Sunday, August 28, 2011

Madrasah Tarbiah Ramadhan 3


Maka tinggal lagi sehari berpuasa, raya lah kita. Agak cepat masa berlalu kan..

Bagi yang beraya bersama family/ibu bapa, maka syukuri lah momen yang ada bersama mereka dengan kemesraan bermakna. Syiman beraya di tempat kerja. Bagi golongan yang bekerja pada Hari Raya, hantarlah sms paling manis buat abah dan mama serta keluarga.

Bagi sesiapa yang masih sedang plan utk berbelanja sempena raya nie, bersederhanalah dalam mengeluarkan duit anda. Jangan hanya kerana sambutan raya, habis gaji 3 bulan lesap begitu saja. Syiman cadangkan perbelanjaan dalam kadar tidak lebih RM500 utk makanan, hadiah dan baju raya utk seisi keluarga. Buat individu, RM250 adalah sudah memadai. Perbelanjaan terancang, ekonomi gemilang.

Bagi yang terponteng puasa samada sengaja atau tidak sengaja, jangan lah lupa langsaikan hutang puasa anda k.

Menutupi siri Madrasah Tarbiah Ramadhan 2011 ini, Syiman amatlah suka utk memetik kata2 daripada God utk pedoman buat kita semua :

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolong dirimu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang2 yg khusyuk."

Al-Baqarah, 45

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yg ditujukan kepadamu) dgn cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dgn serta merta akn menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang2 yg bersikap sabar, dan tidak juga dpt diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagian dunia dan akhirat"

Fussilat, 34-35

"Kamilah penolong2 kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat, dan kamu akan beroleh pd hari akhirat, apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh, pada hari itu, apa yang kamu cita2 mendapatnya"

Fussilat, 31

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin ^_^

Monday, August 22, 2011

Be Born This Way


Amatlah disukai apabila single terbaru Lady Gaga, You and I, mencanakkan status Gaga sebagai diva electronica yang sentiasa tidak menghampakan peminat. Born This Way telah menghidangkan 4 single rasmi so far, iaitu Born This Way, Judas, The Edge of Glory dan You and I. Haruslah utk Syiman menyelitkan video klip semua single Gaga utk halwa telinga semua. ^_^






Wednesday, August 17, 2011

Madrasah Tarbiah Ramadhan 2


" Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kpd Kami, samada ia sedang berbaring, atau duduk atau berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. Demikianlah diperelokkan pd pandangan org2 yg melampau apa yang mereka lakukan "

Yunus, 12

Tuesday, August 16, 2011

Chong Wei vs. Lin Dan 2


1. Berita terbaru memaparkan bhw Chong Wei sekali lagi dibelasah oleh Lin Dan di Kejohanan Dunia Badminton. 22-20, 14-21, 21-23. Syiman tertarik utk membuat analisis dari sudut body Chong Wei. 

 2. Adalah menjadi kebiasaan majoriti masyarakat Malaysia memiliki ukuran dan pembinaan otot body yang kecil, tidak terkecuali Chong Wei. 

3. Namun, sebagai seorang atlet yg ditabalkan pemain badminton nombor satu dunia, BAM perlu lakukan sesuatu bagi menambahkan berat badan lantas memantapkan pembinaan otot Chong Wei. Mungkin juga Chong Wei perlu lebih kerap ke Celebrity Fitness.  

4. Hal ini kerana kita sudah jemu melihat Chong Wei byk menang kejohanan Super Series sebaliknya kecundang dlm kejohanan besar ataupun Grand Slam Badminton. 

5. Jika Grand Slam bagi tenis adalah Terbuka Australia, Terbuka Amerika Syarikat, Wimbledon dan Terbuka Perancis, maka Grand Slam bagi badminton adalah Piala Thomas, Piala Sudirman, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.  

6. Chong Wei asyik kalah dgn lawannya yg lebih berotot besar di kejohanan beasr ini. Paling jelas adalah dengan musuh tradisi, Lin Dan. Lin Dan bukan sahaja lebih seksi, malah lebih berotot besar.  

7. Sorakan penonton akan lebih meriah jika Chong Wei lebih seksi. Malah, otot yang lebih besar akan memberi impak psikologi kepada Lin Dan.  

8. Justeru, BAM harus bertindak ke arah menjadikan Chong Wei lebih seksi dan berotot besar melalui pemakanan terancang dan latihan yg meransang tumbesaran otot supaya Chong Wei mencanak prestasinya lantas menjuarai kejuaraan besar itu.  

