Sunday, March 20, 2011

Bersara 2


1. Bersara adalah satu istilah yg kita sebut apabila kita sudah tidak lagi secara aktif terlibat dlm perkara yg selama ini kita selalu lakukan.

2. Sbg contoh, Zaki bersara dlm kegiatannya sebagai mat rempit. Maksudnya, Zaki tidak lagi memandu motorsikal dengan gaya dan kelajuan sehingga menyebabkan dia diklasifikasikan sebagai mat rempit. Namun, sekali sekala tu tak pa la.

3. Perlu diingat, bersara adalah tidak lebih drpd satu perkataan yang menggambarkan bhw kita nak berehat. Pada waktu persaraan lah terkumpulnya lebih banyak inspirasi dan motivasi bagi memikul visi dan misi yg sekian lama berada di hati.

4. Lihat Kim Clijster. Pada suatu hari, pemain profesional tenis ini mengambil keputusan utk bersara. Pada suatu hari lagi, Clijster kembali drpd persaraan dgn prestasi dan keunggulan yg lebih baik. Clijster sekali lagi menjuarai Grand Slam US Open 2010 malah menjadi johan Grand Slam di Australian Open 2011 buat pertama kali hingga melonjakkan kedudukan profesional ke tangga pertama (Skrg num 2).

5. Lihat juga Eminem yg mana kita boleh katakan dia bersara selepas mengeluarkan album Encore pada 2004. Malah album greatest hits Eminem dinamakan Curtain Falls kerana ingin meletakkan karier musicnya dalam hiatus. Akhirnya Eminem kembali dengan studio album Relapse pada 2009, 5 tahun selepas Encore. Selepas kembali daripada hiatus/persaraan, Eminem semakin menyerlah. Lagu Love The Way You Lie memeriahkan carta Billboard Hot 100 di kedudukan #1 selama 7 minggu berturut-turut dan menjadi single terlaris 2010 di United Kingdom. Fyi, Eminem adalah orang yg plg disukai di Facebook dengan mendapat lebih 30 juta likes. Di Youtube, music video Eminem melalui saluran Vevo telah mendapat 1 billion tatapan. Semua ini berlaku selepas Eminem kembali drpd hiatus/persaraan.

6. Nampak di sini bahawa orang yg kembali drpd persaraan dlm bidang yg diminati datang dengan lebih jitu lagi padu drpd sebelum bersara.

7. Maka, dengan ini Syiman Syareman nak umum bahawa SS kembali drpd persaraan. Dah puas berehat.

8. I know I gotta face some issues but I'm ready to face it. Bring it on!

9. Especially for The Haters, I hope you are ready. I'm totally back. ^_^







Thursday, March 17, 2011

Alien Ganas Blow Blow


Nampaknya momentum Ke$ha, Katy Perry dan Rihanna masih belum kebah dan memiliki daya dinamik yang masih tinggi.

Katy Perry muncul dengan E.T. , kombinasi bersama Kanye West yang mana Katy Perry mendapat inspirasi dengan menganalogikan alien sebagai boyfriendnya. Maka bercakaplah Katy Perry ttg bf alien nya yang cukup kaya dengan pelbagai perkara yg luar biasa, penuh dengan elemen kosmik dan extra-terrestrial, menunjukkan keistimewaan alien kalau menjadi bfnya.

Melodi dan irama dalam E.T. boleh dibandingkan dengan music yang digunakan oleh T.A.T.U yang mana ada sedikit persamaan terutamanya di bahagian chorus. Sekali lagi Katy Perry menonjolkan kelainan berbanding dengan singlenya yang terdahulu dlm album Teenage Dream, iaitu, Fireworks, Teenage Dream dan California Gurls yang mana semuanya #1 di Hot 100 Billboard. So far, E.T. berada di #3. Mungkinkah E.T. akan menjadi single ke-4 drpd Teenage Dreams yang akan berjaya menerobos carta ke kedudukan #1?


