Monday, February 28, 2011

Syiman's Review : Burlesque & I Am Number Four

Terdapat beberapa kayu ukur atau faktor yang SS letakkan dalam menilai sesuatu filem. Faktor itu adalah pengarahan, lakonan, plot cerita, dan cinematography. Filem yang SS nak ulas kali ini ialah I Am Number Four dan Burlesque, filem Hollywood terbaru yang sedang howt di pawagam seantero Malaysia.


I Am Number Four, filem adaptasi daripada novel dengan nama yang sama adalah sebuah filem aksi yang mempertaruhan Alex Pettyfer (Stormbreaker, Wild Child) dan Dianna Agron (Glee - TV Series) sebagai watak utama. Teresa Palmer, Callan McAuliffe pulak sebagai pelakon pembantu. Pengarahan daripada D. J. Caruso nampak ada beberapa kelemahan apabila pada 30 minit pertama, plot penceritaan tentang 'Siapakah itu Number Four?' terlalu lama malah tanpa aksi lalu menyebabkan filem berstatus aksi ini agak boring. Walau bagaimanapun, selepas plot penceritaan ini habis, aksi mantap malah mengagumkan yang dipapar menjadikan filem ini berbaloi utk ditonton sampai ke akhir. Justifikasi kepada aksi yang dipapar tidak seimbang bagi perjalanan filem selama 114 minit ini boleh diperbaiki lagi. Adalah elok supaya pengarahan filem I Am Number Four ini mencontohi pengarahan filem Spiderman oleh Sam Raimi dari segi keseimbangan paparan aksi di dalamnya.

Alex Pettyfer dan Dianna Agron adalah pelakon muda dalam Hollywood. Justeru, lakonan Pettyfer dan Agron dalam I Am Number Four juga 'muda'. Tak banyak yang boleh diulas tentang lakonan di sini samada oleh pelakon utama mahupun pelakon pembantu kerana semuanya biasa-biasa saja.

Alex Pettyfer


Dianna Agron


Plot cerita agak menarik. 9 makhluk asing berzahirkan tubuh badan manusia, dihantar ke Bumi setelah planet asal mereka ditakhluk oleh mahkluk asing yang jahat. 3 daripada 9 orang ini telah dibunuh. Number 1 dibunuh di Malaysia. Number 2 dibunuh di London. Number 3 pula di Kenya. Number 4, kini berusaha untuk mendalami keupayaan dan kuasa yang ada pada dirinya. Demi cinta dan maruah, maka bermulalah perjuangan Number 4 menuntut keadilan pada penjahat. Pengembangan jalan citer yang impresif dapat menjadikan filem ini bakal menjadi sebuah francise filem yang menarik setanding dengan Saw dan Harry Potter. Semoga, box office bagi filem ini mencatat prestasi positif hingga melahirkan sequel.

Pengarahan - C
Lakonan - C+
Plot Cerita - C
Cinematography - B

Overall - C+

Trailer I Am Number Four



Mari kita beralih kepada filem kedua yang ingin diulas, Burlesque.


Teraju yang menjadi pemangkin teruja kepada filem ini adalah kombinasi antara Christina Aguilera dan Cher. Dalam filem musical ini, Christina Aguilera tidak mempunyai masalah untuk menjayakan watak Ali, seorang gadis kampung berbakat besar dalam music yang ingin mencuba nasib di sebuah kelab persembahan music di LA. Lontaran vokal Christina adalah memukau dan beberapa persembahan dalam filem ini cukup menghiburkan. Namun, pelakon lelaki utama, Cam Gigandet, tidak begitu menyerlah dan hanya cukup2 syarat. Apa yang menyerlah adalah otot abs Gigandet dan aksi berbogelnya dengan tiada seurat benang pun melainkan kotak biskut (sesiapa yg sudah menonton tahu maksud sy nie).

Cam Gigandet


Christina Aguilera



Cher


Kristen Bell


Eric Dane


Pengarahan daripada Steven Antin berjaya menampilkan Burlesque sebagai sebuah filem musical yang begitu menghiburkan, malah mengagumkan. Persembahan pentas yang ditonjolkan adalah impresif dengan koreography tarian yg patut diberi pujian. Sepanjang 119 minit menonton, kita disajikan dengan banyak persembahan yang mantap oleh Christina Aguilera, Cher dan juga pelakon pembantu , Kristen Bell dan Stanley Tucci.

Drama dalam plot cerita adalah OK, yang mana Ali (Aguilera), berusaha untuk mendapat kerja di kelab musical milik Tess (Cher). Tess mempunyai masalah untuk memastikan kelab Burlesque masih menjadi miliknya pada masa depan, dihimpit juga dengan pekerja yang bermasalah, Nicky (Kristen Bell). Ali secara tidak sengaja menonjolkan bakat yang sebenar di kelab tersebut disamping berkenalan dengan Jack (Cam Gigandet) dan Marcus (Eric Dane), dua jejaka yang sentiasa memberi sokongan kepada Ali. Bermulalah drama dan juga semestinya persembahan musical dari situ.

Pengarahan - A-
Lakonan - B
Plot Cerita - B
Cinematography - A+

Overall - A-

Trailer Burlesque



No comments:

Post a Comment