Thursday, July 21, 2011

Kombinasi 3 Kebusukan


1. Yang sebenarnya, huru-hara dan penurunan prestasi KDP UTeM adalah hasil drpd kombinasi 3 orang yg sepatutnya bertanggungjawab iaitu Nik; Presiden KDP UTeM, Syuhada; tiada jawatan dlm KDP UTeM tetapi ahli paling senior yg masih wujud yg byk menguruskan KDP UTeM, dan Awang; alumni KDP UTeM.

2. Kombinasi trio inilah yg menyebabkan bau yg cukup busuk dlm KDP UTeM.

3. Nik dan Syuhada perlu bertanggungjawab lalu menjawab pelbagai isu berbangkit dlm Kelab Debat UTeM.

4. Apakah isu2 itu? Mari saya senaraikan:
  • perlantikan jurulatih yang cukup lama tertangguh
  • tiada proses pemilihan peserta yang telus utk sebarang pertandingan debat
  • membiarkan alumni berperanan sebagai pembuat keputusan sedangkan mereka hanya penasihat
  • trend penurunan prestasi KDP UTeM dlm pertandingan
  • pengabaian unit Bahasa Inggeris
  • struktur latihan yg tidak bersepadu
5. Awang perlu jelas bahawa kapasitinya sebagai alumni adalah sebagai penasihat, bkn pembuat keputusan dlm KDP UTeM.

6. Syuhada pulak cukup emosi dlm mesyuarat malah menafikan hak seorang pelajar UTeM utk berpersatuan, malah menafikan jugak keputusan majoriti ahli yang memberi pandangan.

7. Saya ada merujuk isu2 berbangkit ini kepada Nik, presiden KDP UTeM namun gagal dijawab secara jelas dan tepat.

8. Maka dengan ini, sy berharap isu2 ini dijawab bagi mentransformasikan bau busuk dlm KDP UTeM kepada bau wangi yg menjadikan kita semua gembira utk hidu.

9. Selagi isu2 ini tak terjawab dan diselesaikan, selagi itulah saya akan sentiasa berada di sini utk mengkritik dgn penuh gembira. ^_^

Presiden Gred D


1. Senarai Presiden KDP UTeM di zaman saya adalah Syuhada, diikuti oleh Ibrahim kemudian Thailis, kemudian Nik.

2. Adalah sesuatu yang wajar utk kita menilai kepimpinan dan kejayaan sesuatu kelab yg diterajui oleh pemimpin nombor satunya.

3. Maka, Nik sebagai Presiden KDP UTeM tidak terlepas drpd penilaian sejauh mana hala tuju kelab dan kejayaannya sepanjang kepimpinan beliau setakat ini.

4. Mari kita selak dulu isu2 dlm KDP UTeM
  • pelantikan jurulatih yg cukup lama tertangguh
  • tiada proses pemilihan peserta ke pertandingan
  • membiarkan alumni menjadi pembuat keputusan sedangkan mereka hanya penasihat
  • trend penurunan prestasi KDP UTeM
  • pengabaian unit Bahasa Inggeris
  • struktur latihan yg tidak bersepadu
5. Sepanjang tempoh setahun Nik sebagai Presiden, isu2 ini masih dan dibiarkan berlarutan.

6. Jika kita katakan Mesir huru-hara kerana Presidennya, Hosni Mubarak, maka begitulah juga dgn huru-hara dlm KDP UTeM adalah kerana Presidennya, Nik.

7. Sy masih teringat kata2 drpd bekas jurulatih KDP UTeM, Jijoi yg mengatakan Nik sebagai gred D sewaktu latihan.

8. Gred D berganda buat Nik kerana sebagai Presiden KDP UTeM, beliau adalah presiden yg paling teruk pernah kelab ada.

Penguin Apungan Yg Semakin Tenggelam


1. Sungguh malang bagi KDP UTeM kerana ada pengurus yang tidak cekap malah sungguh konsisten dalam ketidakcekapan; bernama Syuhada.


2. Mari saya membentangkan beberapa dalil asas sebab Syuhada dikatakan sbg pengurus yg tidak efektif.

3. Minta maaflah ya kepada warga KDP UTeM kerana sy telah cuba utk mengkritik Syuhada di saluran seperti bermesyuarat dlm KDP namun Syuhada enggan menjayakan perbincangan itu, dengan berlari ke sana sini; tak mahu bersemuka dengan saya.

4. Itu menunjukkan Syuhada adalah seorang yg tak profesional, dan tidak menjunjung konsep bermesyuarat dlm melakukan keputusan. Malah Syuhada kelihatan cukup emosi dlm mesyuarat yg lepas.

