Wednesday, July 13, 2011

Top 10 Things of Rite Now 3



Erma Fatima adalah seorang pengarah drama yang cukup berbakat. Syiman baru saja tgk Tahajjud Cinta, drama terbaru Erma di Tv3. Buah tangan terbaru Erma ini cukup seronok ditonton kerana didatangkan dengan skrip yang bagus dan lakonan mantap dari Nur Fazura, Fauziah Gous dan lain2. Semoga Erma terus mewarnai industri drama dengan karyanya dan Syiman berharap Erma selepas ini fokus pula kepada bidang perfileman, kerana dia sememangnya pengarah yang cukup berbakat.


Trans Studio Bandung adalah taman tema indoor yang dimiliki oleh sebuah syarikat penyiaran di Indonesia. Inilah pertama kali dalam sejarah dunia sebuah syarikat penyiaran memiliki taman tema indoor. Harus sangat Syiman nak melawat nanti.


Sugar Glider telah menjadi trend dalam kalangan belia Malaysia dlm menjadi haiwan peliharaan. Adakah Sugar Glider ini relevan utk dijadikan haiwan peliharaan dan menandingi populariti anjing dan kucing sebagai haiwan peliharaan? Tepuk dada, tanyalah selera ye. Apa yang pasti dan x boleh nafi, sugar glider mmg comel.


Gaara adalah salah seorang wira dalam komik manga terkenal dari Jepun, Naruto. Episod terbaru yang dibaca di MangaStream bakal menyaksikan perlawanan antara Gaara dengan ayah nya sendiri yang dimanipulasi oleh kuasa jahat. Bagaimanakan perlawanan ini akan berakhir? Sama2 lah kita saksikan ye.


Tepukan gemuruh buat Novak Djokovic kerana telah berjaya menggondol satu lagi piala Grand Slam ke-2 dlm tahun ini. Djokovic memenangi Wimbledon 2011 mengalahkan Rafael Nadal di final sekaligus merampas takhta nombor satu milik Nadal. Adakah momentum kejayaan Novak Djokovic ini akan bertahan lama? Syiman masih penyokong kuat Rafael Nadal. Semoga selepas ini, Nadal dapat membelasah cukup2 Djokovic.


Tahniah buat Adele kerana walaupun Lady Gaga menyelit ke dalam 2011 dengan album terbaru, Born This Way dan persaingan2 daripada artis2 lain, namun Adele masih gah mendominasi carta Billboard. Dengan Beyonce juga menyelit dengan album terbaru, 4, Syiman meramalkan Adele akan sedikit sahaja goyah namun di akhirnya, 2011 adalah 'The Year of Adele'.


Teringin la nak merasa aneka roti dan apa yang ada di The Loaf. Diinspirasikan sedikit sebanyak daripada style Jepun, maka harus sangat roti The Loaf dimasukkan ke dalam mulut Syiman. Hehe.


Clear sememangnya shampoo yang membuatkan rambut rasa segar tanpa dandruf. Syiman dah try dah sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan di dalam bilik mandi.


Sugar Cracker. Yup. Dah lama tak gigit benda klasik nie.


Menunggang kuda adalah satu lagi aktiviti yang boleh diamalkan di kala kita perlukan sesuatu yang menyeronokkan dan merancakkan adrenalin. Jom berkuda.

No comments:

Post a Comment