Monday, June 27, 2011

Luka Modric dan kawan-kawan

Ntah mengapa, Luka Modric banyak sangat mencapub sejak kebelakangan nie lalu menyebabkan pesona dan auranya menarik perhatian I. Hehe. Sorilah tak tau nak ulas ape ttg Luka Modric tetapi apa yang pasti mesti dia pemain bola sepak yang mantap kan. :)
Ini pulak adalah singlet daripada Topman. Cantik kan. I want it! Tak sabaq sangat nak shopping kat Topman lagi dengan menggunakan F3 Member Card dengan menikmati potongan discount 10%. Hehe.

Sudahkah anda menikmati alunan lunak suara Adele yang lemak berkrim bergetar-getar? Album terbaru Adele, 21, masih lagi laris terjual di US dan dunia walaupun sudah 17 minggu berada di pasaran.


Lady Gaga dengan aksi di belakang album terbarunya, Born This Way. Unik lagi mencapub.


Tahniah lah kepada Lee Chong Wei kerana telah mempertahankan kejuaraan kali ke-4 di Terbuka Indonesia, mengalahkan Peter Gade di final.


Tahniah juga kepada Syamsul Yusof, Aaron Aziz dan Adi Putra kerana filem mereka, KL Gangster, telah mencatat kutipan kasar RM11 juta.

Jangan lupa utk menonton Transformer 3 yang akan menjengah ke pawagam tidak lama lagi. Suke!


Neelofa banyak jugak mencapub sejak kebelakangan nie. Namun, amatlah rugilah kalau pelakon yang cantik ini jatuh gara-gara kontroversi murahan yang sebenarnya boleh ditepis dengan bijaksana. Gud luck lah ye kepada Neelofa dan semoga sukses dalam memberi lakonan berkualiti seterusnya menghangatkan industri perfileman tanah air.

Semoga Scotty McCreery, juara American Idol yang terbaru menjadi setanding dengan Kelly Clarkson, Carrie Underwood dan Jordin Sparks dengan mencatat kejayaan tersendiri.

Kehangatan Wimbledon 2011 makin terasa. I hope Rafa terus menjuarai Grand Slam yang seterusnya. Kalahkan Novak Djokovic dan Roger Federer. Hurm. Agak risau jgk menanti keputusan Rafa dengan Juan Martin del Potro.


Sunday, June 19, 2011

Syiman's Review - Super 8


Menjadi sesuatu yang seronok utk menyaksikan adegan kemalangan kereta api dlm Super 8. Adalah sesuatu yg melegakan juga apabila tiada nyawa yg terkorban dlm kemalangan dahsyat itu. Drpd situlah bermulanya ekspedisi explorasi utk merungkai misteri yg tercetus.

Persona daripada Kyle Chandler sebagai ayah kpd Joe lakonan Joel Courtney adalah kuat dlm Super 8. Kolaborasi antara kumpulan sahabat yang ingin menjayakan penggambaran filem adalah indah utk dilihat kerana keserasian yg terjalin.

Dengan itu, sy suka buah tangan terbaru J.J. Abrams ini. Namun, ini bukanlah buah tangan terbaik daripada J.J. Abrams. Mungkin Abrams mempunyai gaya tersendiri dlm pengarahan filem tetapi dari segi penghasilan siri TV, Lost masih lg terbaik sebagai produk Abrams.

Pengarahan = B+
Lakonan = B+
Plot Citer = B+
Cinematography = B+






Sunday, June 12, 2011

Kontroversi Kelab Taat Suami/Isteri Taat


1. Jika publisiti yang dicari oleh Kelab Taat Suami, maka sy rasa kelab ini telah berjaya dlm misinya.

2. Daripada pihak di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Hanizam Abdullah di Berita Harian, sehinggalah Salih Yaakob, semuanya memberikan komen tersendiri berkaitan kenyataan yang keluar daripada 2 pemimpin Kelab Taat Suami itu.

3. 'Isteri perlu menjadi pelacur kelas pertama dan berpakaian seksi di rumah kepada suami' adalah kenyataan yg rasional, malah disusulkan dengan motif yang baik, iaitu utk membendung masalah penceraian rumahtangga dan supaya suami x curang.

4. Menjadikan diri sebagai pelacur atasan hanya kepada suami tidak merendahkan martabat wanita, menjejaskan imej Islam dan menafikan hak wanita dalam perkahwinan.

5. Kelab Taat Suami tidak pun memaksa masyarakat utk menurut kenyataannya tetapi cuma memberi tips berguna memandangkan penceraian di Malaysia berlaku setiap 15 minit.