Music = 82%
Lirik = 79%
Vokal = 84%

Total = 82% (A)


Beralih kepada Rihanna.

Buah tangan terbaru Rihanna skrg menyaksikan aspirasi yang ketara kepada fantasi di bilik tidur. Dan apakah fantasi Rihanna di bilik tdo itu? Semestinyalah peralatan seperti 'chains and whips' dan juga yang ditonjolkan dalam musik video S&M.

Vokal Rihanna adalah seiring dan teradun ideal dengan kitaran music 'R&B + dance' ciptaan Rihanna. Kredit perlu diberi pada verse yang membangkitkan keterujaan dalam mendengar S&M. Rihanna menyampaikan dengan penuh mantap. She's deliver it, close to perfectly.


Music = 84%
Lirik = 78%
Vokal = 87%

Total = 83% (A)


Ke$ha sentiasa menampilkan keunikan dengan style nyanyian yang seperti bercakap-cakap namun dengan kualiti irama dan melodi yang mengagumkan. Trademark Ke$ha ini diteruskan dalam single terbaru, Blow, yang mana temanya adalah ttg kecenderungan utk enjoy di club seiring dengan music yang mantap.


Music = 79%
Lirik = 73%
Vokal = 77%

Total = 76% (B)


Last but not least, Princess Pop kita kini tampil dengan Till The World Ends. Mendapat pengaruh daripada music ala-ala Ke$ha, yang mana Ke$ha pun bertindak sebagai penulis lirik, Till The World Ends adalah ttg menari dan menyanyi hingga ke hujung dunia. Britney sentiasa tampil dengan music yang catchy dan inilah dia buah tangan yang catchy daripada Britney selepas Hold It Against Me. Meneruskan kemantapan single2 Britney sebelum ini, skrg Till The World Ends berada di kedudukan #9.


Music = 78%
Lirik = 72%
Vokal = 79%

Total = 76% (B)

Friday, March 11, 2011

Pensyarah vs. Pelajar


1. Rasanya SS tahu mengapa pensyarah skrg seolah-olah tidak mempunyai semangat ataupun keghairahan untuk mengajar di kelas. Ketiadaan semangat yang berkobar-kobar dan rasa ghairah ini menjadikan mereka menjadi pensyarah yang biasa-biasa sahaja, malah sampai di suatu tahap, pensyarah yang teruk.

2. Selain drpd sistem pendidikan yg berorientasikan peperiksaan yg mana lambakan silibus perlu dihabiskan dlm masa yg ditetapkan, sebab yang boleh ditujukan ialah kepada pelajar itu sendiri.

3. Pelajar skrg nampak lesu di dalam kelas. Siapakah pelajar2 lesu ini? Semestinya, pelajar yg hanya datang ke kelas utk mendengar kuliah. Pelajar yg tidak aktif di dalam kelas. Pelajar yg tidak mengambil peluang utk bertanya perkara-perkara penting di dalam kelas. Kesemua sifat pelajar yang lesu ini menjadikan pensyarah kehilangan daya dinamik untuk menjadi bersemangat sewaktu mengajar. Maka, hasilnya, pensyarah menjadi boring dengan para pelajar. Lalu terjadilah situasi yg mana pelajar lesu, pensyarah pun lesu.

4. Jelas di sini bahawa pelajar dan pensyarah adalah dua hubungan simbiosis dlm sistem pendidikan yang boleh menjadi harmoni jika kedua-duanya memainkan peranan yang ideal. Namun, boleh juga menjadi huru-hara jika salah satu pihak tidak memainkan peranannya dengan baik. Perlu diingat, hubungan simbiosis yang harmoni akan menjadikan suasana pengajaran & pembelajaran lebih kondunsif dan begitulah sebaliknya.

