Friday, February 11, 2011

Bigger Apple


1. Amatlah suka untuk diingatkan bahawa post ini bukanlah tentang Big Apple, jenama donut yg sentiasa menyajikan kita dengan donut-donut sedap lagi berkrim. Tetapi ini adalah tentang Apple, yang sentiasa menyajikan kita dengan gajet berkualiti yang datang dengan inovasi terkini.

2. Populariti Apple mula terserlah dan makin menjadi-jadi apabila iPhone mula menerjah ke pasaran. Melalui iPhone lah, Apple semakin laju dalam langkahnya menggugat penguasaan pasaran oleh Nokia, Microsoft malah Dell serta jenama2 lain. Momentum diteruskan lagi melalui iPad. Maka makin peninglah syarikat pesaing yang lain hinggakan Nokia rasa resah lantas berpakat dengan Microsoft.

3. Produk Apple sememangnya agak mahal sedikit berbanding jenama2 lain, namun, itulah harga untuk mendapat produk berkualiti bagi memastikan kita mencapai kepuasan klimaks dalam menggunakan produk telekomunikasi mahupun music. Dari segi jangka masa panjang, pelaburan yang disalurkan demi produk Apple adalah sesuatu yg menguntungkan.

4. iPod Shuffle, iPod Classic, iPod Nano dan iPod Touch yang mana setiap satunya lahir dalam beberapa generasi, iMac, Macbook Pro, Macbook Air, iPhone 4 dan iPad merupakan antara produk Apple yang datang dengan beberapa pencirian impresif lagi komprehensif.

5. Apa yang SS cuba katakan di sini ialah - marilah kita menggunakan produk Apple. Seperti mana sedapnya buah epal, maka begitulah juga sedapnya Apple dalam rangkaian produk telekomunikasi dan komputer.

6. SS kini telah menjadi pemburu kepada produk Apple. Jika uols nak turut serta, maka most welcome to the club.







No comments:

Post a Comment