5. Semua ini adalah kerana pengaruh alumni yg juga tidak cekap yg cukup mendalam dlm diri Syuhada. Alumni KDP UTeM telah berjaya memberi minum Syuhada racun hingga dia tidak dapat membezakan peranan dan kapasiti alumni dgn ahli skrg dalam KDP UTeM. Lantas, patuhlah Syuhada 100% tanpa tapisan segala kata2 Awang seperti seorang hamba yg patuh kepada tuan. Lalu, terabailah segala pandangan yg dikemukakan oleh ahli KDP UTeM skrg.

6. Disebabkan kepincangan pengurusan oleh Syuhada, maka berterusanlah trend penurunan prestasi KDP UTeM dlm arena debat.

7. Sesungguhnya, kejayaan kelab adalah disebabkan pengurusan profesional, cekap dan berintegriti oleh pengurusnya. Contohnya, kejayaan Manchester United disebabkan kemantapan pengurusan Alex Ferguson. Begitu juga kejayaan Lee Chong Wei kerana tunjangnya adalah Misbun Sidek.

8. Siapakah pengurus KDP UTeM? Syuhada. Maka kita dapat mengetahui mengapa KDP UTeM cukup lemah prestasinya; kerana tunjang pengurusannya adalah Syuhada.

9. Justeru, sy dgn ini ingin mengajak malah menyeru, ahli KDP skrg, kita iktiraf pengurus yg baru.



Wednesday, July 20, 2011

MLM: Busines Cari Orang


1. Kita mmg patut utk bergiat dlm perniagaan memandangkan perniagaan adalah 9/10 drpd rezeki.

2. Sy cukup kagum dengan semangat kebanyakan daripada kita yg cukup berkobar2 dlm menceburi perniagaan.

3. Masalahnya, keghairahan melibatkan diri dlm perniagaan ini banyak disalurkan kpd perniagaan yg mana orientasinya adalah kpd mencari orang, bukan menjual produk.

4. Perniagaan mencari orang ini tidak lain dan tidak bukan ialah MLM.

5. Ramai orang mahu menyertai busines cari orang ini kerana konsepnya; sekali melabur, pulangannya berganda-ganda dengan hanya mencari orang. Sebagai tambahan, anda boleh saja mengabaikan penjualan produk.

6. Spesifikasi perniagaan begini membuatkan ramai yg gagal drpd yg berjaya. Malah, MLM menyekat perkembangan originaliti dan inovasi dlm kalangan usahawan yg berminat utk memulakan perniagaan. Jika sekatan ini berkembang maka proses utk melahirkan usahawan yg ada syarikat besar yang berjaya akan terbantut.

7. Hal ini berlaku kerana usahawan ini memerah keringat utk mencari orang, bukan ke arah memikirkan ttg produk unik dan berkualiti yg ada penjenamaan impresif lagi komprehensif.

8. Apple, Sony, Panasonic, Samsung, Nestle, Nokia, Topman, Loreal Paris tak pernah menggunakan MLM sebagai salah satu tangga bagi menuju kemuncak kejayaan syarikat. Begitu juga dengan Petronas, AirAsia, Proton, Restoran Chicken Rice Shop, My Asam Pedas milik Linda Onn, tidak pernah menggunakan MLM sebagai strategi pemasaran dalam perniagaan.

9. Dengan itu, saudara saudari, kalau nak ceburi busines, ceburilah busines jual produk, bukan cari orang seperti MLM ini. Kuatkan iman, jangan terpedaya.


Tuesday, July 19, 2011

Aaron Aziz & Ady Putra


1. Aaron Aziz & Ady Putra adalah 2 jejaka kacak, tampan, handsome lg bergaya yg menyerlah dlm industri lakonan di Malaysia.

2. Selalulah kita melihat mereka ini terpampang di televisyen dan juga di wayang.

3. Tahukah anda? Aaron Aziz dan Ady Putra nie datangnya dari Singapura? Ramai dah tahu kan. Berikutan dengan pengetahuan itu tumbuhlah satu kenyataan bahawa duo ini menyekat rezeki para pelakon Malaysia.

4. Kenyataan itu dtg drpd mentaliti pelakon yg cemburu dan sudah semestinya, golongan pelakon yg semakin kurang pendapatannya.

5. Apa kata perasaan cemburu itu ditransformasi menjadi persaingan sihat, bukan mentaliti tidak sihat. Aaron Aziz dan Ady Putra telah menunjukkan apa yang perlu ada utk menjadi pelakon yg berjaya.

