Monday, July 4, 2011

Sampai Menjilat GCB




GCB McD memang sedap. Sos putih die mmg sedap makan dengan daging ayam yang digrilled. Nak lagi..Nyum2. For me, GCB adalah burger kedua tersedap daripada McD selepas Double Cheeseburger.

Setelah penat berada dalam dunia alien, kali nie Katy Perry menjadi sorang pompuan nerd yang mencari identitinya. Single terbaru Last Friday Night mmg catchy disusuli dengan music video yang cukup mantap. Suke tgk music video die. Adakah single terbaru Katy Perry nie akan menjadi single ke-5 dari album Teenage Dream yang menerjah #1 di Billboard Hot 100?
French Toast di Oldtown mmg sedap. Hari tue kuar ngan someone then makan lah kat Oldtown. Saje je lah nak rasa French Toast. Sekali rasa, wow! Mmg syok! Cuba lah rasa k. :)

Tak sangka kan Sepah menang Maharaja Lawak. I actually sokong Nabil utk menjadi Maharaja Lawak namun tidak mengapa. Semoga Sepah menjadi pelawak Malaysia yang berjaya dan menyumbang kepada industri dan masyarakat secara positif.

Green Lantern kini tampil dalam bentuk filem pulak. Syiman mulanya nak tgk kat pawagam tapi rasa mcm malas pulak sebab, di Metacritic, markah Green Lantern adalah di bawah 40%, membawa maksud ramai pengkritik professional tak suka filem nie. Kutipan filem Green Lantern di US juga kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan filem Hollywood kos tinggi yg lain.

Adakah Beyonce akan berjaya menjadikan tahun 2011 sebagai 'The Year of Beyonce' sekali lagi? Album studio yang keempat dari Beyonce, 4, telah dilancarkan. Syiman rasa, tahun nie bukan tahun Beyonce, tapi still menjadi milik Adele.

Di tengah2 itulah Ambiga Sreenevasan, penganjur perhimpunan Bersih 2.0. Hurm. Syiman tak tau nak bagi komen ttg penganjuran Bersih nie. Cuma, Syiman berharap bahawa pada 9/7 ini, tiada kerosakan harta benda dan nyawa yang berlaku.

Jang Geun-suk adalah celebriti Korea yang mana telah menarik perhatian Syiman. Ntah mengapa dia nampak mcm semakin mencapab sejak kebelakangan nie. Dengan itu, Syiman rasa nak tgk lah nanti adegan dan aksi Jang Geun-suk dalam mana2 drama lakonannya.

Di ruangan Jom Melaram sisipan Inspirasi Berita Harian, ada dicadangkan supaya Baju Melayu Nehru menjadi pilihan sebagai pakaian raya utk tahun ini. Itu adalah satu cadangan yang baik yang mana Syiman rasa berminat nak cuba. Anda pun boleh cuba.

Clinique tidak pernah kontang dalam menampilkan rangkaian produk berkualiti. Clinique anti blemish solution adalah rangkaian yang harus dicuba oleh golongan yang mahu kulitnya tulus mulus tanpa cela. Sekarang Syiman guna Loreal Paris. Urm..rasanya dalam masa 2-3 tahun lagi, Syiman akan bertukar ke jenama Clinique. :)



No comments:

Post a Comment