Monday, April 18, 2011

Adele & Adult Contemporary


1. Music genre Adult Contemporary adalah penyelamat dan penyegar kpd industri music global.

2. Lihatlah bagaimana artis yang membawa genre Adult Contemporary ini cukup menyinar cahayanya.

3. Lady Antebellum, Amy Winehouse, Michael Buble, Norah Jones, Susan Boyle dan Adele - Kelompok Adult Contemporary tidak mempertaruhkan imej seksi mahupun melacurkan diri utk terlibat dlm kontroversi sensasi (kecuali Amy Winehouse). Apa yg dilaburkan adalah bakat yg mengagumkan yg bergaul sebati dgn melodi music yg harmoni.

4. Highlite di sini adalah Adele. Kelahiran album terbaru Adele, 21, adalah satu anugerah kepada industri music global.

5. Penulisan lirik yang mantap berjaya diadun elok dgn lontaran vokal penuh emosi, maka terhidanglah juadah music Adele yg cukup menyelerakan utk disantap sebagai halwa telinga.

6. 21 telah menjadi album pertama yang mencatat jualan 1 juta unit utk tahun 2011 di US. Rolling In The Deep, berjaya menerobos utk berada di kedudukan top 10 di Hot 100 Billboard US. Di UK, negara kelahiran Adele, banyak rekod telah dicipta.

7. Adele berjaya mengembalikan nostalgia kegemilangan Norah Jones di era Come Away With Me. Boleh dikatakan, Adele adalah versi Norah Jones yang lebih ganas, tetapi versi Amy Winehouse yang lebih sopan.

8. Sesungguhnya, vokal Adele adalah vokal yang versatil. Diharapkan, kelahiran album seterusnya, mungkin berjudul 23, akan mengadun elemen musik country, rock dan R&B.

9. Majulah Adele utk industri music.



No comments:

Post a Comment