6. Pelacur kelas pertama kepada suami dan pelacur kepada jantan gatal bukan suami adalah dua perkara yang berbeza.

7. Imej Islam takkan terjejas pown kerana Islam tak pernah menyekat seorang isteri melayan suami persis pelacur.

8. Itulah kuasa wanita jika ingin suami setia dan gembira. Boleh memilih utk menjadi pelacur kelas atasan ataupun makcik seberang jalan. Tiada hak wanita yang ternoda.

9. Justeru, sy rasa kecaman drpd pelbagai pihak terhadap kenyataan Kelab Taat Suami itu adalah tidak adil dan berfikiran tertutup, hanya in the box, bukan out of box.

10. Kita semua dikurniakan otak sebagai penapis data. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sunday, June 5, 2011

Syiman's Review - X-Men:First Class


X-Men:First Class mengisahkan bagaimana asal usul kelompok X-Men muncul dan prakisah percanggahan matlamat antara Profesor-x dan Magneto. Bolehlah dikatakan filem ini adalah prekuel kpd trilogi X-Men sebelum ini. Cameo oleh Hugh Jackman sebagai Wolverine dan Rebecca Romijn sebagai Mystique adalah satu idea kreatif dan bijak.


Menyoroti memori menonton semua koleksi filem X-Men yg ada, X-Men:First Class adalah lebih baik berbanding X-Men:Last Stand dan X-Men Origins:Wolverine. Kesan khas visual adalah mantap.

Perkembangan watak mutan adalah seimbang, fungsi dan peranan serta kuasa mutan yg menyerlah secara sekata. Malah, perkembangan watak selari dengan perjalanan plot yang ideal. Kredit harus diberi kepada James McAvoy yg membawa watak Profesor X versi muda atas lakonan yg berkesan.

Tahniah dan terima kasih kepada pengarah, Matthew Vaughn kerana menjadikan filem ini tidak seperti X-Men:Last Stand dan X-Men Origins: Wolverine.

Pengarahan : B+
Cinematography : B+
Lakonan : B+
Plot Citer : B+


Final Mentor 5:Penobatan Tepat?


1. Salma telah dinobat sebagai juara Mentor 5 diikuti naib juara, Shiha. Iqa, tempat ke-3.

2. Maka, haruslah penobatan ini diiringi dengan satu diskusi samada penobatan in tepat atau tidak.

3. Salma sememangnya memiliki vokal yang mantap, begitu juga dengan Black, Fiq, Mohd dan Pija. Namun, realiti telah mendedah bhw kemantapan holistik sebagai artis rakaman bukan hny terletak pada range vokal yang tinggi, sebaliknya yg menjadi pemangkin utama adalah vokal yang teradun dinamik dan harmoni dgn music.

4. Mentor 5-juri profesional, penonton dan majoriti warganya terlalu kagum menilai ketinggian vokal protege dengan mengabaikan resipi lain dlm penghasilan seorang juara. Disebabkan itulah, drpd juara Mentor 1 hingga 5, tiada siapa pown yg menyerlah dlm industri music.

5. Nampaknya Mentor 5 telah menjadi mentor kpd kita sebagai protege, bahawa sesungguhnya artis rakaman yang hanya bermodalkan ketinggian vokal tidak akan begitu berjaya dlm industri music.







Syiman's Review - Pirates of The Caribbean:At Stranger Tides


Menonton The Pirates of The Caribbean yg ke-4 adalah satu pengalaman menonton yg penuh dgn adventure menyeronokkan namun tidak dapat dielakkan drpd perbandingan dengan filem dlm kronologi The Pirates of The Caribbean yg terdahulu.

Rob Marshall, pengarah, masih mengekalkan elemen adventure yg kuat dgn pengembangan watak yang OK. Peranan watak digerakkan secara seimbang termasuklah watak Jack Sparrow (Johnny Depp) , pembantunya bernama Gibbs, Angelica (Penelope Cruz), Barbossa dan Blackbeard. Namun watak kapten Sepanyol di awal cerita dan di akhir cerita adalah satu kerugian kerana pembabitan watak itu boleh diadun sekali dalam formula pengembangan watak. Selain itu, Rob Marshall tidak mengoptimumkan penggunaan elemen CGI lalu tiadanya babak2 seperti serangan raksasa laut dalam Deadman's Chest dan pertempuran antara Black Pearl dan kapal lain di pusaran air.


Mungkin Rob Marshall inginkan sesuatu yang lain lantas menjadikan paparan visualnya mengutamakan keindahan persekitaran Hawaii. Mungkin juga pengurangan kos telah menyebabkan efek khas tidak sehebat seperti Deadman's Chest dan At World Ends.


Barisan lakonan menyaksikan persembahan yg memuaskan. Ketiadaan Keira Knightly dan Orlando Bloom adalah dirindui. Penelope Cruz tidak cukup utk menutup lompong ketiadaan kedua2 watak ini.


Rangkumannya :

Pengarahan = B
Plot Cerita = B+
Cinematography = B
Lakonan = B