Sunday, June 5, 2011

Final Mentor 5:Penobatan Tepat?


1. Salma telah dinobat sebagai juara Mentor 5 diikuti naib juara, Shiha. Iqa, tempat ke-3.

2. Maka, haruslah penobatan ini diiringi dengan satu diskusi samada penobatan in tepat atau tidak.

3. Salma sememangnya memiliki vokal yang mantap, begitu juga dengan Black, Fiq, Mohd dan Pija. Namun, realiti telah mendedah bhw kemantapan holistik sebagai artis rakaman bukan hny terletak pada range vokal yang tinggi, sebaliknya yg menjadi pemangkin utama adalah vokal yang teradun dinamik dan harmoni dgn music.

4. Mentor 5-juri profesional, penonton dan majoriti warganya terlalu kagum menilai ketinggian vokal protege dengan mengabaikan resipi lain dlm penghasilan seorang juara. Disebabkan itulah, drpd juara Mentor 1 hingga 5, tiada siapa pown yg menyerlah dlm industri music.

5. Nampaknya Mentor 5 telah menjadi mentor kpd kita sebagai protege, bahawa sesungguhnya artis rakaman yang hanya bermodalkan ketinggian vokal tidak akan begitu berjaya dlm industri music.







No comments:

Post a Comment