Sunday, June 12, 2011

Kontroversi Kelab Taat Suami/Isteri Taat


1. Jika publisiti yang dicari oleh Kelab Taat Suami, maka sy rasa kelab ini telah berjaya dlm misinya.

2. Daripada pihak di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Hanizam Abdullah di Berita Harian, sehinggalah Salih Yaakob, semuanya memberikan komen tersendiri berkaitan kenyataan yang keluar daripada 2 pemimpin Kelab Taat Suami itu.

3. 'Isteri perlu menjadi pelacur kelas pertama dan berpakaian seksi di rumah kepada suami' adalah kenyataan yg rasional, malah disusulkan dengan motif yang baik, iaitu utk membendung masalah penceraian rumahtangga dan supaya suami x curang.

4. Menjadikan diri sebagai pelacur atasan hanya kepada suami tidak merendahkan martabat wanita, menjejaskan imej Islam dan menafikan hak wanita dalam perkahwinan.

5. Kelab Taat Suami tidak pun memaksa masyarakat utk menurut kenyataannya tetapi cuma memberi tips berguna memandangkan penceraian di Malaysia berlaku setiap 15 minit.

6. Pelacur kelas pertama kepada suami dan pelacur kepada jantan gatal bukan suami adalah dua perkara yang berbeza.

7. Imej Islam takkan terjejas pown kerana Islam tak pernah menyekat seorang isteri melayan suami persis pelacur.

8. Itulah kuasa wanita jika ingin suami setia dan gembira. Boleh memilih utk menjadi pelacur kelas atasan ataupun makcik seberang jalan. Tiada hak wanita yang ternoda.

9. Justeru, sy rasa kecaman drpd pelbagai pihak terhadap kenyataan Kelab Taat Suami itu adalah tidak adil dan berfikiran tertutup, hanya in the box, bukan out of box.

10. Kita semua dikurniakan otak sebagai penapis data. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

4 comments:

  1. setuju! and i think this is your best post :) keep it up SS!!

    ReplyDelete
  2. thanks aliya. ^_^ trying as best as i can. hehe

    ReplyDelete
  3. ada betulnya di situ:)

    -your silent reader

    ReplyDelete