Thursday, March 17, 2011

Alien Ganas Blow Blow


Nampaknya momentum Ke$ha, Katy Perry dan Rihanna masih belum kebah dan memiliki daya dinamik yang masih tinggi.

Katy Perry muncul dengan E.T. , kombinasi bersama Kanye West yang mana Katy Perry mendapat inspirasi dengan menganalogikan alien sebagai boyfriendnya. Maka bercakaplah Katy Perry ttg bf alien nya yang cukup kaya dengan pelbagai perkara yg luar biasa, penuh dengan elemen kosmik dan extra-terrestrial, menunjukkan keistimewaan alien kalau menjadi bfnya.

Melodi dan irama dalam E.T. boleh dibandingkan dengan music yang digunakan oleh T.A.T.U yang mana ada sedikit persamaan terutamanya di bahagian chorus. Sekali lagi Katy Perry menonjolkan kelainan berbanding dengan singlenya yang terdahulu dlm album Teenage Dream, iaitu, Fireworks, Teenage Dream dan California Gurls yang mana semuanya #1 di Hot 100 Billboard. So far, E.T. berada di #3. Mungkinkah E.T. akan menjadi single ke-4 drpd Teenage Dreams yang akan berjaya menerobos carta ke kedudukan #1?


Music = 82%
Lirik = 79%
Vokal = 84%

Total = 82% (A)


Beralih kepada Rihanna.

Buah tangan terbaru Rihanna skrg menyaksikan aspirasi yang ketara kepada fantasi di bilik tidur. Dan apakah fantasi Rihanna di bilik tdo itu? Semestinyalah peralatan seperti 'chains and whips' dan juga yang ditonjolkan dalam musik video S&M.

Vokal Rihanna adalah seiring dan teradun ideal dengan kitaran music 'R&B + dance' ciptaan Rihanna. Kredit perlu diberi pada verse yang membangkitkan keterujaan dalam mendengar S&M. Rihanna menyampaikan dengan penuh mantap. She's deliver it, close to perfectly.


Music = 84%
Lirik = 78%
Vokal = 87%

Total = 83% (A)


Ke$ha sentiasa menampilkan keunikan dengan style nyanyian yang seperti bercakap-cakap namun dengan kualiti irama dan melodi yang mengagumkan. Trademark Ke$ha ini diteruskan dalam single terbaru, Blow, yang mana temanya adalah ttg kecenderungan utk enjoy di club seiring dengan music yang mantap.


Music = 79%
Lirik = 73%
Vokal = 77%

Total = 76% (B)


Last but not least, Princess Pop kita kini tampil dengan Till The World Ends. Mendapat pengaruh daripada music ala-ala Ke$ha, yang mana Ke$ha pun bertindak sebagai penulis lirik, Till The World Ends adalah ttg menari dan menyanyi hingga ke hujung dunia. Britney sentiasa tampil dengan music yang catchy dan inilah dia buah tangan yang catchy daripada Britney selepas Hold It Against Me. Meneruskan kemantapan single2 Britney sebelum ini, skrg Till The World Ends berada di kedudukan #9.


Music = 78%
Lirik = 72%
Vokal = 79%

Total = 76% (B)

No comments:

Post a Comment