Sunday, March 20, 2011

Bersara 2


1. Bersara adalah satu istilah yg kita sebut apabila kita sudah tidak lagi secara aktif terlibat dlm perkara yg selama ini kita selalu lakukan.

2. Sbg contoh, Zaki bersara dlm kegiatannya sebagai mat rempit. Maksudnya, Zaki tidak lagi memandu motorsikal dengan gaya dan kelajuan sehingga menyebabkan dia diklasifikasikan sebagai mat rempit. Namun, sekali sekala tu tak pa la.

3. Perlu diingat, bersara adalah tidak lebih drpd satu perkataan yang menggambarkan bhw kita nak berehat. Pada waktu persaraan lah terkumpulnya lebih banyak inspirasi dan motivasi bagi memikul visi dan misi yg sekian lama berada di hati.

4. Lihat Kim Clijster. Pada suatu hari, pemain profesional tenis ini mengambil keputusan utk bersara. Pada suatu hari lagi, Clijster kembali drpd persaraan dgn prestasi dan keunggulan yg lebih baik. Clijster sekali lagi menjuarai Grand Slam US Open 2010 malah menjadi johan Grand Slam di Australian Open 2011 buat pertama kali hingga melonjakkan kedudukan profesional ke tangga pertama (Skrg num 2).

5. Lihat juga Eminem yg mana kita boleh katakan dia bersara selepas mengeluarkan album Encore pada 2004. Malah album greatest hits Eminem dinamakan Curtain Falls kerana ingin meletakkan karier musicnya dalam hiatus. Akhirnya Eminem kembali dengan studio album Relapse pada 2009, 5 tahun selepas Encore. Selepas kembali daripada hiatus/persaraan, Eminem semakin menyerlah. Lagu Love The Way You Lie memeriahkan carta Billboard Hot 100 di kedudukan #1 selama 7 minggu berturut-turut dan menjadi single terlaris 2010 di United Kingdom. Fyi, Eminem adalah orang yg plg disukai di Facebook dengan mendapat lebih 30 juta likes. Di Youtube, music video Eminem melalui saluran Vevo telah mendapat 1 billion tatapan. Semua ini berlaku selepas Eminem kembali drpd hiatus/persaraan.

6. Nampak di sini bahawa orang yg kembali drpd persaraan dlm bidang yg diminati datang dengan lebih jitu lagi padu drpd sebelum bersara.

7. Maka, dengan ini Syiman Syareman nak umum bahawa SS kembali drpd persaraan. Dah puas berehat.

8. I know I gotta face some issues but I'm ready to face it. Bring it on!

9. Especially for The Haters, I hope you are ready. I'm totally back. ^_^







No comments:

Post a Comment