9. Dengan itu, status nombor #1 dunia benar2 layak utk dipakai.
 





Tuesday, August 9, 2011

Madrasah Tarbiah Ramadhan



"Tuhan yg menciptakan aku, maka Dialah yg memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dan Dia jualah yg memberiku makan dan memberi minum; Dan apabila aku sakit, maka Dialah yg menyembuhkan penyakitku; Dan yg mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku; Dan yg aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang2 yang salih; Dan jadikanlah bagiku sebutan dr orang2 yg mewarisi Syurga Jannatun Naim; Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang2 yg sesat; Dan janganlah Engkau hinakan daku pd hari makhluk2 dibangkitkan hidup semula"


Asy-Syu'araa', 78-87

Syiman's Review - Captain America:The First Avenger

Ada beberapa elemen yg Syiman suka ttg filem Captain America dan elemen2 itu ialah :
  • Badan skinny yang digabungkan dengan kepala Captain America (Chris Evans), seterusnya menjadi tegap setelah disuntik serum formula kekuatan luar biasa oleh Dr. Abraham (Stanley Tucci).
  • Seorang saintis yang bernama Dr. Zola kerana namanya adalah Dr. Zola.
  • Sentuhan emosi melalui kekangan masa dan persekitaran utk penyemarakan cinta antara Captain America dan Peggy Carter (Hayley Atwell).
  • Gaya Peggy Carter terutamanya sewaktu menampilkan kemahiran menembaknya. Kecantikannya juga adalah mengagumkan.
  • Situasi yang mana walaupun Captain America telah menjadi kuat dan berbadan tegap, namun keadaan lama masih x berubah, malah Captain America hanya menjadi maskot utk pujaan audiens budak 12 tahun.
Sukanya Syiman terhadap rentetan elemen yang dihighlite itu dibayangi oleh beberapa perkara pula terutamanya tentang pengolahan jalan cerita dan paparan aksi yang ditonjolkan. Namun, Syiman dapat menerimanya kerana sebagai sebuah filem Captain America yang pertama, pengarah pasti ingin menggunakan ruang yang ada utk memperkenalkan origin Captain America dengan lebih mendalm. Diharapkan, filem ini mempunyai sekuel yang mana lebih mantap.

Pengarahan : B
Lakonan : B
Plot Citer : B
Cinematography : B




The Pleasure of August


1. Bulan Ogos kali ini agak menggembirakan kerana Ramadhan telah menjelma dgn limpahan rahmat bagi orang yg sabar dan istigamah.

2. Selain itu, Syiman dah melakukan beberapa perkara pemuasan nafsu di awal bulan Ogos yang mana Syiman rasa cukuplah sahaja setakat itu. Apakah perkara2 itu? Ha, mai Syiman nak senaraikan :

a) A&W - 2 x Root Beer; Regular Double Scoop Float n Large Double Scoop Float, Signature Mug A&W worth RM7.90

b) McD - Set Double Cheeseburger Large with Milo, Aiskrim Sundae Lime Flavour

c) Big Apple - 8 donuts worth RM18.50

d) Cinema at Cathay Cineplex - Captain America: The First Avenger with mamat Myanmar bernama Francis

e) Bread Talk - Moon Cake; 4 perisa: Tradiotional Lotus, White Lotus, Pandan and Black Sesame with single yolk

f) Fumakilla - Jumbo Roach Bait

3. Dengan berlakunya perkara (a) hingga (f) itu, maka Syiman rasa cukuplah pemuasan nafsu yg terlaksana utk bulan Ogos.

4. Ramadhan telah mengekang program pemuasan nafsu Syiman supaya menjadi lebih terkawal.

5. Kita tunggu pulak bulan September/Syawal. ^_^

Thursday, August 4, 2011

Penguin Apungan + Presiden Gred D



1. Maka lebih jelas lg ketara bahawa gabungan Penguin Apung dan Presiden Gred D adalah kombinasi yg cukup busuk dan menjadi pemangkin ke arah penerusan trend penurunan prestasi KDP UTeM.

2. Ada kemajuan kah mereka di Debat Perpaduan? Tiada.

3. Percaturan Penguin Apung dan Presiden Gred D utk bergabung adalah satu kesilapan besar kerana dari dulu sampai sekarang kombinasi dua makhluk ini x pernah berjaya.

4. Walaupun mereka berdua tahu mereka tidak serasi, mereka masih mahu bergabung. Mengapa? Hal ini kerana masing2 ada agenda utk melunaskan gian terlampau dlm berdebat dgn misi Penguin Apung 'nak berdebat dengan betul namun dah tiga tahun lebih tak debat pun betul2' dan Presiden Gred D pula dengan misi 'nak masuk setiap pertandingan debat'.

5. Kombinasi 2 misi yang berorientasi diri sendiri ini lah yg gagal memacu KDP UTeM utk menempa kejayaan.

6. Justeru, dengan adanya Penguin Apung dan Presiden Gred D ini dlm KDP UTeM, saya meramalkan zaman kemalapan KDP UTeM akan berterusan sampai lah ke akhir perjuangan suci mereka itu.