Sunday, August 28, 2011

Madrasah Tarbiah Ramadhan 3


Maka tinggal lagi sehari berpuasa, raya lah kita. Agak cepat masa berlalu kan..

Bagi yang beraya bersama family/ibu bapa, maka syukuri lah momen yang ada bersama mereka dengan kemesraan bermakna. Syiman beraya di tempat kerja. Bagi golongan yang bekerja pada Hari Raya, hantarlah sms paling manis buat abah dan mama serta keluarga.

Bagi sesiapa yang masih sedang plan utk berbelanja sempena raya nie, bersederhanalah dalam mengeluarkan duit anda. Jangan hanya kerana sambutan raya, habis gaji 3 bulan lesap begitu saja. Syiman cadangkan perbelanjaan dalam kadar tidak lebih RM500 utk makanan, hadiah dan baju raya utk seisi keluarga. Buat individu, RM250 adalah sudah memadai. Perbelanjaan terancang, ekonomi gemilang.

Bagi yang terponteng puasa samada sengaja atau tidak sengaja, jangan lah lupa langsaikan hutang puasa anda k.

Menutupi siri Madrasah Tarbiah Ramadhan 2011 ini, Syiman amatlah suka utk memetik kata2 daripada God utk pedoman buat kita semua :

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolong dirimu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang2 yg khusyuk."

Al-Baqarah, 45

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yg ditujukan kepadamu) dgn cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dgn serta merta akn menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang2 yg bersikap sabar, dan tidak juga dpt diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagian dunia dan akhirat"

Fussilat, 34-35

"Kamilah penolong2 kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat, dan kamu akan beroleh pd hari akhirat, apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh, pada hari itu, apa yang kamu cita2 mendapatnya"

Fussilat, 31

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin ^_^

No comments:

Post a Comment