Friday, March 11, 2011

Pensyarah vs. Pelajar


1. Rasanya SS tahu mengapa pensyarah skrg seolah-olah tidak mempunyai semangat ataupun keghairahan untuk mengajar di kelas. Ketiadaan semangat yang berkobar-kobar dan rasa ghairah ini menjadikan mereka menjadi pensyarah yang biasa-biasa sahaja, malah sampai di suatu tahap, pensyarah yang teruk.

2. Selain drpd sistem pendidikan yg berorientasikan peperiksaan yg mana lambakan silibus perlu dihabiskan dlm masa yg ditetapkan, sebab yang boleh ditujukan ialah kepada pelajar itu sendiri.

3. Pelajar skrg nampak lesu di dalam kelas. Siapakah pelajar2 lesu ini? Semestinya, pelajar yg hanya datang ke kelas utk mendengar kuliah. Pelajar yg tidak aktif di dalam kelas. Pelajar yg tidak mengambil peluang utk bertanya perkara-perkara penting di dalam kelas. Kesemua sifat pelajar yang lesu ini menjadikan pensyarah kehilangan daya dinamik untuk menjadi bersemangat sewaktu mengajar. Maka, hasilnya, pensyarah menjadi boring dengan para pelajar. Lalu terjadilah situasi yg mana pelajar lesu, pensyarah pun lesu.

4. Jelas di sini bahawa pelajar dan pensyarah adalah dua hubungan simbiosis dlm sistem pendidikan yang boleh menjadi harmoni jika kedua-duanya memainkan peranan yang ideal. Namun, boleh juga menjadi huru-hara jika salah satu pihak tidak memainkan peranannya dengan baik. Perlu diingat, hubungan simbiosis yang harmoni akan menjadikan suasana pengajaran & pembelajaran lebih kondunsif dan begitulah sebaliknya.

5. Justeru, adalah disarankan supaya golongan pelajar memainkan peranan yg mantap ke arah memastikan hubungan simbiosis yang harmoni antara pelajar dan pensyarah sentiasa terpelihara supaya suasana tempat kita belajar lebih syok dan kurang tekanan. Sahutan kepada saranan ini adalah dengan menjadi pelajar yg mengambil peluang utk bertanya perkara-perkara penting sewaktu di dlm kelas, pelajar yg pantas dlm merujuk kpd pensyarah mengenai apa-apa masalah yg timbul, pelajar yg berani dan kritikal terhadap haknya sebagai pelajar lantas bersedia utk mengkritik tindakan pensyarah yang dirasakan tidak patut dilakukan.

6. Dengan menjadi pelajar yang telah disenaraikan kriterianya itu akan menjadi cabaran kepada pensyarah utk menjadi lebih berinovatif, lebih berkobar-kobar semangat dan lebih berkualiti. Dengan adanya cabaran yang sedemikian akan menjadikan aras adrenalin pensyarah semestinya lagi tinggi dari paras sedia ada.

7. Sesungguhnya, bukan murah harga sebuah pendidikan. Ratusan ribu telah dikeluarkan utk mendapat pendidikan yang berkualiti. Dengan itu, adalah tergolong dlm golongan yang rugi apabila membiarkan pensyarah yang tidak berkualiti mencemari satu sistem pendidikan yg harmoni.

8. Ayuh pelajar dan pensyarah. Mari kita lakukan yang terbaik dalam memainkan peranan dalam kitaran simbiosis ini.

9. Pensyarah yg tidak memainkan peranan yg baik dlm sistem pendidikan ini saya nk bagi peringatan, pelajar yg bernama Syiman Syareman ini akan merentap lalu membuatkan anda sentap dengan kritikan penuh mantap yg menyebabkan anda berharap utk menjadi pensyarah yg lebih cekap.



No comments:

Post a Comment