Sunday, June 5, 2011

Syiman's Review - Pirates of The Caribbean:At Stranger Tides


Menonton The Pirates of The Caribbean yg ke-4 adalah satu pengalaman menonton yg penuh dgn adventure menyeronokkan namun tidak dapat dielakkan drpd perbandingan dengan filem dlm kronologi The Pirates of The Caribbean yg terdahulu.

Rob Marshall, pengarah, masih mengekalkan elemen adventure yg kuat dgn pengembangan watak yang OK. Peranan watak digerakkan secara seimbang termasuklah watak Jack Sparrow (Johnny Depp) , pembantunya bernama Gibbs, Angelica (Penelope Cruz), Barbossa dan Blackbeard. Namun watak kapten Sepanyol di awal cerita dan di akhir cerita adalah satu kerugian kerana pembabitan watak itu boleh diadun sekali dalam formula pengembangan watak. Selain itu, Rob Marshall tidak mengoptimumkan penggunaan elemen CGI lalu tiadanya babak2 seperti serangan raksasa laut dalam Deadman's Chest dan pertempuran antara Black Pearl dan kapal lain di pusaran air.


Mungkin Rob Marshall inginkan sesuatu yang lain lantas menjadikan paparan visualnya mengutamakan keindahan persekitaran Hawaii. Mungkin juga pengurangan kos telah menyebabkan efek khas tidak sehebat seperti Deadman's Chest dan At World Ends.


Barisan lakonan menyaksikan persembahan yg memuaskan. Ketiadaan Keira Knightly dan Orlando Bloom adalah dirindui. Penelope Cruz tidak cukup utk menutup lompong ketiadaan kedua2 watak ini.


Rangkumannya :

Pengarahan = B
Plot Cerita = B+
Cinematography = B
Lakonan = B





No comments:

Post a Comment