makan. Berikut adalah info ttg pengambilan nutrisi bg golongan dewasa:

  • Tenaga - 2130kcal
  • Karbohidrat - 293g
  • Protein - 57g
  • Lemak- 59g
  • Garam - kurang drpd 6g
  • Gula - 320g
5. Sesuatu yang dirancang akan membuahkan hasil yang baik. Justeru, perancangan dalam pengambilan nutrisi adalah baik bukan sahaja bagi membendung masalah obesiti, malah dapat menjadikan kita lebih sihat kerana mengamalkan pemakanan sihat.

6. Sesungguhnya, you are what you eat.