Tuesday, March 1, 2011

Dilema Arab


1. Bangsa Arab ada sebab utk berbangga kerana Nabi Muhammad s.a.w., orang yang paling berpengaruh di dunia, dilahirkan sebagai bangsa Arab. Malah rantau negara Arab dikurniakan dgn kekayaan minyak yang cukup banyak.

2. Ironinya, bangga orang Arab ini tidak membawa apa-apa makna kerana negara2 Arab diselubungi masalah2 kritikal yg tidak pernah berkesudahan.

3. Lihat rentetan situasi penunjuk perasaan pejuang revolusi di Tunisia, Mesir dan Libya. Rakyat menjadi liar malah tidak dapat dijinakkan lagi kerana tidak tahan dgn pemimpin bermasalah.

4. Krisis kepimpinan di negara2 Arab menunjukkan trend yang lebih kurang sama, yg mana pemimpin tertinggi terlalu ego utk berundur walaupun berdekad lamanya memerintah, namun tiada kemajuan yg kompetitif diperoleh. Malah, kemunduran dan kebuluran kian mencengkam.

5. Hosni Mubarak selama 3 dekad. Gaddafi selama 41 tahun. Begitu juga dengan yg lain. Trend 'biar tak maju, asalkan lama' yang diamalkan dalam kalangan pemimpin negara Arab adalah cukup tidak sihat namun masih menjadi amalan yang cukup seronok diamalkan mereka.

6. Analisis daya saing ekonomi negara2 Arab adalah mengecewakan.

Pengangguran :
  • Libya - 10%
  • Mesir - 9.7%
  • Tunisia - 13.3%
  • Iran - 14.6%
  • Arab Saudi - 11.6%
  • UAE - 12.7%
Laporan The Wall Street Jounal ttg ekonomi :
  • Libya - kedudukan 171 drpd 179 negara (2009)
  • Mesir - kedudukan 127 drpd 157 negara (2007)
  • Tunisia - kedudukan 'X' drpd 179 negara (2009)
Laporan Transparency International 2010 ttg rasuah :
  • Libya - kedudukan 146 drpd 178 negara
  • Mesir - kedudukan 98 drpd 178 negara
  • Tunisia - kedudukan 59 drpd 178 negara
7. Semua ini adalah kerana krisis kepimpinan para pemimpin negara2 Arab yg nampak jelas kesan negatifnya sebagai bukti - lemah dalam daya saing ekonomi, rasuah berleluasa, pengangguran menjadi-jadi, perang saudara yang berlarutan, letupan bom di sana sini dan isu Palestin yg tak pernah ada penyelesaian.

8. Apa nak jadi kepada negara2 Arab?

9. Tiadakah pemimpin sejati lagi di negara2 Arab?

10.Dan, masih relevankah negara2 Arab utk menjadi contoh lantas menerangkan kepada Barat bahawa Islam adalah agama yg membawa kpd keamanan dan kesejahteraan?



1 comment:

  1. tu la kan syiman...kaum arab byk disebut2 dlm Al-Quran..sekaligus mengaitkan sinonimnya Islam dan arab..terpalit juga imej islam di mata dunia jika sebut islam..

    ReplyDelete