Sunday, June 5, 2011

Syiman's Review - X-Men:First Class


X-Men:First Class mengisahkan bagaimana asal usul kelompok X-Men muncul dan prakisah percanggahan matlamat antara Profesor-x dan Magneto. Bolehlah dikatakan filem ini adalah prekuel kpd trilogi X-Men sebelum ini. Cameo oleh Hugh Jackman sebagai Wolverine dan Rebecca Romijn sebagai Mystique adalah satu idea kreatif dan bijak.


Menyoroti memori menonton semua koleksi filem X-Men yg ada, X-Men:First Class adalah lebih baik berbanding X-Men:Last Stand dan X-Men Origins:Wolverine. Kesan khas visual adalah mantap.

Perkembangan watak mutan adalah seimbang, fungsi dan peranan serta kuasa mutan yg menyerlah secara sekata. Malah, perkembangan watak selari dengan perjalanan plot yang ideal. Kredit harus diberi kepada James McAvoy yg membawa watak Profesor X versi muda atas lakonan yg berkesan.

Tahniah dan terima kasih kepada pengarah, Matthew Vaughn kerana menjadikan filem ini tidak seperti X-Men:Last Stand dan X-Men Origins: Wolverine.

Pengarahan : B+
Cinematography : B+
Lakonan : B+
Plot Citer : B+


No comments:

Post a Comment