6. Justeru, pelakon2 yg asalnya dari Malaysia harus mempunyai semangat utk bersaing lantas mengalahkan jejaka berdua ini.

7. Jika Aaron Aziz punya berukur lilit 4.5 inci, maka pelakon lelaki di Malaysia harus setanding. Jika Ady Putra beraksi shirtless dlm filem, apa kata pelakon Malaysia pun shirtless malah pantless. Hehe. ^_^




Saturday, July 16, 2011

Syiman's Review : Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2


It All Ends. Akhirnya, satu fenomena dalam industri filem akn melabuhkan tirainya. Pada mulanya, Syiman agak risau ttg bagaimanakah pengakhiran dan konklusi dicorakkan. Namun, Syiman rasa pelengkap kepada 7 siri Harry Potter ini adalah yang terbaik antara semua siri. Perlawanan antara Death Eater iaitu pengikut Voldemort dengan pihak Hogwart/Dumbledore digarap dengan baik dan penuh epik. Semoga Emma Watson dan Daniel Radcliffe yang mencapap akan sentiasa sukses dalam karier lakonan mereka. Sesungguhnya, Harry Potter akan dirindui. Terima kasih kepada J.K. Rowling kerana melahirkan Harry Potter, lagenda yang akan sentiasa diingati.

Pengarahan: B
Cinematography: B+
Plot Citer: B+
Lakonan: B



Friday, July 15, 2011

Latihan Indusri


1. Mari kita mengkaji kembali adakah sistem Latihan Industri yg diamalkan IPTA di Malaysia adalah satu pembelajaran sihat utk mendalami suasana persekitaran sebenar dlm industri.

2. Berdasarkan pengalaman, byk kepincangan dlm Latihan Industri aka LI dapat dikesan; antaranya:

  • Pemantauan drpd pihak IPTA yg lemah di syarikat yang mana pelajar menjalani LI
  • Sikap pihak syarikat yg menggunakan pelajar LI sebagai buruh kasar, bkn utk mengajar dan melatih secara optimum
  • Tiada sistem pengiktirafan atau klasifikasi oleh pihak IPTA terhadap syarikat yg betul2 berkualiti dan tepat utk dijadikan tempat LI
  • Jalin hubung yang lemah antara pihak IPTA dan pihak syarikat
3. Kepincangan ini jika dibiarkan maka pelajar tidak akan dapat apa2 pown drpd Latihan Industri. Jika ada, hanyalah pengalaman menjadi buruh kasar.

4. Kementerian berkaitan dan pihak IPTA perlu memantapkan sistem dan mentransformasi sistem LI seiring dengan trend transformasi sana sini yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak.

5. Kalau tak mampu nak transformasi, maka mansuhkanlah saja Latihan Industri nie.

Wednesday, July 13, 2011

Top 10 Things of Rite Now 3



Erma Fatima adalah seorang pengarah drama yang cukup berbakat. Syiman baru saja tgk Tahajjud Cinta, drama terbaru Erma di Tv3. Buah tangan terbaru Erma ini cukup seronok ditonton kerana didatangkan dengan skrip yang bagus dan lakonan mantap dari Nur Fazura, Fauziah Gous dan lain2. Semoga Erma terus mewarnai industri drama dengan karyanya dan Syiman berharap Erma selepas ini fokus pula kepada bidang perfileman, kerana dia sememangnya pengarah yang cukup berbakat.


Trans Studio Bandung adalah taman tema indoor yang dimiliki oleh sebuah syarikat penyiaran di Indonesia. Inilah pertama kali dalam sejarah dunia sebuah syarikat penyiaran memiliki taman tema indoor. Harus sangat Syiman nak melawat nanti.


Sugar Glider telah menjadi trend dalam kalangan belia Malaysia dlm menjadi haiwan peliharaan. Adakah Sugar Glider ini relevan utk dijadikan haiwan peliharaan dan menandingi populariti anjing dan kucing sebagai haiwan peliharaan? Tepuk dada, tanyalah selera ye. Apa yang pasti dan x boleh nafi, sugar glider mmg comel.


Gaara adalah salah seorang wira dalam komik manga terkenal dari Jepun, Naruto. Episod terbaru yang dibaca di MangaStream bakal menyaksikan perlawanan antara Gaara dengan ayah nya sendiri yang dimanipulasi oleh kuasa jahat. Bagaimanakan perlawanan ini akan berakhir? Sama2 lah kita saksikan ye.


