Wednesday, July 20, 2011

MLM: Busines Cari Orang


1. Kita mmg patut utk bergiat dlm perniagaan memandangkan perniagaan adalah 9/10 drpd rezeki.

2. Sy cukup kagum dengan semangat kebanyakan daripada kita yg cukup berkobar2 dlm menceburi perniagaan.

3. Masalahnya, keghairahan melibatkan diri dlm perniagaan ini banyak disalurkan kpd perniagaan yg mana orientasinya adalah kpd mencari orang, bukan menjual produk.

4. Perniagaan mencari orang ini tidak lain dan tidak bukan ialah MLM.

5. Ramai orang mahu menyertai busines cari orang ini kerana konsepnya; sekali melabur, pulangannya berganda-ganda dengan hanya mencari orang. Sebagai tambahan, anda boleh saja mengabaikan penjualan produk.

6. Spesifikasi perniagaan begini membuatkan ramai yg gagal drpd yg berjaya. Malah, MLM menyekat perkembangan originaliti dan inovasi dlm kalangan usahawan yg berminat utk memulakan perniagaan. Jika sekatan ini berkembang maka proses utk melahirkan usahawan yg ada syarikat besar yang berjaya akan terbantut.

7. Hal ini berlaku kerana usahawan ini memerah keringat utk mencari orang, bukan ke arah memikirkan ttg produk unik dan berkualiti yg ada penjenamaan impresif lagi komprehensif.

8. Apple, Sony, Panasonic, Samsung, Nestle, Nokia, Topman, Loreal Paris tak pernah menggunakan MLM sebagai salah satu tangga bagi menuju kemuncak kejayaan syarikat. Begitu juga dengan Petronas, AirAsia, Proton, Restoran Chicken Rice Shop, My Asam Pedas milik Linda Onn, tidak pernah menggunakan MLM sebagai strategi pemasaran dalam perniagaan.

9. Dengan itu, saudara saudari, kalau nak ceburi busines, ceburilah busines jual produk, bukan cari orang seperti MLM ini. Kuatkan iman, jangan terpedaya.


No comments:

Post a Comment