5. Justeru, adalah disarankan supaya golongan pelajar memainkan peranan yg mantap ke arah memastikan hubungan simbiosis yang harmoni antara pelajar dan pensyarah sentiasa terpelihara supaya suasana tempat kita belajar lebih syok dan kurang tekanan. Sahutan kepada saranan ini adalah dengan menjadi pelajar yg mengambil peluang utk bertanya perkara-perkara penting sewaktu di dlm kelas, pelajar yg pantas dlm merujuk kpd pensyarah mengenai apa-apa masalah yg timbul, pelajar yg berani dan kritikal terhadap haknya sebagai pelajar lantas bersedia utk mengkritik tindakan pensyarah yang dirasakan tidak patut dilakukan.

6. Dengan menjadi pelajar yang telah disenaraikan kriterianya itu akan menjadi cabaran kepada pensyarah utk menjadi lebih berinovatif, lebih berkobar-kobar semangat dan lebih berkualiti. Dengan adanya cabaran yang sedemikian akan menjadikan aras adrenalin pensyarah semestinya lagi tinggi dari paras sedia ada.

7. Sesungguhnya, bukan murah harga sebuah pendidikan. Ratusan ribu telah dikeluarkan utk mendapat pendidikan yang berkualiti. Dengan itu, adalah tergolong dlm golongan yang rugi apabila membiarkan pensyarah yang tidak berkualiti mencemari satu sistem pendidikan yg harmoni.

8. Ayuh pelajar dan pensyarah. Mari kita lakukan yang terbaik dalam memainkan peranan dalam kitaran simbiosis ini.

9. Pensyarah yg tidak memainkan peranan yg baik dlm sistem pendidikan ini saya nk bagi peringatan, pelajar yg bernama Syiman Syareman ini akan merentap lalu membuatkan anda sentap dengan kritikan penuh mantap yg menyebabkan anda berharap utk menjadi pensyarah yg lebih cekap.



Saturday, March 5, 2011

F**k F**k F*ck!


1. Semua perkara akan mengalami transformasi, tidak terkecuali, music.

2. Dahulu pada era 80-an, kita sangat suke dengan penyanyi bervokal besar seperti Whitney Houston, Celine Dion dan Mariah Carey. Skrg, pop kembali mengambil takhta malah dengan penampahan perisa electonica dan disco. Maka, sensasilah Lady Gaga, Ke$ha, Rihanna, Justin Bieber, Katy Perry dan lain-lain.

3. Genre music bukanlah satu-satunya perkara yang mengalami peralihan dan transformasi. Satu lagi peralihan yang jelas utk dilihat adalah peradaban dlm music. Aspek peradaban dlm music yang sy ingin ulas di sini adalah ttg penggunaan 'four letters words' dlm music.

4. Ya, penggunaan 'four letter word' sudah lama bagi lirik music genre rap dan hip hop. Malah, tajuk lagu bagi genre hip hop dan rap sudah ada menyelitkan 'four letter word'. Eminem, 50 Cent, Lil Wayne, Missy Elliot dan Dr. Dre selalu menyebut f*ck. Tidak ketinggalan, c*ck, shit, t*ts, piss, butt, d*ck dan s*ck.

5. Dan skrg, 'four letter word' telah merebak ke genre pop. Bukan sahaja lirik, malah penamaan tajuk menggunakan 'four letter word'. Mari saya senaraikan tajuk lagu oleh penyanyi pop yang menggunakan 'four letter word' :
  • My Life Would Suck Without You - Kelly Clarkson
  • Tonight (I'm Fuckin' You) - Enrique Iglesias
  • Fuckin' Perfect - P!nk
  • Fuck You - Cee Lo Green
6. Apakah persamaan lagu2 ini? Semestinya yang pertama, 'four letter word'. Yang kedua, semua lagu2 ini adalah hits dan menjadi siulan orang ramai. My Life Would Suck Without You adalah #1 di Hot 100 Billboard. Tonight (I'm Fuckin' You) di #4. Fuckin' Perfect dan Fuck You masing-masing di #2.

