Tuesday, August 16, 2011

Chong Wei vs. Lin Dan 2


1. Berita terbaru memaparkan bhw Chong Wei sekali lagi dibelasah oleh Lin Dan di Kejohanan Dunia Badminton. 22-20, 14-21, 21-23. Syiman tertarik utk membuat analisis dari sudut body Chong Wei. 

 2. Adalah menjadi kebiasaan majoriti masyarakat Malaysia memiliki ukuran dan pembinaan otot body yang kecil, tidak terkecuali Chong Wei. 

3. Namun, sebagai seorang atlet yg ditabalkan pemain badminton nombor satu dunia, BAM perlu lakukan sesuatu bagi menambahkan berat badan lantas memantapkan pembinaan otot Chong Wei. Mungkin juga Chong Wei perlu lebih kerap ke Celebrity Fitness.  

4. Hal ini kerana kita sudah jemu melihat Chong Wei byk menang kejohanan Super Series sebaliknya kecundang dlm kejohanan besar ataupun Grand Slam Badminton. 

5. Jika Grand Slam bagi tenis adalah Terbuka Australia, Terbuka Amerika Syarikat, Wimbledon dan Terbuka Perancis, maka Grand Slam bagi badminton adalah Piala Thomas, Piala Sudirman, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.  

6. Chong Wei asyik kalah dgn lawannya yg lebih berotot besar di kejohanan beasr ini. Paling jelas adalah dengan musuh tradisi, Lin Dan. Lin Dan bukan sahaja lebih seksi, malah lebih berotot besar.  

7. Sorakan penonton akan lebih meriah jika Chong Wei lebih seksi. Malah, otot yang lebih besar akan memberi impak psikologi kepada Lin Dan.  

8. Justeru, BAM harus bertindak ke arah menjadikan Chong Wei lebih seksi dan berotot besar melalui pemakanan terancang dan latihan yg meransang tumbesaran otot supaya Chong Wei mencanak prestasinya lantas menjuarai kejuaraan besar itu.  

9. Dengan itu, status nombor #1 dunia benar2 layak utk dipakai.
 





No comments:

Post a Comment