Tepukan gemuruh buat Novak Djokovic kerana telah berjaya menggondol satu lagi piala Grand Slam ke-2 dlm tahun ini. Djokovic memenangi Wimbledon 2011 mengalahkan Rafael Nadal di final sekaligus merampas takhta nombor satu milik Nadal. Adakah momentum kejayaan Novak Djokovic ini akan bertahan lama? Syiman masih penyokong kuat Rafael Nadal. Semoga selepas ini, Nadal dapat membelasah cukup2 Djokovic.


Tahniah buat Adele kerana walaupun Lady Gaga menyelit ke dalam 2011 dengan album terbaru, Born This Way dan persaingan2 daripada artis2 lain, namun Adele masih gah mendominasi carta Billboard. Dengan Beyonce juga menyelit dengan album terbaru, 4, Syiman meramalkan Adele akan sedikit sahaja goyah namun di akhirnya, 2011 adalah 'The Year of Adele'.


Teringin la nak merasa aneka roti dan apa yang ada di The Loaf. Diinspirasikan sedikit sebanyak daripada style Jepun, maka harus sangat roti The Loaf dimasukkan ke dalam mulut Syiman. Hehe.


Clear sememangnya shampoo yang membuatkan rambut rasa segar tanpa dandruf. Syiman dah try dah sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan di dalam bilik mandi.


Sugar Cracker. Yup. Dah lama tak gigit benda klasik nie.


Menunggang kuda adalah satu lagi aktiviti yang boleh diamalkan di kala kita perlukan sesuatu yang menyeronokkan dan merancakkan adrenalin. Jom berkuda.

Monday, July 4, 2011

Sampai Menjilat GCB




GCB McD memang sedap. Sos putih die mmg sedap makan dengan daging ayam yang digrilled. Nak lagi..Nyum2. For me, GCB adalah burger kedua tersedap daripada McD selepas Double Cheeseburger.

Setelah penat berada dalam dunia alien, kali nie Katy Perry menjadi sorang pompuan nerd yang mencari identitinya. Single terbaru Last Friday Night mmg catchy disusuli dengan music video yang cukup mantap. Suke tgk music video die. Adakah single terbaru Katy Perry nie akan menjadi single ke-5 dari album Teenage Dream yang menerjah #1 di Billboard Hot 100?
French Toast di Oldtown mmg sedap. Hari tue kuar ngan someone then makan lah kat Oldtown. Saje je lah nak rasa French Toast. Sekali rasa, wow! Mmg syok! Cuba lah rasa k. :)

Tak sangka kan Sepah menang Maharaja Lawak. I actually sokong Nabil utk menjadi Maharaja Lawak namun tidak mengapa. Semoga Sepah menjadi pelawak Malaysia yang berjaya dan menyumbang kepada industri dan masyarakat secara positif.

Green Lantern kini tampil dalam bentuk filem pulak. Syiman mulanya nak tgk kat pawagam tapi rasa mcm malas pulak sebab, di Metacritic, markah Green Lantern adalah di bawah 40%, membawa maksud ramai pengkritik professional tak suka filem nie. Kutipan filem Green Lantern di US juga kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan filem Hollywood kos tinggi yg lain.

Adakah Beyonce akan berjaya menjadikan tahun 2011 sebagai 'The Year of Beyonce' sekali lagi? Album studio yang keempat dari Beyonce, 4, telah dilancarkan. Syiman rasa, tahun nie bukan tahun Beyonce, tapi still menjadi milik Adele.

Di tengah2 itulah Ambiga Sreenevasan, penganjur perhimpunan Bersih 2.0. Hurm. Syiman tak tau nak bagi komen ttg penganjuran Bersih nie. Cuma, Syiman berharap bahawa pada 9/7 ini, tiada kerosakan harta benda dan nyawa yang berlaku.

Jang Geun-suk adalah celebriti Korea yang mana telah menarik perhatian Syiman. Ntah mengapa dia nampak mcm semakin mencapab sejak kebelakangan nie. Dengan itu, Syiman rasa nak tgk lah nanti adegan dan aksi Jang Geun-suk dalam mana2 drama lakonannya.

Di ruangan Jom Melaram sisipan Inspirasi Berita Harian, ada dicadangkan supaya Baju Melayu Nehru menjadi pilihan sebagai pakaian raya utk tahun ini. Itu adalah satu cadangan yang baik yang mana Syiman rasa berminat nak cuba. Anda pun boleh cuba.

Clinique tidak pernah kontang dalam menampilkan rangkaian produk berkualiti. Clinique anti blemish solution adalah rangkaian yang harus dicuba oleh golongan yang mahu kulitnya tulus mulus tanpa cela. Sekarang Syiman guna Loreal Paris. Urm..rasanya dalam masa 2-3 tahun lagi, Syiman akan bertukar ke jenama Clinique. :)