7. Penerimaan terhadap lagu2 pop yg menggunakan 'four letter word' menunjukkan bahawa komuniti kita juga mengalami peralihan dan transformasi ke arah masyarakat yang lebih terbuka. Diana Ross memberi komen kepada Oprah Winfrey bahawa dia tidak suka utk mendengar 'four letter word' dlm music. Namun, perlu diingat, mereka adalah generasi 50-an. Sesungguhnya, generasi belia skrg lebih terbuka.

8. Walaupun di Malaysia, lagu Tonight (I'm Fuckin' You) dan Fuck You ditukarkan tajuk dan lirik nya menjadi Tonight (I'm Lovin' You) dan Forget You, tidak dapat dinafikan bahawa semakin ramai di Malaysia yg menggunakan 'four letter word'.

9. Maka, akan terpahatlah dlm sejarah dunia, salah satu peradaban dlm tamadun dasawarsa kini, adalah penggunaan 'four letter word' yg meluas.

10. Nikmatilah lagu2 pop 'four letter word' ini. Akhir kata, f*ck. Oppps! Terlepas pulak. Sorry. ^_^







Tuesday, March 1, 2011

Dilema Arab


1. Bangsa Arab ada sebab utk berbangga kerana Nabi Muhammad s.a.w., orang yang paling berpengaruh di dunia, dilahirkan sebagai bangsa Arab. Malah rantau negara Arab dikurniakan dgn kekayaan minyak yang cukup banyak.

2. Ironinya, bangga orang Arab ini tidak membawa apa-apa makna kerana negara2 Arab diselubungi masalah2 kritikal yg tidak pernah berkesudahan.

3. Lihat rentetan situasi penunjuk perasaan pejuang revolusi di Tunisia, Mesir dan Libya. Rakyat menjadi liar malah tidak dapat dijinakkan lagi kerana tidak tahan dgn pemimpin bermasalah.

4. Krisis kepimpinan di negara2 Arab menunjukkan trend yang lebih kurang sama, yg mana pemimpin tertinggi terlalu ego utk berundur walaupun berdekad lamanya memerintah, namun tiada kemajuan yg kompetitif diperoleh. Malah, kemunduran dan kebuluran kian mencengkam.

5. Hosni Mubarak selama 3 dekad. Gaddafi selama 41 tahun. Begitu juga dengan yg lain. Trend 'biar tak maju, asalkan lama' yang diamalkan dalam kalangan pemimpin negara Arab adalah cukup tidak sihat namun masih menjadi amalan yang cukup seronok diamalkan mereka.

6. Analisis daya saing ekonomi negara2 Arab adalah mengecewakan.

Pengangguran :
  • Libya - 10%
  • Mesir - 9.7%
  • Tunisia - 13.3%
  • Iran - 14.6%
  • Arab Saudi - 11.6%
  • UAE - 12.7%
Laporan The Wall Street Jounal ttg ekonomi :
  • Libya - kedudukan 171 drpd 179 negara (2009)
  • Mesir - kedudukan 127 drpd 157 negara (2007)
  • Tunisia - kedudukan 'X' drpd 179 negara (2009)
Laporan Transparency International 2010 ttg rasuah :
  • Libya - kedudukan 146 drpd 178 negara
  • Mesir - kedudukan 98 drpd 178 negara
  • Tunisia - kedudukan 59 drpd 178 negara
7. Semua ini adalah kerana krisis kepimpinan para pemimpin negara2 Arab yg nampak jelas kesan negatifnya sebagai bukti - lemah dalam daya saing ekonomi, rasuah berleluasa, pengangguran menjadi-jadi, perang saudara yang berlarutan, letupan bom di sana sini dan isu Palestin yg tak pernah ada penyelesaian.

8. Apa nak jadi kepada negara2 Arab?

9. Tiadakah pemimpin sejati lagi di negara2 Arab?

10.Dan, masih relevankah negara2 Arab utk menjadi contoh lantas menerangkan kepada Barat bahawa Islam adalah agama yg membawa kpd keamanan dan kesejahteraan?